Fuhh Duda hot jadi duta Crystal C White

3:56 PM

Berpengalaman lebih 12 tahun dalam dunia perniagaan produk berasaskan kosmetik dan kesihatan, syarikat bumiputera Megah Herba (M) Sdn Bhd

terus optimis dengan misi mereka bersaing di pasaran secara positif

Ditunjangi pasangan suami isteri, Datin Reena Zach dan Datuk Zack Aziry mereka enggan statik dengan satu produk semata mata. Bahkan di samping mengukuhkan produk sedia ada, variasi kepada produk baharu tetap jadi keutamaan.

Di sebalik lambakan produk seumpama itu yang tumbuh mekar di pasaran, anak syarikat berkenaan iaitu Lana Labs Global kini meletakkan harapan menggunung kepada produk kecantikan kulit, Crystal C White.

Malah buat kali pertama produk naungan mereka menampilkan duta selain wajah serta ikon mewakili jenama terbaharu itu membabitkan dua selebriti berstatus duda dan janda terhangat di Malaysia.

Istimewanya juga produk kecantikan berkenaan yang biasanya mengetengahkan selebriti atau model wanita cantik menampilkan artis lelaki, Keith Foo sebagai duta selama setahun.

Merancakkan strategi pemasaran, Natasha Hudson yang juga ibu tunggal kepada tiga anak dipilih sebagai wajah dan ikon jenama produk juga untuk tempoh setahun.

Bagi pengasasnya, Datin Reena Zach, 36, dia tidak berasakan sesuatu yang janggal atau pelik memilih golongan lelaki sebagai duta.

“Kebiasaannya kalau perihal produk kecantikan, wanita cantik yang akan terlintas dalam fikiran mewakili produk sebegini. Namun kita cuba melawan arus meletakkan Keith Foo sebagai sandaran buah tangan terbaharu kami ini. Duta lelaki dipilih juga kerana kita mahu menekankan produk ini juga boleh diamalkan golongan lelaki selain wanita. Jadi apa salahnya kita lawan arus?

“Bapa tunggal kepada Skylar Raymond Foo ini juga sudah menggunakan produk ini sejak Ogos lalu bagi merasai keberkesanannya terlebih dahulu.  Banyak sebab kita memilih Keith sebagai duta. Selain wajah tampan dan memiliki kulit sihat, Keith sendiri mengamalkan gaya hidup sihat. 

“Bahkan oleh kerana trek rekod produk kami sebelum ini juga diterima baik di Indonesia, pemilihan Keith sangat wajar kerana dia sudah lebih sedekad mencipta nama di negara jiran itu. Keith juga fasih dalam banyak bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Indonesia, Mandarin, Inggeris, Tamil dan Hallam,” tegas ibu kepada dua anak berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini.

Reena sendiri menegaskan beliau sendiri pernah berdepan masalah kulit wajah yang kronik.

“Pelbagai jenis produk penjagaan kulit sudah dicuba, namun gagal merawat masalah yang saya alami. Kulit saya pernah berjerawat teruk hingga satu tahap saya jadi trauma melihat wajah sendiri.

“Namun akhirnya solusi berjaya ditemui dengan penemuan produk Crystal C White. Menerusi proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama dua tahun, produk ini cukup terbukti dengan pelbagai faedah serta kelebihan.

“Produk ini membantu menyelesaikan masalah kulit jerawat dan kusam, jeragat, tumit kaki merekah, rambut gugur, eczema, menguatkan kuku, mengurangkan garisan halus serta kedutan, agen anti penuaan, pencerah dan penggebu kulit serta fungsi pelbagai lagi,” kata Reena.

Mengenai pemilihan Natasha, Reena percaya ia menjadi nilai tambah kepada produk itu.

“Pemilihan Natasha juga selaras dengan konsep produk ini yang lebih elegan, segar dan mengikuti peredaran masa kini. Dia juga pengguna setia sebelum produk ini dilancarkan secara rasmi.

“Seperti Keith, Natasha juga mengamalkan gaya hidup termasuk sukan memanah dan berkuda. Dia sendiri juga ada kelompok peminat di Indonesia kerana produk kami sendiri mendapat sambutan positif di sana.

“Semestinya memiliki wajah kacukan dan kulit cantik serta sihat menambat hati kami. Selain itu dia juga antara ikon kepada wanita Muslimah. Dia akan membantu kami mempromosikan produk ini di laman sosial selain mengikuti program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama pasukan Crystal C White,” kata Reena lagi.

Sementara itu Keith menyatakan persetujuan menjadi duta kerana tertarik dengan produk terbabit.

“Semestinya sebagai rakyat Malaysia, saya menyokong produk tempatan. Sejak dulu lagi saya selalu berfikiran sebegitu. Pastinya juga Crystal C White cukup berkualiti, berkesan dan paling utama untuk saya yang selalu bergerak aktif.

“Saya yakin perniagaan seumpama ini juga akan terus membuka peluang untuk masyarakat menjana pendapatan sebagai agen dan stokis. Dalam situasi meruncing dek pandemik Covid 19, peluang sebegini cukup bermakna,” kata Keith.

Crystal C White dirumus khas daripada bahan semulajadi  dan bermutu tinggi seperti Pinebark, Hithione, Ekstrak Berries, Ekstrak sayuran, ekstrak biji anggur  serta Vitamin C yang diuji secara klinikal untuk meningkatkan pencerahan kulit, menganjalkan kulit dan menjadikan kulit lebih halus bersinar.

Untuk keterangan lebih lanjut boleh mengikuti laman instagram Crystal C White iaitu @crystalcwhite_hq atau Facebook page CrystalCWhite HQ 

Setakat ini sudah ada lebih 5000 agen dan stokis berdaftar di Malaysia dan Indonesia. Malah peluang untuk menjana pendapatan juga sentiasa terbuka kepada yang berminat menjadi agen dan stokis.

Dipasarkan sejak Oktober lalu, produk berkenaan sudah terjual lebih 40,000 kotak. 

Untuk butiran lanjut, hubungi talian Hotline 0178888240

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici