KURASi - Fashion Terkini Semua Original Dari Jepun

6:49 AM


Assalamualaikum & hai semua... 

Pengalaman travel ke Osaka Jepun tahun lepas sangat bermakna buat diri BBL. Sepanjang seminggu duduk negara matahari terbit tu terus jatuh cinta. Paling tertarik hati semestinya fesyen orang Jepun. Yelah size badan penduduk sana lebih kurang je badan saya. Hahaha

KURASi - Fashion Terkini
Dalam bahasa Jepun, KURASi bermaksud "livehood" atau "lifestyle". Cawangan pertama KURASi kat Quill City Mall Kuala Lumpur, sebelah stesen Monorel Medan Tuanku. Well Khamis lepas BBL sempat terjah ke sini atas jemputan Facebook Live. 

Boleh tahan besar, luas, banyak pilihan & selesa butik KURASi. Sesuai tagline "Fashion Terkini" dengan tawaran variasi aneka produk dari Jepun yang berkualiti tinggi. Certain barang tu hanya origin dari sana. Minggu lepas saya antara model jemputan bergaya baju dijual oleh KURASi.

Ada 7 outfit suai padan BBL berjaya match dengan jiwa. Semua pakaian, aksesori, beg ni dari department lelaki. Boleh tahan nice choice yang ada. Malah jangan terkejut baju size M sebenarnya ngam dengan saya walaupun biasa pakai size S. Ni antara screenshoot pakain fesyen BBL time FB Live tu. 

 - Gaya santai smart casual - 

  - Gaya OOTD bersukan - 

  - Gaya santai - 

  - Gaya inspirasi Kenye West - 

  - Gaya ke kelas - 

  - Gaya office casual - 

 - Gaya bertema biru putih - 

Full video BBL & rakan model lain boleh tengok kat bawah. Jangan gelak sudah



Lima Department - Variasi Pilihan
Bawah satu bumbung ada macam-macam produk dari fesyen dewasa serta kanak-kanak, perkakas rumah, pakaian sukan, beg & kasut. Paling excited barang kraf tangan dari Jepun sendiri. So tak perlu terbang jauh ke Jepun sedangkan anda boleh beli barangan signature budaya Jepun seperti kipas, t-shirt, kimono, beg & banyak lagi. 

Bahagian Wanita
Di sini ada pilihan dari baju, dress, seluar, aksesori, beg & topi. Dengan sususan mengikut kategori seperti formal, casual, sukan & corak pasti membuatkan setiap pengunjung rambang mata untuk memilih pakaian ideal. 


Bahagian Lelaki
Semua pakaian ini di import terus dari Jepun tau. Sebut nak baju lengan panjang, seluar sukan, hoodie, kemeja, polo, short pant & bermacam lagi fesyen lelaki ada. Sejujurnya semua ni memang kena citarasi lelaki tempatan. Malah sesuai digaya setiap hari & kena cuaca Malaysia. Tengok jelah BBL ber OOTD dengan baju KURASi nie.


Bahagian Kanak-Kanak & Bayi
Tidak ketinggalan baju dari size bayi hingga anak-anak kecil boleh anda beli. Pastinya si comel tampil bergaya unik dengan rekaan corak dari Jepun. Semua nampak comel la bagi BBL. 


Bahagian Produk Jepun
Budaya Jepun sangat terkenal dengan motif bunga Sakura, Gunung Fuji, motif flora & rekaan tradisional. Tak payah dah tunggu kawan pergi travel ke Jepun sebab anda boleh hadiahkan diri sendiri produk popular souvenir anataranya t-shirt, beg silang, kain sapu tangan,kipas tangan, stoking, button pin, beg dompet & banyak lagi. 


Bahagian Peralatan Rumah
Tidak ketinggalan barangan inovasi khas untuk rumah pun boleh beli terus di KURASi. 


Kemudahan special kat KURASi - ruang permainan kanak-kanak. Ha kalu mak ayah datang bersama anak kecil boleh biarkan si cilik bermain sini. Baru tenang sikit nak shopping atau pilih baju tanpa gangguan. Malah staff KURASi sendiri sangat ramah & mesra. Macam kat Jepun jugak, apa-apa staff akan hulur bantuan walaupun tak request. Cayalah!


Harga Berpatutan
Soal harga barang usah risau kerana setiap produk dijual oleh KURASi sangat berbaloi untuk anda miliki. Dari sekarang hingga 31 Januari ni, semua barang diberikan potongan diskaun 30% khas sempena pembukaan cawangan pertama KURASi di Malaysia. Ha rugi kalu tak rebut peluang shopping sakan. 


BBL pun dah seronok dapat beli baju baru. Tambah lagi semuanya dari Jepun. Tak payah beli online atau kirim ke sana. Boleh pilih sendiri mana berkenan kat hati. Hujung bulan ni datang lagi sementara tengah ada promosi ni. Saya dah datang KURASi, anda cepat la datang sini ye


Cawangan KURASi
1-30A, Level 1, Quill City Mall
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Website : www.kurasi.com.my

You Might Also Like

13 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Waa mmg berbagai-bagai pilihan ada kat kedai tu yea, sesuai la ni nak pergi shopping sendiri mahupun untuk seisi keluarga kan. Bagus juga siap ada kids corner tu, lega sikit ibu2 nk shopping hehe 😁

    ReplyDelete
  2. Wah menariknya, elak kalau pergi sana ada je terbeli kang hahaha. Dari nak beli satu, takut terbeli lain pula hehe

    ReplyDelete
  3. menarik lah sangat. nasib baik jauh. haahahahha :P

    ReplyDelete
  4. Sebab jarang ke Quill Mall so baru tahu ada kedai yg jual jenama dari Jepun ini...

    ReplyDelete
  5. Wah banyaknya piliha kat Kurasi ni. Macam-macam fesyen dan gaya ada kat sini. Memang menarik! Nanti nak gi la

    ReplyDelete
  6. Wah banyak.pilihan baju.menarik yang mmg dalam bajet..bolehlah selalu ootd

    ReplyDelete
  7. Yaaa ini memang Sis tau tapi belum pernah [ergi, cuma anak aje dah pergi..tak silap baru bulan lepas dia pergi, kalu betul laa Kurasi yang ni...memang lawa-lawa pakaiannya..

    ReplyDelete
  8. Banyak pilihan fesyen baju lelaki dan wanita yang ada di KURASi ni kan. Ala kenapa ada kat Quill Mall kalau dwkat boleh jugak datang terjah

    ReplyDelete
  9. menarikla, sebab pakaian jepun memang cantik2 and trendy. minat juga la. quill mall dekat gakla dgn saya

    ReplyDelete
  10. Nampak menarik sangat2 tempat ni! Saya pun xpernah try fashion jepun ni, nampak macam banyak pilihan untuk wanita hehe... Boleh shopping perkakas rumah sekali ni! Koyak poket! :p

    ReplyDelete
  11. Rambang mata weiii tengok. Nasib baik jauh. Banyak betul choice dia.

    ReplyDelete
  12. Best ada outlet pakaian macam ni. masuk satu kedai leh cari baju utk wanita, lelaki dan kanak-kanak. Bukan tu je, barang2 lain pun ada. senang, tak yah pening2 nak masuk 2-3 kedai.. hehe

    ReplyDelete
  13. Menariknya style baju-Baju Kurasi ni... saya dari dulu memang suka menggayakan warna-warna yang terang, kadangkala pakai juga la warna yang gelap... depends on the situation and theme yang kita tengah berada tu... cumanya sebab warna kan akan membangkitkan mood kita... well, boleh cuba la cari pakaian yang bersesuaian di Kurasi nanti... thanks for sharing ya BBL...

    ReplyDelete