Kini Lebih Mudah Beli Barang Hair Care Dalam Hairdepot.my

9:33 AM

Ada dua sumber good looking pada lelaki, pertama paras rupa dan style rambut.  Setuju tak? Mybe soal handsomenya wajah tak boleh ubah sangat. Gifted kalu memang jenis muka baby face walaupun angka umur dah masuk 3 series kan. Jangan risau kerana anda boleh tambah aura attraction pada rambut tu.

Rambut sihat, kuat, lebat, lurus atau hitam memang menjadi idaman kaum adam. Waktu remaja memang sempat merasa ciri-ciri rambut sihat namun bila usia dah makin meningkat menyebabkan rambut mengalami pelbagai masalah seperti mudah gugur, rambut jarang, kulit kepala berminyak, rambut mudah putus, bercabang, berbau atau sebagainya. Sebenarnya ada cara mudah nak maintain rambut sentiasa sihat, kuat dan tak mudah rosak. Terutama lelaki yang sering guna pomade, wax, minyak rambut atau selalu bertukar shampoo rambut. Kerap kali pakai cap atau menutup rambut dalam jangka masa lama (pakai helmet) antara menyebab rambut mudah rosak kerana tidak dapat "bernafas" dengan baik. 


Tempoh hari BBL ada singgah ke Hairdepot One Utama. Ada kawan suggest guna minyak argan untuk rawat rambut supaya tak cepat rapuh dan elak hujung rambut bercabang. Staff Hairdepot sendiri minta BBL amalkan sapu minyak argan pada kulit kepala terutama akar rambut bagi menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. 


Tahu tak minyak argan banyak manfaat kepada rambut?

Satu > Berkhasiat untuk pertumbuhan rambut
Dua > Boleh merawat pertumbuhan rambut yang tidak terkawal atau tidak terurus, hasilnya rambut lebih terurus dan melancarkan pertumbuhan rambut
Tiga > Mempunyai anti-oksidan semulajadi yang bagus membaik pulih membran sel rosak pada rambut
Empat > Vitamin E dalam minyak argan bermanfaat sebagai ejen merawat rambut. Kesan rambut lelaki terdedah pada cahaya matahari, hakisan dari produk pengayaan rambut dan persekitaran seperti debu boleh membuatkan rambut mudah rosak. 
Lima > Hasil kajian mendapati minyak argan mengekalkan kelembapan serta membuatkan rambut bersinar.
Enam > Sering mewarna rambut dan bertukar produk penjagaan rambut menyebabkan rambut mudah rosak, rapuh dan tidak terurus. Rawatan minyak argan membaik pulih rambut rapuh dan mengekalkan warna rambut.
Tujuh > Kebanyakkan pakar-pakar rambut mengesyorkan minyak argan sebagai langkah terbaik merawat, menyembuh dan memulihara rambut  yang rosak, rapuh, kering dah tidak terurus.
Lapan > Sumber protien yang ada dalam minyak argan seperti omega 3 dan omega 9 sangat diperlukan oleh rambut demi memastikan kekuatan akar dapat dipelihara.
Sembilan > Minyak argan berbau harum dan bagi anda yang mempunyai masalah kulit kepala kering, amat disarankan menggunakan minyak argan

Cara menggunakan minyak argan

Langkah 1 - Titiskan minyak argan atas tapak tangan
Langkah 2 - Ratakan minyak tu dan sapu ke rambut dan kulit kepala
Langkah 3 - Urut dengan lembut biar minyak argan betul-betul meresap kat rambut dan kulit kepala
Langkah 4 - Guna sikit dulu untuk permulaan, kemudian tambah lagi
Langkah 5 - Ulang Langkah 1 - 3 sampai anda puas hati
Langkah 6 - Biarkan ia meresat dan sikat dengan rapi. 

Hasilnya korang akan perasan rambut lebih bersinar dan akar lebih kuat selepas menggunakan dalam masa 2 hingga 3 minggu kemudian. 

Tips bagi lelaki yang menggunakan pomade, sebenarnya lebih bagus jika korang sapu minyak argan terlebih dahulu pada kepala sebagai base. Sapu sikit je pun tak jadi masalah kerana hasilnya rambut akan lebih bersinar dan memastikan pomade lebih tahan lama. Tak perlu lagi oles pomade banyak kat tapak tangan. 


Kat mana nak dapatkan minyak argan ni?

Boleh dapatkan kat kedai Hairdepot. Tempoh hari BBL pergi Hairdepot One Utama, dorang ada buat promosi minyak argan BELI SATU PERCUMA SATU harga RM 89.00 sebotol (50ml). 


Ada banyak cawangan Hairdepot yang anda boleh pergi. Antaranya

Shopping mall : Midvelly, 1 Utama, Berjaya Time Square, Nu Sentral, Amcorp Mall, Pear Point 2, Jaya Shopping Centre, Quill City Mall, eCurve, IPC Mutiara Damansara, Aeon Rawang, KL SOGO, Batu Pahat Square One, Batu Pahat Mall

Street shop : Kepong Baru, Kepong Metro Perdana, Bandar Sri Damansara, Aman Puri, Taman Bukit Maluri, TTDI, Taman Megah, SS2, PJ, Puchong Bandar Putri, Sri Petaling, Selayang Jaya, Muar Johor, Bukit Indah Johor, Taman Perling Johor. 

Kalu korang jenis tak confident nak guna produk mana untuk rambut, jangan bimbang sebab konsultant Hairdepot akan tolong anda. Depa biasanya akan mengesyorkan penjaagan rambut berdasarkan masalah atau keperluaan pelanggan. Jangan malu-malu sangat :)


Online website tak ada ke?

Ha mesti korang malas nak cari parking kan, nak jimat duit isi minyak atau bayar tol eh. Sekarang zaman melinium semua nak beli online je kerja. Jangan risau anda boleh beli minyak argan secara online melalui 



Istimewa kepada korang yang baca entri ini, nah kod diskaun RM 20.00 untuk sebarang pembelian barang penjagaan rambut di www.hairdepot.my 

 [ Voucher Code: HBE20J ]
(Sah hingga 31 Julai 2017)

Kini dah ada cara mudah untuk anda membeli produk haircare secara online. Postage percuma untuk belian RM99 ke atas. Kesemua barang yang dijual dalam kedai Hairdepot boleh dibeli melalui www.hairdepot.my cukup lengkap ibaratnya korang pergi Hairdepot tanpa keluar dari rumah. Produk penjagaan rambut seperti shampoo, conditioner, hair treatment, hair styling, hair color, pekakas untuk rambut macam hair dryer, berus sikat pun boleh beli online. 


Kalu sesekali nak massage rambut, BBL nak syorkan beli Head Spa ni. Boleh urut-urut kulit kepala rambut sambil membersihkan rambut kesayangan dari minyak, kotoran, debu atau sel kulit mati. So far baru guna 4 kali memang berpuas hati terutama bila balik kerja. Release tension kejap manjakan kepala. 


Untuk pengetahuan anda, Hairdepot adalah hair care leader dalam pasaran. Bukan just cover penjagaan rambut orang dewasa tak kira perempuan atau lelaki. Malah meliputi semua peringkat umur termasuk bayi dan kanak-kanak. Ibaratnya one stop centre untuk seisi keluarga untuk make sure rambut sentiasa sihat dan bermaya. 


Yang menariknya, kebanyakkan barangan dijual merupakan jenama dipercayai oleh pengguna setia Hairdepot. Tak silap lebih kurang 21 jenama yang ditawarkan sampai rambang mata nak pilih. Ada yang diimport dari Korea Selatan, Jepun, Itali, German dan USA sesuai dengan kehendak pelanggan Hairdepot demi memastikan mahkota mereka sentiasa dalam keadaan sihat. 


Satu lagi yang best pasal Hairdepot ialah dorang selalu buat promosi untuk members. Special deal bagi members dapatkan barangan kegemaran pada harga exclusive rate. Biasanya announcement promosi terkini Hairdepot akan update dalam social media Facebook dan Instagram. Boleh follow Hairdepot untuk next event atau promosi istimewa.


 Mission complete!

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL