BBL Dah Sign Up TGV MovieClub

7:08 AM

Assalamualaikum & hello there,

TGV Movie Club dah lama sejak awal tahun 2015 lagi tapi selalu buat dek je sebab BBL jarang tengok - wallhal sebulan 3 kali mesti tengok movie baru. Hari ada promosi RM28 sahaja untuk pendaftaran baru tapi tak buat jugak. Hingglah bulan Jun lepas, TGV buat promo tumblr limited edition gambar makhluk alien minion tu. Punyalah beratur que nak beli, sekali cashier cakap kena ada kad TGV Movie Club baru boleh beli - sebab promo tumblr tu awal seminggu dari tarikh Movie Minion. Punyalah nak tumblr tu BBL buat muka 10sen pergi pinjam kad TGV customer lain semata nak beli tumblr tu. Hahaha

Tapi minggu lepas BBL dah sign up jadi member TGV Movie Club. Itu pun buat secara online.

Cara nak mendaftar ahli TGV Movie Club 

1. Isi borang pendaftaran di kaunter TGV seluruh Malaysia atau
2. Isi borang secara online - tgv.com.my/movieclub/createmember

Kemudian bayar RM30 terus ke kaunter semasa pendaftaran / buat payment online melalui portal perbankan korang. BBL pakai Maybank2u je.

Nanti korang akan terima email pengesahan pendaftaran ahli TGV Movie Club. Make sure email tu aktif untuk membuat pengesahan atau subscribe new terbaru TGV cinema. Bila dah valid pengesahan, secara autonominya korang sah sebagai TGV Movie Club.

                                                       WELCOME TO THE CLUB


Apa ganjaran menjadi TGV Movie Club

1. Welcome Freebies!

Actually korang sign up TGV Movie Club ni free je. Contoh, jika belum jadi ahli Movie Club. Beli 1 tiket TGV RM17.00 - harga weekend & beli 2 keping = RM34.00. Kenapa tak sign up je dengan harga RM30.00 & terima ganjaran berikut.


Sign up je korang boleh terus redeem sepasang tiket movie (pilihan sendiri) + 1 regular popcorn + air soft drink / ice lemon tea. Itu pun lebih dari nilai jika bila tiket macam biasa. Setiap RM10 korang belanja dikira sebagai 1 MovieMoney. Nanti boleh redeem tiket atau popcorn. 

2. Lagi free movie tiket

Lagi untung sign up pada bulan kelahiran korang, boleh redeem tiket freebie welcome & free tiket sempena birhday korang. Jika korang prefer TGV One Utama sebagai main TGV, boleh tengok premier screening secara percuma!. Kena rajin baca news terbaru dari TGV ya. Premier screening Nuffnang sendiri pun BBL tak pergi, ini kan premier TGV. Jauh sangat nak pergi la. 

3. Terlajak laju

Beli tiket movie secara advance (awal seminggu dari tarikh release). Sekarang TGV tengah buat advance sale untuk Maze Runner : The Scorch Trail. Dah boleh pilih seat terbaik melalui online tanpa risau berebut dengan customer lain. Ataupun beli tiket dikaunter Movie Club tanpa perlu beratur panjang macam orang lain tanpa TGV Movie Club. Senang kan.


Ibaratnya TGV Movie Club macam menabung, pergi tengok movie & kumpul MovieMoney. Nanti boleh redeem tiket free. Tak rugi kan. Oh ya, kad TGV Movie Club sah untuk setahun sehaja & renew cuma RM10 sahaja. Berbaloi la. 

Khas buat semua pemegang kad TGV Movie Club, korang ada gambar kenangan istimewa bersama TGV Cinema atau gambar waktu sign up kad TGV tu.. jom hantarkan gambar korang ke TGV sempena ulangtahun pertama TGV Movie Club. Paling best, gambar korang mungkin terpilih dalam montaj anniversary & bakal ditayangkan seluruh Malaysia semasa Movie Ads TGV dalam hall. Kan dah famous 1 malaya. Nak tak?




Caranya : 
Hantarkan gambar awesome kepad kami sebelum 13 September 2015 melalui email ke tgvcinemas@gmail.com dan sertakan: 
  1. Nama penuh korang
  2. No kad MovieClub korang
Oh, jangan lupa check out aktiviti best & awesome di semua TGV seluruh Malaysia sempena meraikan ulangtahun pertama MovieClub.


Untuk maklumat lain, jangan segan tekan


BBL ~ siapa nak ajak tengok wayang?
( -_・)σ - - - - - - - - ・

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

7 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. WAHHHH BOLEH BELANJA CIK BELBEL TGK WAYANGGG :)

    ReplyDelete
  2. atas tiket ada nama sendiri best best dan bila dah banyak point boleh tebus tiket dan pop corn .. yeayyy dah banyak kali tebus

    ReplyDelete
  3. nk tny kalau nk tebus satu tiket or 2 tiket berapa kena point ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba login ke TGV movie club dan check Movie Money. Jika Movie Money 19.25 bermaksud duit dalam kad TGV tu berjumlah RM19.25. Setiap RM10 dibelanja akan mendapat 1 Movie Money sebagai RM1.00 dalam kad TGV

      Delete
  4. Nk buat online tpi pass die knp ketat sangat dah ikut cara die suruh tpi die kate kne ikut policy dah ikut tk boleh jugak pening kepale bila nk buat

    ReplyDelete