OKAD Event Space Bukit Jelutong Offer Buffet Buka Puasa RM65 Jer

7:49 AM


Assalamualaikum semua, 

Bila dah bosan asyik pergi bazar ramadhan & pening nak beli apa tuk berbuka puasa, mula la tangan gatal google tempat buffet mur mur area Shah Alam. Kebetulan OKAD Event Space baru je launching pakej MAKAN PUAS PUAS SELAGI TAK KENYANG JANGAN BERHENTI. Bertema Selera Ramadhan dalam event space dengan hiasan bak majlis kahwin membuatkan kita terasa macam datang majlis kahwin. Oh ya, OKAD Event Space memang terkenal dengan tawaran menyediakan ruang majlis perkahwinan buat raja sehari selain turut menjadi lokasi apa jual majlis keraian seperti bertunang, seminar, majlis hari jadi pelancaran produk atau apa jua sambutan melibatkan ramai tetamu. 

OKAD Event Space offer 50 jenis menu juadah berbuka puasa yang lazat buat para tetamu yang datang ifthar kat sini. Oh anda boleh datang enjoy semua masakan istimewa bermula 18 April hingga 9 Mei 2021. 

Dengan tema "Citarasa Kampung Pemikat Selera" confirm terliur tengok pelbagai juadah masakan melayu tradisional. Antara lauk paling laku keras seperti 'Nasi Serai Cik Bunga, Daging Masak Lemak Cili Padi Cik Bunga & Lamb Grill'. Eh silap hari bulan boleh rambang mata nak start makan mana satu.


Menu Utama
Nasi Serai / Nasi Minyak / Nasi Hujan Panas / Beriyani
Nasi Putih
Nasi Goreng Cina
Daging Masak Lemak Cili Padi
Daging Masak Gulai Kari / Kurma / Hitam
Ayam Masak Merah
Ayam Goreng Berempah
Ayam Blackpapper
Ikan Keli Berlado / Dorry Sweet Sour
Sayur Campur
Gulai Nangka
Ulam-ulaman
Sambal Belacan
Ikan Masin Budu Ayam / Telur Masin


Western
Lamb Grill
Black Pepper Sauce
Coleslaw
Spaghetti Aglio Olio / Spaghetti Bolognese / Spaghetti Carbonara
Mushroom Soup
Garlic Bread
French Fries
Wedges
Sausage


Noodles (3 pilihan mee)
Keaw Tiaw Goreng / Bihun Goreng / Mee Goreng / Soto / Bandung / Mee Kari / Laksa


Aneka Kuih Muih
Karipap
Cucur Badak
Seri Muka
Koci
Pulut Panggang
Kuih Pelita


Bubur (1 pilihan bubur)
Bubur kacang merah / Bubur Jagung / Pengat Pisang

Desert 
Brownies
Coklat Cake
Butter Cake
Banana Cake
Air Batu Campur (ABC)
Cendol

Minuman
6 jenis air
Teh Tarik
Kopi O


Harga Berbuka Puasa @ OKAD Event Space Bukit Jelutong
Dewasa RM65
Kanak-Kanak RM39
Warga Emas RM39

Pakej Korporat
Beli 10 meja percuma 1 meja & diskaun 10 untuk pembelian berikutnya

Boleh booking terus tau. Whatsapp je no bawah ni

ATAU WHATSAPP
📲 +6017-650 3436 (Jie)
📲 +6012-6864515 (Az)
📲 +6017-7350117 (Mida)

Jangan bimbang sebab OKAD Event Space nak offer promosi berbuka puasa pada harga cukup berbaloi bagi famili atau berkumpulan. Ha boleh la ajak family, geng office atau jiran taman perumahan buat majlis buka puasa kat sini. Ibu ayah jangan risau pihak OKAD ada sediakan baby chair untuk anak anda duduk sambil menikmati aneka hidangan.


Apa yang paling BBL tertarik bila datang berbuka kat OKAD semestinya dekat kemudahan & ada masjid betul-betul sebelah OKAD. Senang lepas makan boleh terawih atau solat Magrib sebelum balik rumah

👍🏻Mudah diakses melalui lebuhraya NKVE, Guthrie & Federal Highway
👍🏻kemudahan tempat letak kereta yang luas, percuma beserta khidmat RELA
👍🏻kemudahan Airbnb di kawasan berdekatan
👍🏻berdekatan dengan Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah

Dewan OKAD Event Space sangat besar & boleh memuatkan hampir 120 orang. Pastinya anda bakal menikmati sajian berbuka puasa sambil disajikan alunan muzik serta dikelilingi dekorasi cantik & menarik.


Apa yang penting majlis tetap berjalan dengan mematuhi SOP (standard of procedure) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Lokasi OKAD Event Space
No 2A, Persiaran B, Seksyen U8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam Selangor


You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici