Belajar Rawat Bumi Bersama Alam Flora & DHES

7:37 AM


Assalamualikum gais...

Hari ni nak story sikit pasal satu explorace yang BBL baru je join. Tu excited nak share dengan korang semua ni. Cerita macam ni, 24 September 2019 lalu saya ada join Cyber Eco Hunt 2019 anjuran Alam Flora Sdn Bhd dan DHES (DRB-HICOM Environmental Services). Tujuan hunt ni nak educate dan improve kesedaran masyarkat betapa pentingnya pengurusan sisa sampah, kitar semula dan bagaimana pihak DHES & Alam Flora menjaga kelastarian alam. Bab recycle memang saya minat sebab menarik, seronok dan paling penting setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab sama-sama jaga alam sekitar. Bukan kerja Alam Flora dan DHES sahaja tau..

So Cyber Eco Hunt 2019 bermula dari Wisma DRB-Hicom kemudian ke River of Life, seterusnya Presint 9, Putrajaya, Integrated Recycling Facility Presint 5, Putrajaya dan berakhir kat Marina Putrajaya. Kiranya satu hari suntuk la kami geng blogger bersama influnecer dan KOL demi mencari markah untuk menang. Ha gituw..

yeah kami dah ready!

Basically ada 7 task setiap peserta kena setel sebelum petang. Fuh excited pagi-pagi dah sampai kat DRB-Hicom Glenmarie ni. Mula-mula sekali mestilah pelepasan geng Cyber Eco Hunt oleh CEO Alam Flora Sdn Bdn, Dato Hj Mohd Zain Hassan. 

Task 1 - Square Footage Calculator
Kat sini kena kira berapa harga harga untuk size lantai. DHES sebagai salah satu syarikat pembersihan ada juga offer services pembersihan dengan equitment tertentu. Menarik jug pertama kali saya guna polisher machine sampai terbang ala Harry Potter. Nampak senang je abam cleaner buat rupanya susah sebab kalu tak reti handle, memang berpusing ligat macam beyblade.. tergelak bila teringat balik

kira betul-betul bang oi..

Ini pun salah satu tugas oleh DHES dalam memastikan Kuala Lumpur terutama Lembah Klang sentiasa dalam keadaan bersih, kemas & sistem pengandalian sampah terjaga.

Task 2 - A Gardener's Life
Hari-hari memang nampak pekerja Alam Flora guna air blower sapu daun kat tepi jalan. Ni kiranya 1st time dapat hands on. Allahu boleh tahan berat dukung mesin ni. DHES salah satu syarikat yang offer services ini. 


Task 3 - A Creative Campaign
Next stop kami ke River of Life. Ala kat area Masjid Jamek KL tu. Alam Flora selaku pihak pembersih bertanggungjawab untuk make sure laluan pejalan kaki sepajang sungai, lanskap & kawasan sekitar bersih dari sampah sarap. Well bukan sampah besar pun, mostly kotak air, botol, tin air, plastik roti, plastik jajan & puting rokok yang selalu staff Alam Flora kena bersihkan. Sedih tengok tempat dah cantik tapi ada sampah terselit kat pokok atau pagar.


Memang tabiat ni rakyat Malaysia termasuk BBL sendiri kena ubah. Buang sampah dalam tong sampah bukan selit merata tempat asalkan anda rasa dah buang sampah. aduh.. no no lagi buat perangai mcam ni ya kawan-kawan

Task 4 - Love Food Hate Waste
Amboi sebut pasal makan memang laju je kan.. waktu lunch kami makan kat Boutique Cafe dalam Textile Museum. Ha sebab Eco Cyber Hunt kenalah say NO Plastik, NO Polistrine & NO Straw ye. Set makan tengahari semua hidang dalam reusable box. Paling penting jangan membazir. Kena habis semua makanan sebab banyak makanan tak habis terbuang macam tu je. 

senang pakai gelas & bekas tupperware time makan. lepas cuci boleh guna balik

In fact, 15,000 tan dari total 33,000 tan sampah yang Alam Flora kutip adalah sisa makanan. Boleh bayang berapa banyak makanan terbuang macam tu. Malah sisa makanan tersebut bukan bagus untuk tanah & melepaskan gas metana ke udara. 

Task 5 - Alam Flora 3R On Wheels
Seterusnya kami bergerak ke Apartment Presint 9, Fasa 7 Putrajaya. Kat sini setiap peserta akan dapat ibu angkat, kena buat apa? Ha goreng karipap dengan minyak masak. Ala senang je pun. Siap goreng karipap, apa tunggu lagi..silap ngap sementara masih panas ni. Sedap weh karipap bila perut tengah lapar.


Then minyak masak dah pakai tu buat apa? Eh jangan la buang dalam sinki sebabnya boleh buat duit tau. CARANYA jual balik kepada Alam Flora melalui 3R On Wheels pada harga RM1.10 sekilo. BBL sendiri baru tahu rupanya boleh jual balik minyak masak tu.. ruginya buang macam tu je. Selain boleh duit cash, boleh collect point Mesra Point juga. 2 in 1 lah!

bayangkan kalu setiap isi rumah recycle balik minyak masak terpakai, tak kan jadi masalah longkang atau parit tersumbat

Anda boleh rujuk facebook Alam Flora untuk update lokasi 3R On Wheels. Hari ni boleh la simpan minyak masak siap-siap dalam botol nanti senang nak jual. 

Barang kitar semula yang korang boleh jual pada 3R On Wheels. Dari barang kitar semula, produk elektronik termasuk minyak masak. Harga pun boleh tahan berbaloi. At least boleh buat duit dari 'sampah' kan. Setuju?

Task 6 - Alam Flora Buy Back Centre
Ni task paling mencabar BBL rasa.. Kat Buy Back Centre kitaorang masuk dalam kumpulan masing-masing. Lepas tu scan kod QR untuk klue coordinat Google Map. Bila dah dapat, kena pulak cari 'harta karun' tersembut kat check point dalam Google Map tu. Nasib baik la dapat point dekat. Nak tahu apa kami jumpa?


Ha ini dia, harta karun kitar semula. Mula-mula ingat satu team dapat 1 plastik sampah je. rupanya setiap orang akan dapat plastik sampah bahan kitar semula. Jenuh pusing area pokok, dalam longkang cari treasure..

mission complete!

Kat Buy Back Centre ni kena asing sampah tadi ikut jenis seperti kertas, plastik, aluminium. Nasib baik dah biasa kitar semula so tahu la item tu kena masuk tong mana.. hehe

Task 7 -Integrated Recycling Facility 
Pusat I.R.F Putrajaya ni baru lagi. Masih belum official launch lagi. Ha kat sini, semua barang-barang kitar semua akan dikumpul serta diasing sekali lagi sebelum dispose ke kilang untuk dijadikan bahan produk baru. Kiranya sini la ending barang yang anda bagi pada Alam Flora. 


Dah macam kat Jepun, ada fasiliti khas untuk mengasingan setiap barang mengikut kategori. Even office pusat I.R.F dari bahan guna semula seperti kontena, gerabak kl monorel, hiasan kawasan ni pun guna barang kitar semula. Nice teruk.. katanya orang awan boleh visit tempat ni sebagai pusat pembelajaran. Tunggu ye..


Ending sekali kat The Glass Suite, Marina Putrajaya kami kena deko gambar ikon 'Recycle' guna botol. Fuh menjadi sebijik dalam gambar. Kemain excited semua peserta dah setel task. Btw sebenarnya berdebar juga nak tahu siapa jadi pemenang setiap tugasan tu. 


Sampailah saat paling di tunggu-tunggu, pengumuman hadiah kepada juara. Yeay alhamdulilah rezeki BBL menang kategori Task 1. Dapat hadiah RM100 cash ye. Berbaloi update task IG cepat.


Off course tak complete bila group photo tak ada kan. Tengok la senyum sampai ke pipi dapat habuan menang contest. 


Biar pun penat BBL rasa bangga dapat contribute bersama DHES & Alam Flora untuk educate orang awam tentang pentingnya menjaga alam sekitar terutama bab pengasingan sampah sarap. Paling penting kita kena latih diri sendiri amalkan sikap kitar semula terutama kertas, plastik, tin dan sebagainya. 

Jangan lupa 'Like' & follow Facebook dan Instagram DHES serta Alam Flora untuk update terkini perihal kitar semula. Well Jom Sama-sama Kita Rawat Bumi okay!

You Might Also Like

18 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Seronoknya dapt buat aktiviti nie..dpt memupuk smgt cintakan alam sekitar..btw tahniah sebab da menang duit cash 100..

    ReplyDelete
  2. Satu usaha yang murni ke arah Bumi Hijau daripada pencemaran alam seperti sampah daripada plastik ini. Terbaik bro

    ReplyDelete
  3. semoga dapat bankitkan kesedaran kepada rakyat kita untuk jaga alam sekitar. tema sambutan merdeka tahun ni pun tentang kebersihan, saya betul2 harap akan jadi kenyataan bahawa rakyat malaysia akan ada kesedaran sivik berkenaan penjagaan kebersihan dan alam sekitar

    ReplyDelete
  4. Eh baru tau minyak masak bole recycle. Iya lah dari buang baik dijual balik ya tak... good sharing. Nak cari kat mana 3Wheela ni...

    ReplyDelete
  5. bagus lah program macam ni. mek suka tapi kat kelantan takde pulak yang sudi nak anjurkan program begini. memupuk semangat untuk bersih dan kitar semula.

    ReplyDelete
  6. Cayalah... Beruntung nya BBL dapat join aktiviti sebegini. Kita suka! Penat tak seharian tuuu?
    Sesekali pendedahan macam ni kena maklum pada public kannn, moga lebih ramai faham dan sayangi kehijauan bumi kita.

    ReplyDelete
  7. Best la ada program menyayangi alam sekitar macam ni. Saya memang pencinta alam dan suka asingkan sampah mengikut kelas-kelas sampah. Amalan sejak kecil. Jadi program seperti ini saya sangat sangat sokong.

    ReplyDelete
  8. Bagus ada program macam ni kan. Baru tahu serba sedikit bagaimana kerja-kerja pembersihan dilakukan. Pentingnya kita jaga alam sekitar supaya bumi sentiasa sihat kan

    ReplyDelete
  9. baguskan bila kita dapat libatkan aktiviti macam ni..banyak yang kita dapat belajat terutama cara nak merawat bumi dan sebagainya...lagipun bagus bila guna blogger untuk war-warkan info yang berguna seperti ini

    ReplyDelete
  10. saya amat menyokong usaha untuk merawat bumi ini.kempen seperti ini perlu diperluaskan lagi sehingga ke pelosok tanah air.boleh tau tak kalau di area Temerloh kat mana tempat untuk recycle minyak masak?

    ReplyDelete
  11. Usaha yang sungguh murni dalam menjaga kemaslahatan alam sejagat... tahniah tau BBL sebab menang RM100... seronok betul tengok kesemua aktiviti yang dijalankan tu... next time kalau ada lagi aktiviti macam gini, nak join jugak...

    ReplyDelete
  12. bestnya marou join hunt2 macam nie. sambil hunt sambil buat sesuatu yg baik utk bumi kita. suka lah konsep dia. banyak info yg org ramai tak tahu, diharapnya dgn ada program mcm nie, org2 lebih cakna

    ReplyDelete
  13. Baru tahu minyak masak yang dah digunakan boleh jual balik. Kan bagus kalau semua negeri ada. Banyak cara rupanya nak kitar semula. Tahniah BBL sebab berani sahut cabaran sertai program ni dan tahniah jugak buat DHES dan Alam Flora.

    ReplyDelete
  14. Bestnya dpt lakukan aktiviti mcm ni. Dapat pulak team yg sekepala..lagilah best dn seronok. Kalau sis masa muda2 dulu bolehlah join..skrg sakit sana sakit sini..mmg mampu tgok je le

    ReplyDelete
  15. Bagus sangat aktviti ni..beri kesedaran bhawa kita kene jaga alam sekitar..tak boleh sambil lewa je..negara bersih kan cantik..bgusla ad eminyak masak boleh dijual..

    ReplyDelete
  16. Bagus betul aktiviti macam ni. Selalu ingat senang nak bersihkan tempat-tempat awam, kawasan awam rupanya susah kalau tak ada skill kan. Qiss selalu juga kutip sampah yang dorang buang tanpa kesedaran ni. Sambil kutip sambil membebel.. bilalah orang kita nak ubah sikap..

    ReplyDelete
  17. Tahniah menang! Haha seronok tgok program aktiviti mcmm ni. Teringin nak join jugaak sebenarnya. Nampak penuh dgn faedah dan keseronokan.

    ReplyDelete
  18. Menariknya. Sebarkan awareness memang berfaedah dan best kan

    ReplyDelete