Siapa Bakal Juara Grand Finale Taiwan Excellence eSport Cup (TEEC) 2019

3:01 AM


Hi korang..

Ingat lagi tak entri BBL pasal Taiwan Excellence eSport Cup kat Battle Arena sebelum ni?  Selepas hampir 5 bulan perjalanan pelbagai pusingan kelayakan dari 10 pertandingan LAN dan online dianjurkan seluruh negara, menyaksikan 283 pasukan & 1,415 peserta bersaing antara satu sama lain untuk ke pentas akhir. Kini dah hampir kemuncak. Bermula semalam hingga Ahad ni sedang berlangsung Grand Finale Taiwan Excellence eSport Cup 2019.

BBL sempat ke Berjaya Time Square nak support team untuk final battle sebelum juara setiap kategori akan diumunkan pada 13 Oktober nanti. Ada 3 kategori utama menyaksikan setiap kumpulan bertarung aksi & skills iaitu CS:GO, DotA 2 dan League of Legends. Juara bagi setiap kategori akan membawa pulang RM 10,000. Yang bestnya, pasukan juara bagi kategori CS:GO bakal menerima tiket keemasan ke Taiwan untuk bertempur dengan juara 4 negara lain seperti Taiwan, Thailand, Filipina dan India. Kiranya team ni wakil Malaysia di pentas International Grand Finale Taiwan Excellence eSport Cup. Hadiah tambahan US$ 2,000 turut menanti mereka. Fuh masyuk!


Kira semalam opening day la. Wakil dari Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan  Taipei - Anne Hung merasmikan majlis tersebut. Turut mendapat sokongan dari Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Even untuk SEA Games di Manila nanti,  Malaysia akan bertanding dalam kategori eGames. Siapa tahu atlet negara boleh bawa balik medal emas kan. 


Bukan setakat boleh tengok persaingan epik merebut tahta juara, banyak aktiviti best Taiwan Excellence sediakan khas buat para pengunjung yang datang. Acara gaming sampingan seperti Tekken 7, Super Smash Bros, PES 2019 & Mobile Lagends: Bang Bang menanti korang. Siapa tahu anda boleh menang wang tunai RM9,000. Malah mini DotA 2, pertandingan pasang komponen-komponen esport, lelongan produk esport serta hadiah percuma turut ditawarkan. Memang meriah amat la semalam. 

Jangan lupa datang support team esport favorite anda sepanjang 3 hari event ni. Sambil tu boleh check out gaming stuff dari jenama-jenama popular keluaran Taiwan termasuk Aorus, Aero, Cooler Master, InWin, Predator, Republic of Games (ROG), TeamGroup, Thermaltake, Transcend, XPG, ZADAK dan ZOWIE. Dari monitor, keyboard, mouse, headset, CPU, grafik card & banyak lagi. Mostly high spec khas untuk aktiviti gaming. Selama ni BBL tahu brand MSI je tuk main game, padahal banyak lagi pilihan dengan features lagi gempak ohsome!


Sebelum ni BBL acap kali tengok youtuber review Predator Thronos. Tak sangka dapat peluang tengok live & cuba sendiri super gadjet ni. Seronok, excited & gempak sesuai harganya RM40,000 buah. Sama harga sebiji kereta ye kawan-kawan. Kena buat loan bank kalu nak beli satu ni.. hehe

ewah khusyuk nampak duk main game tu

Tidak ketinggalan Taiwan Excellence mempamerkan telefon ROG Phone II terbaharu. Off record telefon gaming ni belum launch untuk market Malaysia tau. So anda boleh tengok, hands on serta cuba produk ni secara ekslusif sepanjang TEEC berlangsung. 


Bagi saya sendiri ni satu insentif sangat menarik terutama nak tarik anak muda terlibat dalam dunia egames. Industri permainan esports dah berbeza compare 10 tahun lepas. Tak kisah la sama ada edisi mobile, konsol atau pc. BBL sendiri agak kagum dengan teknologi produk gaming Taiwan. Ada kelas tersendiri & memang umph la 

 BBL dulu main game kat cyber cafe je.. 

Ha peminat-peminat esport jangan lepaskan peluang datang ke Juara Grand Finale Taiwan Excellence eSport Cup (TEEC) 2019 hari ini & juga besok. BBL sure ramai gamers sedang berkumpul di Berjaya Time Square menghangatkan acara finale game ni. Jangan lupa tonton secara LIVE kejohanan ni kat Facebook @taiwanexcellencemy okay


Tak sabar nak tunggu keputusan rasmi team mana juara TEEC 2019 ni!

You Might Also Like

17 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. wuuhh. sengit tu nmpknya. gamers memang hari hari agaknya berkampung kat sini kan. goodluck untuk semua peserta.

    ReplyDelete
  2. E-games ni kalau diketengah memang ramai anak muda Malaysia yang berbakat. Ada tu sanggup keluar modal untuk beli equipment untuk kepuasan time main games. Memang berbaloi kalau menang competiton sebab hadiah memamng lumayan!

    ReplyDelete
  3. ermm kalau dulu-dulu memang kak lily minatlah tapi sekarang kurang sket kot bagi chance orang muda plak lah kan hehehhehe. Tapi not bad hadiahnya ek, lumayan sungguh

    ReplyDelete
  4. Agaknya siapa yang menang hadiah lumayan tu. Kalau tak disebabkan ada game pubg hari yang sama dengan final mesti Qiss dah ke sana. Next maybe Qiss jadi peserta pula.ehh

    ReplyDelete
  5. beruntung sapa menang tu, zaman dulu memang kene piat telinga kalau mengadap games hari hari. tak sangka sekarang boleh buat duit dengan main egames kan

    ReplyDelete
  6. E sport ni mmg boleh buat duit kan.. prizes selalunya gempak gempak jer tgk .. tp sis paham sikit sikit jer

    ReplyDelete
  7. Wah! Banyak duit hadiah tu. Untung la sesiapa yg menang... kita tak pandai main huhu

    ReplyDelete
  8. Agaknya sape la yang menang tu. Hadiah lumayan giler. masyukkk laaa.. kalau ada yang suka main game tu bebawak la main secara professional. mana tau jadi punca rezeki kan.. hehe

    ReplyDelete
  9. E games nie nampak menarik n menjadi tarikan anak2 muda sekarang.. Seronok tgk diaorg bukan main focus nak menang.. Good luck pada semua team yg masuk bertanding.. 😍😍😍

    ReplyDelete
  10. Menarik sukan e-sport ni. Anak2 muda mmg suka permainan macam ni. Apatah lagi hadiah yg ditawarkan agak lunayan

    ReplyDelete
  11. makin meluas suka esport ni kan awak.bagus bila menteri pun dah ketengahkan esport ni dalam belanjawan hahaha

    ReplyDelete
  12. seronok tengok banyak aktiviti e-sport ni. walaupun saya bukanlah peminat games ni, tapi kadang2 layan jugak. semoga lebih berkembang dan lebih ramai orang buka mata tentang e-sport ni.

    ReplyDelete
  13. Fuhh gigihnya mereka dengan games ni. Tahniah kepada pemenangnya k. Tapi harap adik2 jaga mata & kesihatan jugak ok. Takut terlupa bab makan & solat jugak. Huhu

    ReplyDelete
  14. DUnia digital sekrg ni...pertandingan pn dh canggih onlie je dah...sesuatu yg baru dan mula berkembang....

    ReplyDelete
  15. Dunia e-sport memang dah berkembang dengan pesat sekarang ni... my better half dan anak-anak pun dok fokus in this kind of virtual games... better kan, kita tau apa yang diorang buat kat depan mata... hehehehe... nevertheless, semoga keputusan yang bakal keluar akan memberikan suntikan semangat untuk para pemenang ya...

    ReplyDelete