Cara Lelaki Kekal Wangi Dari Pagi Sampai Petang

12:41 AM

Task terakhir bersiap pergi kelas atau kerja mestilah sembur perfume kat perlengan tangan. Jangan nak tipu tak spray kat baju kemeja kan. Confident harap bau kekal sampai balik kerja walhal pukul 12.30 tengahari dah hilang bau. Itulah masalah biasa lelaki hadapi bila nak maintain wangi sepanjang hari. Sebab tu BBL selalu prepare extra perfume dalam bag, itu besar gedabak dan berat (perfume baru beli). Bila nak spray, sembur senyap-senyap dalam toilet.

Siapa yang suka kalu badan berbau tambah lagi satu hari bergerak sana sini walaupun dalam aircond. Confirm berpeluh punya. Lagi stress bila balik kerja naik public transport LRT atau bas. Rasa tak selasa kalu orang sebelah terbau peluh kita walaupun dia pun lebih kurang sama bau penat bekerja.


Nasib baiklah DASHING perkenalkan DASHING Anytime EDT. Sizenya yng comel, senang digunakan serta mudah nak bawa ke mana saja. Muat dengan poket seluar korang dan boleh digunakan berulang kali bila perlu contohnya sebelum presentation, keluar makan dengan officemate atau semasa pulang dari kelas. So tiada lagi alasan untuk anda kekal harum dan segar dengan pack mini ini.


Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick. Walupun bersize mini, setiap pack tahan untuk sebulan tau. Sangat economic dan murah.


Cool
Haruman maskulin ini merupakan takrifan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.


Active
Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.


Ultimate Kick
Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.


Hattrick
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan  semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.

Dijual pada harga RM7.00, DASHING Anytime EDT 18 ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia. Apa tunggu lagi beli satu sebagai untuk poket anda. 


You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. semua jenis perfume ni saya dah cuba...saya memang guna perfume ni..memang wangi dan tahan lama saya bawa kemana sahaja.....kecil senang dibawa...terbaik....

    ReplyDelete
  2. salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/masuk-sem-2.html

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

LIKE Fan Page BBL