Periksa Tahap Kesihatan Kaki Secara Percuma Di JennOrtho Mid Vally Megamall Kuala Lumpur

11:32 PM


Assalamualaikum guys,

Lately BBL perasan kaki bila berdiri lama time solat Jumaat bila tok iman baca surah panjang mesti rasa bahagian tapak kaki tu tak selesa, lenguh-lenguh, in-balance & gatal. Tak silap benda ni dah berlarutan 2 3 tahun lepas. Yelah mungkin faktor usia boleh jadi.. eh! Tambah lagi saya sendiri kerap berdiri bila waktu kerja. Kadang-kadang 3-4 jam straight kena berdiri sampai naik lenguh kaki ni. Sedih kan..

Btw tahu tak antara anggota badan, bahagian mana paling kuat? Tangan? tet..salah! Bahu? tet..pun salah..jawapannya ialah KAKI! Ya betul kaki kiri & kanan kita anggota badan paling kuat sebab menanggung tekanan beban berat badan setiap hari. Tak kisah la waktu bekerja atau aktiviti sukan setiap hari. Sebab tu kesihatan kaki jarang orang amik kisah, sama lah macam diri saya sendiri. Tahu-tahu je dah mengadu sakit kaki. 

JennOrtho - Pakar Ortotik Kaki Anda
Sebelum ni banyak kaki google cara nak bendung masalah kaki ni. Dah beberapa kali baca artikel tentang pusat rawatan ortotik JennOrtho Mid Valley KL. Kebetulan weekend Ahad tu housemate nak pergi Mid Valley cari barang personal, alang-alang tu ajak dia singgah kedai JennOrtho. Okay kedai ni kat level 2 North Court tau. Boleh rujuk map bawah ni. 


Waktu saya sampai depan kedai, terus staff JennOrtho great suruh masuk dalam. Then datang sorang staff tanya apa-apa boleh dia bantu. Apa lagi terus la cerita pasal kaki tak berapa nak in-balance bila diri lama-lama nie. So dia cadang buat imbas dulu tapak kaki dengan mesin khas. Dengan equipment special ni boleh detect tahap kesihatan kaki terutama tapak kaki. Biasanya boleh tahu sama ada tapak kaki normal atau ada problem. Jangan risau pakar ortho akan explain detail result, masalah kaki, jenis rawatan & kasut apa sesuai bagi merawat masalah tersebut. 

sesi consultation dengan pakar - boleh tanya soalan rawatan & cara penjagaan kaki

Dari result scanning tu alhamdulilah kaki normal cuma bacaan bahagian arch agak kurang. Rawatan mudah je cuma kena pakai insoles khas dalam kasut tak kisah kasut kerja, kasut sukan atau kasut jalan-jalan. Fungsi insoles ni boleh membantu stabilkan tapak kaki & untuk elak kaki kurang rasa selesa bila buat aktiviti berdiri terlalu lama. Macam saya rupanya sakit kaki tu sebab penggunaan tapak kaki salah. Biasa la kasut yang kita beli confirm jenis flat insoles. So kesan jangka masa panjang mungkin menyebabkan kaki cepat berasa lenguh sebab tiada sokongan terutama bahagian lekup tapak kaki tu. 

syukur tapak kaki normal tapi kena pakai insoles tuk elak kaki cepat rasa lenguh

Ni beza antara kaki normal dengan kaki collapse arch. Nampak tak seolah tapak kaki pesakit lebih kurang tapak kaki itik yang rata. Menurut pakar ortho, ada 5 jenis tapak kaki iaitu normal, prenated, flat, severe flat & high arch
Jika anda nak tahu, Dr Edmund Lee adalah indivitu di sebalik JonnOrtho Mid Valley selain SunFeet International Rehab Centre Petaling Jaya. Dengan kelulusan dari Unversity of Satford, United Kingdom tak hairan beliau cukup dikenali sebagai pakar ortotik & prostetik.  Sebelum ni beliau pernah berkhidmat sebagai kat bahagian Ortotik di Stroke-on-Treat London untuk 2 tahun. Hasil pengalaman & ilmu tersebut akhirnya Dr Edmund pulang ke Malaysia seterusnya membuka MYORTHO sekitar tahun 2010. BBL pernah share pengalaman tentang SunFeet dalam entri SINI


JonnOrtho ni merupakan butik kasut perubatan ortotik. Selain perkhidmatan imbasan kaki (Foot Alignment Check) secara percuma serta sesi konsultation tentang jenis rawatan & tapak kasut untuk mengatasi masalah kaki pelanggan. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis kasut perubatan untuk lelaki, wanita & juga kanak-kanak.


Sangkaan BBL tentang kasut perubatan ortotik jenis bukan typical kasut biasa. Kalu orang tengok confirm boleh detect tengah pakai kasut special..rupanya tidak ya..kasut dijual oleh JennOrtho ada pelbagai deisgn, corak & warna. Sesuai la mengikut taste pelanggan yang mahu tampil kelihatan normal tanpa sesiapa sedar tu adalah kasut ortotik. Tengok la sendiri..

cantik kan, macam regular shoes kita beli kat kedai kasut

kasut ortotik sukan & casual

 pelbagai design bagi perempuan

seleksi koleksi khas untuk kanak-kanak

Sekarang tengah ada PROMOSI MERDEKA butik JennOrtho Mid Valley dengan diskuan 50% untuk kasut perubatan ortotik & custom ortotik. Ini lah masa sesuai anda rebut peluang keemasan dapatkan tapak kasut khas ni

🌟 Promosi custom-made insole RM 2,199 (Normal Price: RM 2,399)
🌟 Program Famili : BELI 2 PERCUMA 1
🌟 Promosi Sol (Insolse) ready made untuk JennKids dengan kasut RM 899 (Normal Price: RM 1,299)
🌟 Promosi Sol (Insolse) ready made untuk Dewasa pada harga RM 999

Bagi korang yang ada masalah kaki tak kisah la kanak-kanak, mak ayah atau diri sendiri, segeralah datang ke JennOrtho Mid Valley buat pemeriksaan & dapatkan pandangan pakar ortotik tentang kesihatan kaki. Jangan muka je nak cantik sihat, kaki pun kena sihat walafiat sebab nak guna kaki sampai hujung hayat kan.


JennOrtho Mid Valley Megamall Kuala Lumpur
S-011, Level 2, North Court Mid Valley
No Telefon : 013-669 8111

Waktu Operasi
Setiap hari dari jam 10 pagi - 10 malam

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici