Pengalaman Pertama Kali Naik GrabCar by MYTeksi
10:37 PM
Assalamualaikum & hello there,
Ada 4 pilihan transport biasanya BBL guna untuk ke tempat event.
Satu : Naik lrt, monorel atau ktm
Dua : Naik teksi
Tiga : Suruh kawan hantar
Empat : Jalan kaki - LOL
Satu hingga tiga tu dah biasa sangat buat tapi no empat tu tak pernah lagi buat. Haha BBL kalu boleh tak nak guna teksi walaupun terpaksa jugak naik teksi. Bulan lepas ada tertengok MYTeksi Malaysia buat promo GrabCar dengan kereta premium seperti Limo, Rolls Royce, Humer, Camry & bermacam lagi. Tu yang nak cuba naik.
Sabtu lepas BBL pergi Serdang untuk event Electric Run MY. Nak ke rumah kawan tu, ada choice naik bas atau teksi.
- Kalu naik teksi, harga teksi meter just RM7 tapi ada certain pemandu cas RM15 sehala. Itu overprice.
- Kalu naik bus rapid, harga cuma RM1 tapi BBL tunggu bus yang menghala ke kawasan perumahan SkyVilla Serdang agak susah nak tiba.
Jam pukul 2 petang memang sangat panas & berpeluh, kemudian teringat pasal GrabCar tu. BBL cuba dulu ada tak driver yang boleh hantar ke SkyVilla tu. Bila dah confirm booking baru driver akan call untuk pengesahan. Agak berdebar, yelah first time guna GrabCar. Setakat MyTeksi tau lah, itu pun guna code promo untuk diskaun.
5 minit kemudian driver GrabCar sampai dengan kereta Avanza. Driver nama Er Peng Hwan, muda lagi dalam 25 tahun macam tu. Masuk je terus duduk seat belakang macam naik teksi biasa. BBL sempat sembang dengan Er pasal GrabCar. Rupanya dia baru lagi join GrabCar 3 bulan lepas sebagai kerja part time. Tu pun tinggal area Serdang jugak. Dia cakap income dari GrabCar agak lumayan bergantung kepada jumlah penumpang Er ambil. Kalu ramai customer, banyak la dia boleh dapat.
Perbandingan Teksi biasa,MyTeksi & GrabCar
Teksi biasa : Harga based on meter, agak mahal. Contoh dari Ikea Damansara ke PJ Trade Centre - RM12 [ mahal kan]
MyTeksi : Lebih kurang macam teksi biasa tapi boleh dapat diskaun dengan code promo. BBL pernah naik MyTeksi secara percuma dengan tambang RM15 free
CrabCar : Fix atau bergantung jarak lokasi korang. Kadar bayaran bermula RM7. Contoh, ktm Serdang ke SkyVilla Serdang - RM7 [murah sangat bagi BBL]
Kenapa GrabCar ni murah?
1. Mungkin disebabkan driver GrabCar guna kereta sendiri, so tak payah risau kena sewa kereta. Just isi minyak penuh, amik customer & terima bayaran on the spot.
2. Kereta bergantung pada driver, kalu dia guna Hilux untuk GrabCar untunglah korang boleh balik ke rumah naik Hilux. Seperti BBL naik Avanza ke SkyVilla, rasa macam ada private driver datang amik hantar ke rumah. Haha
Berminat? Ini cara nak booking GrabCar
Bila selamat tiba ke destinasi, driver GrabCar akan send e-receipt kepada korang melalui email. Contoh macam BBL.
BBL dah 3 kali naik GrabCar itu pun amik ekonomi punya harga RM7.00 fix untuk ketiga-tiga ride dalam masa sehari. Harga untuk GrabCar Economy & Premium boleh refer bawah. Kot-kot ada date istimewa nak try driver Camry, Honda Accord, atau Mercedes Bens amil korang boleh la guna GrabCar premium bermula RM15.00 saja.
Mungkin infografik bawah boleh menolong korang faham apa itu GrabCar
Tapi ada jugak isu GrabCar ini menutup periuk nasik pemandu teksi lain terutama area Lembah Klang. Betul jugak, GrabCar ni sangat murah & berbaloi. Jika korang nak ke IKEA, naik teski biasa kena cas RM15.00, naik MyTeksi [ tak pakai promo code] RM10.00 & naik GrabCar just RM7.00. So korang nak pilih mana satu? BBL pilih GrabCar je senang murah sikit. Boleh topup beli MeatBall Ikea ka. Hahaha
Ini code promo yang driver GrabCar bagi. Cuba la try kot boleh guna lagi.
Apa tunggu lagi? Download sekarang Apps MYTeksi di sini --> MYTeksi App untuk diskaun
#berikan no telefon anda untuk pengesahan & follow je step
Nak code promo terkini, jangan lupa follow MyTeksi & check out link bawah ni
#berikan no telefon anda untuk pengesahan & follow je step
Nak code promo terkini, jangan lupa follow MyTeksi & check out link bawah ni
BBL ~ next time nak naik lagi la
⊂(´・◡・⊂ )∘˚˳°
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
6 Budak Suka Minum Bandung Laici
skrg semuanya dah senang kan?
ReplyDeletebetul tu
Deletetak tahu nak update entri apa.. tu yang share pasal GrabCar
ReplyDeletesalam bro BBL,
ReplyDeleterasanye Uber lg murah., ;p
nak tanya, kalau berdua? grab kira ikut orang ke atau ikut sekali jalan je?
ReplyDeleteHow can I book hilux from grab
ReplyDelete