#MovieReview : Maze Runner: The Scorch Trials

6:32 AM


Assalamualaikum & hello there,

Fresh-fresh baru balik tengok movie terus update entri #MovieReview ni. Okay rasanya ramai planning nak tengok Maze Runner: The Scorch Trials esok atau Ahad ni. Jadi BBL nak share apa yang menarik tentang Maze Runner: The Scorch Trials kali ini.

Maze Runner: The Scorch Trials Trailler 




Jalan cerita  The Transporter Refueled sangat simple walaupun permulaan agak keliru persoalan sebenar. Board story nya macam ni.

Sinopsis Maze Runner: The Scorch Trials 

Selepas berjaya meloloskan diri dari set percubaan pertama The Maze, Thomas, Teressa, Newt, Minho, & beberapa Gladers lain telah diselamatkan oleh team Janson yang kononya mahu menyelamatkan remaja dari ujian WICKED.
Tetapi sifat ingin tahu Thomas menemukan dia dengan Aris, salah seorang Gladers yang berjaya meloloskan diri dari Maze lain. Aris membawa Thomas mengunkai misteri kenapa setiap hari hanya Gladers terpilih akan dipanggil - kononnya dibawa ke tempat baru yang lebih selamat. Akhirnya semua terjawab apabila Thomas berjaya memasuki makmal rahsia Janson. Kesemua Gladers terpilih sebenarnya menjadi ujian sainstik Janson.


Terbongkar rahsia paling mengejutkan Janson merupakan rakan kongsi bersama Ava Paige WICKED. Tanpa membuang masa Thomas membawa rakannya melarikan diri sekali lagi dari menjadi tikus makmal Janson. Tak lupa Teresa yang ketika itu baru selesai proses pemulihan turut menyertai Thomas untuk menyelamatkan diri. 

Kali ini, mereka berhadapan dengan 'Maze' lagi besar selepas keluar dari pusat tahanan Janson selain perlu menyelamatkan diri dari serangan manusia ala zombie yang diserang virus 'the Flare'. Virus inilah menyebabkan seluruh ekosistem manusia terjejas, memaksa Ava Paige memburu Thomas & rakanya untuk mendapatkan imun sebagai vaksin 'the Flare'

Sewaktu dalam perjalanan ke gunung, mereka terperangkap dalam bangunan sekumpulan manusia diketuai oleh Jorge & pembantunya, Brenda. Oleh kerana mereka berenam sangat bernilai tinggi maka Jorge mahu 'memulangkan' harta milik WICKED dengan balasan wang tunai yang banyak tetapi sebaliknya berlaku, Jorge mahu mengikut Thomas ke pergunungan untuk berjumpa sekumpulan lagi manusia yang boleh menyelamatkan mereka dari buruan WICKED. 


Di sini bermula pengembaraan mereka semua melalui bermacam halangan termasuk diserang oleh zombie 'the Flare' & sentiasa menyorok dari serbuan Jonas. 
Secara tidak sengaja dalam perjalanan ke gunung, mereka diserang oleh pihak misteri & satu pertemuan terjadi apabila Airs bertemu kembali rakan satu Maze dahulu, Harriet & Sonya yang telah membawa mereka bertemu dengan Janson, lelaki yang boleh membawa mereka ke tempat selamat. 

Tetapi semua itu musnah apabila Thomas mendapat tahu Teresa bersubahat dengan Ava.
Dengan perasaan sedih Thomas melihat kawan-kawannya sekali lagi menjadi mangsa dalam operasi membawa kembali imun ke makmal. Ava menawarkan tangan terbuka untuk Thomas kembali ke makmalnya tetapi Thomas menolak.  Berlakukan adegan Thomas mahu mengagalkan misi Ava membawa balik Teresa serta pelari Maze yang lain termasuk Minho. Pada keesoknya, Thomas membangkitkan isu dia mahu menyelamatkan Minho dari menjadi mangsa imun Ava..

Bersambung...

Tamat


Ulasan BBL :

1. 1st nak tengok Maze Runner: The Scorch Trials ye, sila jangan tengok

Jika korang baru 1st nak tengok Maze Runner: The Scorch Trials  ni sila jangan bazirkan masa & duit beli tiket untuk tengok sebab korang TAK AKAN FAHAM apa cerita sebenar The Scorch. BBL sendiri tercari-cari apa Maze Runner nak sampaikan sebab memang cerita ini tergantung hujungnya. Agak frust di situ. Nasib baik sempat refresh balik ingatan movie Maze Runner minggu lepas di saluran Fox Movie Premium sempena Astro free seminggu. Hahaha

2. Seram sikit

BBL asyik nak jerit je takut jugak sekali sekala ada scene zombie 'the Flare' tu. Ngeri la kalu virus tu betul-betul wujud. 

3. Cerita agak mendatar

Memang ada jugak scene best tapi nak dibandingkan dengan The Maze Runner : Part one agak menarik sangat-sangat. Tu yang teringin nak tengok sambungan kali ini tapi tengah syok nak tahu apa planing Thomas... tetiba stop kat situ & bersambung. Kena tunggu tahun depan lagi untuk part three, harap-harap yang terakhir. Atau ada banyak chapter lagi? Maaflah BBL tak baca lagi novel Maze Runner ni. Sob.

Bintang BBL


Apa pun, filem Maze Runner: The Scorch Trials agak boring la. Tapi kena tengok jugak nak tahu apa cerita seterusnya berlaku iaitu planning Thomas untuk melawan Ava & menyelamatkan Minho.



BBL ~ boleh mengantok
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Mmg ni filem yg dok tunggu sebab lpas tgk yg first dulu... Best sgt filem aksi camni... Tggu nak tgk juga ni...

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL