Promosi Emirates Airlines Sempena MATTA Hujung Minggu Ini

10:16 PM

Rakyat Malaysia bakal ditawarkan dengan tambang istimewa ke pelbagai destinasi dalam seluruh rangkaian global Emirates yang luas semasa Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair), yang akan berlangsung dari 8hb – 10hb September 2017.


Tambang istimewa ini, yang meliputi destinasi popular di Eropah, Afrika dan Timur Tengah, ditawarkan bersempena dengan penyertaan Emirates sebagai Syarikat Penerbangan Rasmi MATTA Fair tahun ini. Tempahan mesti dibuat antara 30hb Ogos 2017 dan 17hb September 2017, dan sah untuk perjalanan sehingga 30hb Jun 2018.

Tambang Kelas Ekonomi termasuk semua ditawarkan pada harga serendah RM2,629 ke London, RM2,449 ke Paris, RM3,419 ke Barcelona, RM2,259 ke Istanbul, RM2,879 ke Rome, RM2,559 ke Kaherah, dan RM3,789 ke Dubai. Tambang Kelas Perniagaan termasuk semua pula bermula dari RM10,979 ke London, RM12,959 ke Paris, RM15,039 ke Barcelona, RM10,139 ke Istanbul, RM13,099 ke Amsterdam, RM11,659 ke Kaherah, dan RM12,969 ke Dubai.

“Sempena ulang tahun ke-9 perkhidmatan Airbus A380 Emirates, kami menawarkan tambang istimewa untuk membantu rakyat Malaysia merancang percutian hujung tahun dan 2018 yang membolehkan mereka menikmati perkhidmatan dalam rangkaian global kami yang luas. Sebagai pilihan popular penumpang, A380 Emirates telah menerbangkan 80 juta penumpang ke destinasi mereka sejak 2008 menerusi pangkalan kami di Dubai. Ini adalah bukti kukuh yang menunjukkan produk dan perkhidmatan kami yang hebat dan menjadikan kami terkenal di peringkat global. Oleh itu, kami dengan sukacitanya bergabung dengan MATTA Fair sekali lagi sebagai Syarikat Penerbangan Rasmi dan menawarkan destinasi pelancongan yang menarik serta produk dan perkhidmatan yang tiada tandingan kepada pelanggan setia dan pelanggan baharu kami di Malaysia,” kata Andrew Bunn, Pengurus, Singapura, Malaysia dan Brunei, syarikat penerbangan Emirates.

Dubai adalah sebuah kota kosmopolitan kaya dengan tradisi dan budaya yang menawarkan banyak daya tarikan dan aktiviti yang menyeronokkan. Bandar raya yang benar-benar global ini meriah dengan pelbagai acara sukan, kesenian dan muzik. Antara lain, pelawat boleh mengunjungi Burj Khalifa dan Masjid Jumeirah yang tersergam indah; membeli-belah di Dubai Mall, dan membawa keluarga mereka ke Wild Wadi Waterpark.


Mantan Presiden MATTA yang terakhir, Datuk Hamzah Rahmat, yang juga ahli jawatankuasa pemantau MATTA Fair September 2017, berkata, “Kami gembira menerima Emirates sebagai Syarikat Penerbangan Rasmi bagi MATTA Fair sekali lagi pada September ini. Sepanjang beberapa tahun yang lepas, kami telah melihat beribu-ribu pengunjung MATTA Fair menunjukkan minat kepada Emirates. Kami berharap orang ramai dapat meluangkan masa untuk mengunjungi pameran kami dan melihat tawaran terkini sambil kami mengakhiri tahun ini dengan rancangan perlancongan baharu.”


Sepanjang  pameran MATTA berlangsung, peserta berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan ke Dubai, sebagai sebahagian daripada acara peraduan untuk pembeli yang dianjurkan oleh MATTA dan rakan-rakan syarikat penerbangannya. Hadiah lain termasuk tiket penerbangan ke destinasi seperti London, Amsterdam, Paris, Prague, Venice dan Zagreb.

Pelancong dari Malaysia juga boleh memilih untuk terbang ke destinasi unik dengan pesawat dua tingkat A380 kebanggaan Emirates, termasuk Nice di Perancis, Madrid, dan Moscow. Mulai 29 Oktober ini, Emirates akan terbang dua kali sehari ke Moscow dengan A380. Perkhidmatan Emirates ke Eropah dan negara sekitar disambungkan menerusi pangkalan ultra modennya di Dubai. Bagi mereka yang ingin mengalami keunikan dan keindahan budaya, Dubai adalah destinasi pilhan yang menawarkan kemeriahan dan keseronokan sepanjang tahun yang membuat pelawat ingin kembali lagi.

Sebagai pengendali A380 yang terbesar di dunia, Emirates memiliki 96 pesawat dua tingkat dalam perkhidmatannya dan 47 buah lagi masih dalam tempahan. Angkatan pesawat berbadan lebar A380 Emirates sangat popular di kalangan pengembara kerana keselesaan dan ciri-ciri dalam pesawat yang tiada tandingan dalam industri. Sebagai syarikat penerbangan pertama dan satu-satunya di dunia yang mempunyai angkatan semua pesawat Airbus A380 dan Boeing 777 untuk penerbangan penumpangnya, Emirates menawarkan bukan sahaja perkhidmatan moden dan cekap, malahan juga kelesaan yang tiada tandingan kepada penumpang.

Dalam pesawat Emirates, pelanggan boleh berhibur dengan ice, sistem hiburan penerbangan Emirates yang memenangi anugerah, dan menggunakan Wi-Fi dalam pesawat terpilih. Penumpang Kelas Perniagaan boleh bersantai dan menikmati kanape dan minuman premium di ruang istirahat Onboard Lounge yang popular. Seperti dalam semua penerbangan Emirates, penumpang mendapat ruang bagasi yang luas sehingga 35kg bagi Kelas Ekonomi dan 40kg untuk Kelas Perniagaan.

Emirates juga telah meluaskan perkhidmatan Wi-Fi dalam penerbangan yang popular dengan kadar yang menarik untuk semua penumpang. Semua ahli Skywards Platinum dan Emas Emirates kini boleh menggunakan perkhidmatan Wi-Fi tidak terhad percuma semasa dalam penerbangan Emirates, tanpa mengira kelas perjalanan mereka. Selain itu, penumpang Kelas Ekonomi dan bukan ahli Skywards kini boleh menggunakan 20MB data percuma dalam 2 jam pertama log masuk, dua kali ganda berbanding 10MB percuma yang ditawarkan sebelum ini.


Tiket akan dijual melalui ejen penerbangan dan pelancongan Emirates sepanjang pameran tiga hari yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra. Semasa MATTA Fair yang akan datang, maskot Fly With Me dan Kakitangan Kabin Emirates sekali lagi akan mengalu-alukan kedatangan pelawat dengan ramah mesra. Pelawat boleh berjumpa dengan Lewis the Lion dan berpeluang untuk memenangi hadiah daripada Emirates.

Emirates, yang terlibat dalam beberapa acara sukan dan kebudayaan yang terkenal di dunia, antaranya golf, baru-baru ini telah memperbaharui Perjanjian Pelancongan Eropah untuk empat tahun sehingga 2021. Perjanjian baharu ini termasuk menjadikan Emirates Rakan Rasmi Piala  Ryder 2018. Piala  Ryder Edisi ke-48, dijadualkan berlangsung di Le Golf National di Perancis pada September 2018, akan mengetengahkan barisan 24 pemain golf terbaik dari Eropah dan Amerika Syarikat.

Untuk membuat tempahan dan mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi ejen Emirates yang turut serta atau kunjungi 

laman web  www.emirates.com/my*
laman Facebook Emirates  https://www.facebook.com/Emirates/ 
laman web MATTA www.mattafair.com.my.

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

LIKE Fan Page BBL