3 Sebab Kenapa Saya Suka Shopping Kat Pre Loved Jalan Jalan Japan

11:31 PM


Assalamualaikum korang..

Weh excited pulak nak taip entri ni tambah lagi BBL akan fly pergi Osaka tak lama lagi. Last week BBL sempat singgah ke cawangan terbaru Jalan Jalan Japan kat M3 Mall Taman Melawati. Fuh seronok la orang Taman Melati, Danau Kota, Wangsa Maju, Gombak, Sentul, Batu Caves dan sekitar kawasan ni sebab korang boleh shopping barang pre loved Japan terus kat sini. Siapa yang pernah datang je Jalan Jalan Japan mesti tahu apa istimewa hanya terdapat dalam kedai nie. 


1. Barang Terus Dari Jepun
Kalau korang nak tahu masyarakat matahari terbit ni sangat tertib bab jaga barangan peribadi. Dari apa BBL tengok barangn pre loved JJJ ni mostly semua nampak baru. Macam tak percaya je dah ada orang pernah pakai. 

Faktor size kediaman kecil & kurang tempat menyimpan jadi punca utama kenapa orang Jepun jual barang masih elok ke kedai "preloved". Trend setiap musim sangat cepat & menjual balik adalah cara terbaik untuk make sure almari sentiasa ada space untuk baru musim baru. Lagi pun mereka rasa lebih baik barang yang tak pakai sangat diberi kepada orang lebih memerlukan. 


Setiap bulan 9-11 kontena stok preloved diterima oleh Jalan Jalan Japan. Punyalah banyak barang preloved sampaikan kena buat delivery 40 kali sehari ke cawangan JJJ dengan 500,000 items. Setiap hari mesti ada stok baru sampai. 

2. Bermacam Produk - Besar, Kecik Semua Ada
Ha dalam JJJ ada banyak section seperti perhiasan rumah, alat tulis, perkakas dapur, bekas makanan & minuman, pakaian - baju, kasut, topi, beg, aksesori, peralatan golf, alat senaman, luggage hinggalah mainan kanak-kanak.


First impression BBL waktu masuk mesti ingat barang JJJ mahal. Yelah import dari Jepun kot..rupanya harga hampir semua produk memang murah-murah je. Ada je beg dari RM1 je..macam tak percaya. Bukan main seronok BBL & semua blogger tengok. Tak menang tangan dan rambang mata nak pilih mana tu. Kalu boleh semua nak beli.

Tengoklah antara benda yang terjual. Masih elok dan nampak baru lagi. Dari kelengkapan rumah, barang peribadi hinggalah mainan pun tersusun elok untuk dipilih oleh pelanggan. 


Best favourite bagi BBL department rak baju yang menyediakan berdozen pilihan pakaian seperti kemeja, blazzer, jaket, baju sejuk, sweater, baju t-shirt bagi lelaki & perempuan. Siapa yang nak baju kimono pun ada. Boleh rambang mata tengok bermacam corak, design & size. Turut tersedia fitting room untuk korang cuba baju sebelum bayar. Boleh la ambil gambar pose pastu upload kat Instagram.   

ewah sakan pakai Kimoni ye

3. Harga Murah & Berpatutan
Kaum perempuan mesti suka section handbag & kasut. Fuh banyak no sampai tak tahu nak pilih mana satu. Harga macam BBL cakap tadi dari RM1 hinggalah berpuluh je. Boleh sangat jumpa beg harga RM10, RM15, RM20 yang design cantik. Yang rare pun ada. 


Mak ayah memang wajib bawa anak-anak datang Jalan Jalan Japan sebab ada satu section khas untuk mainan sahaja. Dari mainan sekecil alam hingga sebesar basikal ada terjual. Peminat mainan inilah lubuk patut anda terjah untuk mencari barang rare dan limited edition. Sekarang kan musim beyblalde..macam-macam jenis beylabde ada. Paling penting harga mur mur je cik akak oi. Jimat duit beli sini. 


Lepas hampir 2 jam lebih duk selongkar barangan dalam Jalan Jalan Japan, inilah hasil kami dapat beli. Penuh 3 bakul jugak tu. Percaya kami spend RM200 untuk semua barang ni. Mana nak dapat harga murah ni kalu beli kat kedai biasa. Jimat duit poket, hati pun senang. 


Nie hasilnya bila sampai kat rumah. 

 - RM6 -

 - RM 40 -

 - RM 15 -

 - RM 10 -

- RM 20 -

- RM 20 -

  - RM 6 -

- RM 10 - 

- Rak pinggan mangkuk, nasib muat dalam singki  RM 9 -

Jalan Jalan Japan M3 Mall Dibuka Pada 18 Mei ini
Sila bookmark tarikh 18 Mei akan datang untuk hari pembukaan besar-besaran cawangan JJJ ke 4 di sini. Sila datang awal kerana anda mesti tak nak miss out barangan murah. 


Jalan Jalan Japan M3 Mall
Jalan Madrasah, Jalan 1/22A, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur


You Might Also Like

14 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Ada dengar pasal tempat ni tapi tak pernah sampai. Banyak pilihan untuk shopping harga berpatutan Di sini

    ReplyDelete
  2. Best kan banyak pilihan lepas tu kalau bernasib baik boleh jumpa barang rare untuk dijadikan collection. Suka bahagian mainan dan pinggan mangkuk. Beg dan kasut pon banyak. Harga pun murah tak masuk akal betul

    ReplyDelete
  3. Geramnya tengok korang shopping barang murah kat sini. banyak betul koleksi baju dan barang-lain. Kalau pergi KL memang Lia nak shopping kat sini.

    ReplyDelete
  4. Memang rambang mata bila masuk jalan jalan Japan ni. Rasa nak beli semua! Harga pulak memang berbaloi sangat

    ReplyDelete
  5. Sukanya dia shopping kat JJJ ni sampai loncat kegembiraan tu heheheh memang banyak barang murah sini dan juga barang yang kita jarang jumpa. Kira ini barang bundle daripada negara Japan jugalankan...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Seronok tu shopping dekat JJJ ni. Macam macam ada kan. Rasa nak borong semua barang yang dijual. Tengok baju dna kasut kasut semua canyik dan nampak baru. Harga pun murah dan berpatutan. Masa akak shopping kat JJJ Seremban memang tak ingat dunia .Rasa tak nak keluar JJJ je.

    ReplyDelete
  8. Hadoi.. . Rambang mata nengoknya! Walaupun rumah kita dekat, kita pu belum pernah masuk shopping sini. Awat laaa tak pi. Menarik cun cun semua, murah lak tu. Nanti nak pi laaaa

    ReplyDelete
  9. Selalu pergi yang dekat one city tak sangka kat area Gombak pun ada. Suka sebab ada byk barang rare yg kita blh beli

    ReplyDelete
  10. Barang-barang dari jepun sebenarnya kualiti memang elok kan? Emi tak pernah pergi lagi Jalan Jalan Japan ni. Macam teringin jugak bila tengok kawan2 duk update kata murah. Tengok la lepas raya kot emi try pergi.

    ReplyDelete
  11. This seems to be everybody's favorite thrift store I've bought a few stuffs before too its super affordable

    ReplyDelete
  12. i love this place so much!!!!!!! every week for sure will visit once to buy clothes there... lolz... i really highly reccomend this place for Pre-loved

    ReplyDelete
  13. Nampak menarik barang-barang kat sini. Saya pun nak pergi shopping sini juga. I love shopping.

    ReplyDelete
  14. Ha ha boronh borong, semoga nt bisa pergi jalam jalan ke kl bisa beli pre loved dari jepun :-)
    Hai salam
    Kenal :-)

    ReplyDelete