Sewa Set Tanjak & Sampin Dengan RekaRakea

8:17 AM


Assalamualaikum semua..

BBL masih ingat lagi Keretapi Sarong bulan Ogos tahun lepas. Berdua dengan si housemate set up tanjak dari sampin baju melayu raya. Gigih ye semata nak tampan, wow & glamours ala sang jejaka Melayu tradisonal. Boleh tahan berpeluh jugak nak bentuk sebab kain sampin kan lembut je fabrik tu. Baru complete pakai baju melayu dengan tanjak atas kepala kan. Sayang tak tahan lama, dalam 4 jam macam tu terbuka sebab kepala bergerak kiri kanan. 

bunga sampin tu dah cantik tapi sayang tak cover lipatan tu dengan bengkung

Sama juga sewaktu anual dinner company. Tahu tak tema apa? Busana pengantin. Off course dalam kepala housemate nak pakai baju melayu pengantin, complete tanjak, keris dan aksesori lain. Itu pun tanjak buat guna sampin baju melayu. Apa lah sangat hasil compare tanjak memang khas untuk pengantin tu kan.

Sewa Set Tanjak Dari RekaRakea
Well sebenarnya anda tak perlu susah kipas mati D.I.Y (do it yourself) kerana aksesori pengantin ni sebenarnya boleh sewa sahaja dari RekaRakea. Yes, baru-baru BBL dapat jemputan sedara untuk jadi dulang boys. Biasa mesti nak nampak outstanding compare sepupu-sepupu lain, so saya sewa satu set tanjak ni. 


Warna & corak lain pun ada. Terpulang pilihan masing-masing mengikut tema. Pakai bengkung boleh ejas sampin biar nampak fit & kemas dengan size pinggang badan tu. Selain boleh cover lipatan sampin. Kan handsome teruk hasilnya.


Set sewa tanjak ni complete tau. Satu set terdiri dari tanjak, bengkung, sampin, brooch dan keris. Ada banyak variasi warna boleh macth dengan color baju melayu tu. Malah tanjak boleh dilaras atau ejas ikut size kepala dari ukuran S - L. Bukan tu je, ada set tanjak khas untuk kanak-kanak tau. Paling kecil untuk budak umur 8 tahun, incase kalu nak nampak sedondon satu family pun tak jadi masalah dengan set tanjak dari RekaRakea. 

set baju pengantin + set tanjak

set tanjak untuk kanak-kanak

antara warna & corak yang ada.. semua cantik

Harga sewa cuma RM50 - RM70 satu set complete. Yang best pelanggan boleh sewa sehingga tempoh maksima selama 6 hari. Sesuai sangat kalu sewa contohnya ada drama, pemetasan teater, persembahan tradisional atau majlis keraian berkonsep tradisonal melayu. Eh bukan setakat kenduri kahwin sahaja tau, set tanjak boleh sewa incase anda perlukan busana dan aksesori untuk majlis makan malam tahunan, majlis hari guru, majlis anugerah dan sebagainya. 

Oh ya kalu nak sewa sekali baju pengantin lelaki pun tak jadi masalah. Since RekaRakea anak syarikat bawah Red Ribbon Resources - penyedia perkhidmatan dekorasi & busana perkahwinan, dorang pun ada pakej sewa seleksi baju melayu. Macam saya pakai ni set pengantin tau. Ada gaya macam raja sehari tak.. ambik aura ke jinjang pelamin katakan.. baju pun cutting slim fit memang ngam-ngam ikut size badan. Biasanya pakai size S atau XS, tapi baju pengantin warna baby blue ni size M tau. Muat pulak dengan badan.


Tutorial cara pakai tanjak, sampin & bengkung akan di ajar oleh pemilik butik RekaRakea. Incase kalu takut lupa step, boleh je rakam. Nanti tak lah kalut buka Youtube kan. Btw nak tahu cara betul pakai tanjak & position sebenar brooch? Ha buka dompet korang tengok gambar Agong tu. Sepatutnya brooch tu kena selari kedudukan dengan hidung tau. Bukannya ke kiri atau kanan. Contohnya gambar bawah ni. 


So kalu berminat nak sewa set tanjak ni boleh je rojer RekaRakea. Sekarang ni butik RekaRakea beroperasi di Cyberjaya. Boleh datang ke butik untuk pilih warna tanjak & pick up di sana. 

RekaRakea
Contact num : wasap.my/60107953569

You Might Also Like

12 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Eh cantik2 la koleksi tanjak dia. 2 bln lps anak sedare kak min cari tempat nak sewa tanjak..kalo tau sewa dari sini je. Btw thanks marou share info ni

    ReplyDelete
  2. Alaaa comelnyaa kamu pakai tanjak siap berbaju melayu, dah macam nak pi menikah heheheh...tapi koleksi dan warna tanjaknya cantik laaa...kalau dekat boleh Sis sewa untuk majlis anak nanti...Johor takde ek..

    ReplyDelete
  3. Wah... cantik-cantik cara lipatan sampin tu... menarik gitu... koleksi tanjak pun pelbagai... dengan warna yang menawan juga tenunan songket yang nampak sangat klasik... harga pun berpatutan... next time apabila ada keperluan, insyaAllah akan tuju ke Rekarakea... P/S: Untuk pakaian beragam sempena Hari Kemerdekaan tahun ni pun boleh sewa ni untuk anak bujang... walaupun jauh lagi, dah plan awal... hehehehe...

    ReplyDelete
  4. wow. tq for sharing.
    nowadays, byk majlis perlu pakaian tradisional tau.
    dah up balik dah. pakaian melayu, cina, india, etc.
    this is so useful. sewa jer. tak perlu beli, kan :)

    ReplyDelete
  5. Smart giler tengok perkena baju Melayu dan samping tu memang cantik dan kemas kalau kena pada orangnya lah kalau kita yang saiz XXL ni boleh ker heheh tapi lagi comel tengok adik kecil tu pakai bagus lah nanti boleh try sewa sini jer...

    ReplyDelete
  6. Cantiknya design tanjak dengan samping dia. Sape nak kawen ni sesuai sangat lah nak sewa dekat sini.

    ReplyDelete
  7. Design tanjak and samping dia cantik, corak songket. Nampak simple and bergaya kalau pakai. Pula tu harga nak sewa takdelah mahal sangat.


    ReplyDelete
  8. murah2 jugak tu setnya kan, untuk pengantin baru dan orang ada event bolehlah guna ni

    ReplyDelete
  9. owh baru tahu ada servis sewa tanjak ni, dah lah murah jer. boleh la sewa nanti untuk suami dan anak2 bila ada event nanti.

    ReplyDelete
  10. Terbaik bro... kacak betul bertanjak dan berkeris. Saya pun suka dengan pakaian melayu dan aksesori macam ni sekarang ni. Siapa lagi nak kayakan budaya kita, kalau bukan kita sendiri

    ReplyDelete
  11. Canteknya bertanjak. Suka berpakaian cara tradisi lama ni. Nampak memarik dan epik

    ReplyDelete
  12. I always thought that the traditional Malay attire is one of the best preserved ones in the world. You look amazing in the set in peach!

    ReplyDelete