Dream Cut - Salon Korea Tawar Khidmat Potong Atau Warna Rambut Dengan Cepat

6:24 AM

Annyeong!

Kaum hawa dengan deman K-Pop berpisah tiada. Ibarat macam roti bakar dengan mentega kacang. Ceh kesitu pulak. Bukan semua perempuan sukakan hiburan dari negara Korea tetapi bab paras rupa, pasti hati sang hawa mudah cair isu kecantikan wajah. Bagi diri BBL sendiri, Korea Selatan adalah negara popular mementingkan penampilan tak kira lelaki atau perempuan. 

Istimewa kepada pembaca blog BBL yang mengikuti perkembangan artis Korea tak kisah lah dia tu pelakon atau penyanyi. Pasti korang perasan trend potongan serta warna warga Korea kerap berubah mengikut season. Kini anda boleh merasai pengalaman potong rambut di Dream Cut - salon yang berasal dari Korea Selatan.


Cawangan pertama di Malaysia terletak kat Sunway Velocity, tingkat 3. Tempoh hari Dream Cut ada buat offcial launching menampilkan artis popular iaitu Nur Risteena. Meriah betul dengan patron Velocity yang ingin mencuba sendiri pengalaman promosi potong rambut serendah RM 18.

 Selebriti yang hadir sewaktu perasmian Dream Cut

Yang berada di tengah adalah pemilik Dream Cut

Menariknya, Dream Cut berkonsep quick colour tint. Paling penting pewarna digunakan bersumber organik - tiada ammoni, tiada parabenes dan tiada benzophenone! Tiada sesiapa ingin rambut rosak lepas colour rambut kan. Dengan pelbagai pilihan warna terkini, anda boleh memiliki mahkota rambut dengan warna kegemaran. Selain produk pewarna rambut diimport dari Korea dan Itali.


Produk lain seperti pomade dan serum rambut ada dijual kat sini. Harga pun sangat berpatutan. 


Meh BBL bawa tour dalam salon Dream Cut. Disini anda boleh membeli tiket services sama ada potong rambut sahaja atau mewarna rambut. Selepas dah ada tiket, staff Dream Cut akan membantu anda.

ni mesin layan diri BBL mention tadi

Kaunter pembayaran

Susun atur salon Dream Cut - cute & simple!

Dari segi harga cukup berpatutan atau senang cerita, ikut bajet poket. Tidak terhad kepada perempuan sahaja, lelaki juga boleh mewarna dan memotong rambut di Dream Cut. Barulah real Korea fans.


Guys, promo ni


So jika anda ke Sunway Velocity, jangan segan untuk singgah ke salon Dream Cut (Lot 3-85, tingkat 3) dan enjoy moment colour rambut dengan cepat di sini. 

Maklumat lanjut boleh klik link bawah


You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. ramai yg cari salon nak buat rambut raya nanti ni hehhehe

    ReplyDelete