Pemenang Pertandingan Mencipta Logo Dan Pelancaran FB Sahabat Zakat PPZ-MAIWP

6:13 AM

Bila sebut rukun Islam keempat mesti terlintas zakat fitrah kan. Tahulah bulan Ramadan dah nak dekat ni. Selain zakat fitrah yang wajib dibayar sebelum solat Aidil Fitri tu, tahu tak sebenarnya ada enam zakat yang perlu dibayar jika melebihi nisbah oleh setiap orang Islam. 

Enam zakat tersebut ialah 

1) Zakat Pendapatan

2) Zakat Wang Simpanan
 2.5%  x nilai simpanan terendah dalam setahun (jika melebihi nisbah)

3) Zakat Saham
- Saham disimpan melebihi setahun (jika melebihi nisbah)
  i. 2.5% x nilai saham terendah (jumlah unit saham x harga terendah dalam setahun)
- Saham dijualbeli dalam setahun (jika melebihi nisbah)
ii. 2.5% x keuntungan jualan saham (nilai jualan saham - modal)

4) Zakat KWSP
 2.5%  x jumlah wang KWSP yang dikeluarkan

5) Zakat Emas
- Emas disimpan dalam setahun (jika melebihi nisbah)
  i. 2.5% x nilai emas disimpan
- Emas dipakai dalam setahun (jika melebihi Uruf emas)
ii. 2.5% x ( nilai emas dipakai -  nilai Uruf emas)
* Uruf emas ialah kebiasaan pemakaian emas masyarakat setempat.  Berat Uruf emas bersamaa 150 gram.  Nilai Uruf emas = 150 gram x harga semasa emas.

6) Zakat Perniagaan
- Kaedah modal kerja (jika melebihi nisbah)
  i. 2.5% x aset semasa bersih x peratusan pemilikan muslim
    [ aset semasa - liabiliti semasa = aset semasa bersih ]
- Kaedah modal berkembang (jika melebihi nisbah)
ii. 2.5% x [  modal + liabiti jangka panjang - aset tetap - aset separuh tetap x peratusan pemilikan muslim )
* Pengiraan zakat perniagaan bagi perniagaan yang tiada penyata kewangan adalah berdasar Keuntungan Bersih setahun setelah ditolak segala kos/perbelanjaan perniagaan setahun

Semua pembayaran zakat di atas boleh dilakukan melalui Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Selain itu, anda boleh menjadi ahli komuniti Facebook Sahabat Zakat PPZ-MAIWP. Boleh like melalui link INI

Menurut Hj Abdul Hakim Amir Osman - Timbalan Ketua Pengawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Sahabat Zakat telah ditubuhkan sejak tahun 2013 lagi. Idea mewujudkan komuniti datang dari Unit Khidmat Pelanggan PPZ-MAIWP dengan tujuan memberi informasi awal tentang aktiviti pungut dan agih zakat kepada golongan memerlukan


Antara kelebihan menjadi Sahabat Zakat termasuklah mendapat hebahan maklumat berkaitan program atau aktiviti anjuran PPZ-MAIWP dengan pantas dan awal,  privilege jemputan khas kepada mereka yang berminat untuk menyertai program bersama PPZ-MAIWP, berpeluang bertemu selebriti dakwah yang PPZ bawakan dan sudah tentu bakal menerima cenderahati eksklusif untuk sahabat zakat sahaja. Tengok apa BBL dapat selepas menjadi Sahabat Zakat.

Yeay special merchandise 

Sahabat Zakat ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Islam sama ada kaum Adam atau Hawa tak kira umur, tua, belia serta remaja. Ini kerana PPZ menpunyai pelbagai kategori dakwah iaitu jangka pendek, sederhana dan panjang. Terbaru FB Sahabat Zakat menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo yang terbuka kepada ahli komuniti. Dengan lebih 130 penyertaan dihantar oleh 70 orang peserta, nampaknya sambutan amat mengalakkan dengan hadiah berjumlah lebih RM 3.7k. 


Selepas proses penilaian oleh juri PPZ terhadap semua logo yang dihantar, lapan logo dipilih berentak merebut gelaran pemenang tempat pertama. Untuk pengetahuan korang, setiap peserta hanya boleh menghantar tiga penyertaan sahaja. Pada pandangan BBL rata-rata rekaan logo sangat unik dan mempunyai identiti tersendiri. Pada 5 Mei 2017 telah berlangsung majlis penyampaian hadiah pertandingan mencipta logo dan pelancaran FB Sahabat Zakat. 

Lapan logo yang terpilih merebut tempat pertama, semua cantik-cantik

Tempat pertama dimenangi oleh Mohd Fauzi B. Mohamad Hassim membawa pulang wang tunai RM 1 500, tempat kedua - Mohamad Nur Azizi B. Basri dengan hadiah wang tunai RM 1000 dan tempat ketiga jatuh kepada Hamdan B. Abd Mubin bersama wang tunai RM 500 . Manakala lima lagi peserta iaitu Syed Muhammad Ali Afdhal Asseggaf B. Syed Mohammad, Farrah Dayana Bt. Zainuki, Noor Haida Bt. Zainal Abidin, Siti Zulaikha Bt. Abd Halim dan Nurul Azwani Bt. Abdul Rahman menerima wang saguhati bernilai RM 150 serta profi penyertaan. 

Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga

Barisan peserta top 8 pertandingan mencipta logo Sahabat Zakat

Serentak dengan itu gimik pelancaran FB Sahabat Zakat yang bertukar logo baharu dilancarkan. Besar harapan PPZ dapat menjadikan platform ini sebagai alat komunikasi antara pihak pengursan dengan sahabat zakat.  Setakat ini jumlah sahabat zakat seramai 21, 700 orang. Oh BBL pun salah seorang dari mereka. Dengan wujudnya page ini, para sahabat zakat akan merasa 'lebih dekat' dengan PPZ-MAIWP. 

FB Sahabat Zakat dengan logo terbaru

Mohd Fauzi B. Mohamad Hassim pemenang pertandingan

Besar harapan agar segala usaha yang PPZ telah lakukan ianya memberi impak kesedaran kepada masyrakat membuka hati mereka untuk menunaikan zakat kepada yang mampu. Selain saluran ini memberi gambaran jelas apa yang Pusat Zakat usahakan selama ini. Akhir sekali semoga lebih ramai warga masyarakat tampil membantu PPZ-MAIWP khususnya, institusi zakat seluruh Malaysia amnya untuk menyebarkan dakwah zakat, menyebarkan perkara-perkara benar, yang sahih sekaligus menjadi ejen-ejen dakwah PPZ.


Jadi, jom jadi sebahagian ahli komuniti zakat dengan like FB Sahabat Zakat di www.facebook.com/sahabatzakatPPZ


Done.

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Cantik logo-logo nya.. tahniah buat pemenang.. info yang ohsem..

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL