Tarikh Tour Mood Republik Raya 2017

1:36 AM

Salam ramadan korang. Tahniah jika dah ada complete set baju raya 2017, yelah maybe dah shopping sebulan awal sebab tak nak bersesak dengan orang ramai atau jenis selalu broken heart bila jumpa baju tapi size dah sold out. Semalam BBL dapat duit dana raya RM200 dari gov Terengganu. Syukur alhamdulilah dah lepas beli sandle raya satu. 

Tahun ni planning nak wearing kurta. Nak pakai jubah tu belum sampai seru sebab nampak kelakar bila pakai jubah walaupun jenis jubah fit. Hampir 4 tahun fesyen pagi syawal BBL mesti baju melayu bersama samping attachment dengan seluar jeans slim fit. Hilang kemelayuan baju melayu tanpa seluar baju melayu tu. Eh kata nak hipster. 


2017 ni cadangnya nak pergi Mood Republik Raya. Saja nak bagi PWTC lagi sesak walaupun sekadar cuci mata macam tahun lepas. Buat korang nak dah bersiap sedia duit nak shopping di Mood Republik tu dah boleh book mark tarikh Mood Republik berikut.

Perak Raya Fest
27 & 28 Mei 2017 | 10 pagi - 12 tengahmalam
Kinta Riverfront Hotel & Suite, Ipoh

Kelantan Raya Fest
2 & 3 Jun 2017 | 10 pagi - 12 tengahmalam
Grand Riverview Hotel, Kota Bharu

Kedah Raya Fest
9 & 10 Jun 2017 | 10 pagi - 12 tengahmalam
Tabung Haji Hotel & Convention Centre, Alor Setar

Terengganu Raya Fest
9 & 10 Jun 2017 | 10 pagi - 12 tengahmalam
Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Johor Raya Fest
16 & 17 Jun 2017 | 10 pagi - 12 tengahmalam
Persada, Johor International Convention Centre

KL Raya Fest
16, 17 & 18 Jun 2017 | 72 jam tanpa henti
PWTC, Kuala Lumpur


Tahun ni ada 100k beg hadiah percuma tapi peluang nak dapat rendah kecuali korang beratur awal-awal. Ntah apa dalam goodies bag sampai orang gila berebut nak sangat. Apa pun sediakan duit cash dengan secukupnya. Pergi ATM siang-siang supaya senang grab baju raya, biskut raya, tudung raya nanti. Macam tahun lepas Mood Republik KL buka 24 jam tapi sesak macam besok nak raya. Datang tengah malam pun ramai orang.  


Okay la, nak cuci mata cari baju kurta online kejap. Tadi tengok macam size S ada lagi, jangan buat hal dah habis size sudah.

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL