#CubaMakan : Qawa Coffee - Kafe Kontena Trendy Terengganu

12:16 AM


Assalamualaikum & hello there,


Jika di Lembah Klang ada cafe kontena Chaiwalla, di Terengganu kita ada Qawa Coffee House. Kedai kontena ini mungkin yang pertama di pantai timur sangat unik menyediakan menu minuman berasaskan kopi, ice blended serta hidangan seperti salad ayam, sandwish, pasta kek, pastri termasuk beberapa makanan high tea & makan malam.


Maksud Qawa Cafe

Qawa/kawa dalam loghat klasik Terengganu bermaksud kopi. Even BBL sendiri baru tahu kawa tu bermakna kopi. Kawa pernah ditanam di Kampung Beladau Selat & Beladau Kolam Kuala Terengganu selain sekitar kawasan Chukai, Kemaman. Kedai kawa jugak banyak beroperasi di Kuala Terengganu pada masa dahulu.



Kafe kontena 2 tingkat

Bahagian bawah adalah ruang menyediakan pesanan pelanggan. Macam kafe lain, korang buat pesanan, nama anda akan ditulis pada bahagian penutup - ala Starbuck,  tunggu 3 minit & nikmati kopi korang. Slurp!



Tingkat 2 ada ruang makan berhawa dingin. Jadi, ada 2 ruang makan - indoor & outdoor. Ruang makan tingkat 2 agak trendy kerana korang perlu naik tangga melalui belakang kontena. Bila dah sampai level 2, tarik pintu kontena & masuk ke ruang makan. Serius BBL main terjah saja masuk kontena tu walaupun agak takut risau profited area. Dekorasi ruang makan ini sangat trendy dengan susunan koleksi antik pemilik Qawa Cafe seperti kamera antik, buku komik lama, barangan limited edition selain beberapa barang warisan keluarga.


Kalau nasib korang baik, level open air atas sekali dibuka untuk pelanggan sebab ruang meja atas kontena tidak berpagar. Agak merbahaya jika bawa kanak-kanak atau terlebih cucuk kawan yang melatah. Kan terjatuh terus arwah. 


Oh paling penting. Selepas makan sila kemas meja anda. JANGAN TINGGAL BEGITU SAHAJA. Well, owner kedai mungkin nak didik pelanggan supaya membuang sampah sendiri dalam tong hitam disediakan tapi someone still tak faham atau buat tak tahu tinggalkan bekas minuman macam tu. Adoi.

Waktu operasi

Di buka setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 12.30 pagi & Khamis - Sabtu di tutup jam 2 pagi. Pukul 7 hingga 8 malam tutup kejap untuk solat Magrib. So, jangan nak datang waktu senja memang tak sempat nak mengorder kan.

Lokasi Qawa Kafe

Terletak di Jalan Budiman Kuala Terengganu. Land mark simpang stesen Shell sebelum sampai Hospital Besar Kuala Terengganu - jika dari Kemaman, Dungun atau Marang / selepas Hospital Pakar Kuala Terengganu yang baru jika korang dari Bandar Kuala Terengganu.  Bila dah masuk Jalan Budiman, sila bawa slow-slow risau terlepas Qawa Cafe sebab kafe ini sebelah kiri pemandu. Kan ntah ke hujung jalan korang drive. Best solution - tengok kereta banyak parking kiri kanan jalan, itulah Qawa Cafe. Except rumah kenduri kawin. Hahaha 


Peta Lokasi Qawa Coffee & Sandwish House



Review BBL

Oh harga agak premium sikit - almost sama harga dengan Starbuck. BBL sempat cuba Jaya Chips RM14.00 tolak diskuan student 15% cuma RM11.90. Murah la sikit. Nak lepak lama pun tak sempat sebab hampir waktu magrib so kitaorang takeaway je Jaya Chips tu. Nak selidik lama-lama pun tak menyempat selain mata-mata customer lain duk perhati je BBL snap gambar kalah wartawan surat khabar. Yelah blogger kan suka ambil gambar. Apa pun sempoi habis melepak kat Qawa Coffee House ni. Jika korang bercadang nak melawat Terengganu, jangan lupa masukkan Qawa Coffee dalam list nanti ya.  Tumbup!


Kredit gambar :

BBL ~ siap
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

9 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Nice review......saya org terengganu tapi ta tahu apa itu Qawa..hahhahaa...dpt ilmu baru hr nih :D
    Tader jual air bandung laici ke kat situh ?hahhahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tader la air bandung laici,,ada air blanded & kopi banyak

      Delete
  2. Bestnyeee tapi kemain 'dekat' pulak haih. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau ke terengganu jangan lupa buat list visit tempat ni

      Delete
  3. Replies
    1. pergi job fair kejap lepas tu singgah datang Qawa Kopi

      Delete
  4. Assalamualaikum budakbandunglaici..

    Saya fadhil
    boleh checks saya di list blog bawah ini.

    http://www.dhilreeferservices.blogspot.com
    http://www.dhilcontainer.blogspot.com
    http://www.dhilreefer.blogspot.com

    saya ada menjual kontena dengan harga yang tertara dibawah

    20'ft GP RM3800.00 Untuk RM4300.00 tanpa pengubahsuaian
    20'ft GP RM4400.00 RM5000.00 Untuk pengubahsuaian penuh 100% seperti baru

    40'ft GP RM5500.00 ~ RM5800.00 tanpa pengubahsuaian
    40'ft GP RM5900.00 ~ RM6500.00 pengubahsuaian penuh 100% seperti baru

    juka cik,tuan,puan Nak ubahsuai kontena dan kabin
    Hubungi saya untuk maklumat lanjut
    datang ke depot saya sendiri di westport @ Pulau Indah.
    Perkhidmatan dhilreefer Alamat , Jalan Sungai Pinang 5/1 pulau indah klang .

    Call atau WhatsApp
    0187652032 fadhil

    Tumpang iklan sikit ye tuan, boleh jadi pengunjung yang ke blog tuan akan membeli barang saya. insyaallah
    wassalam

    ReplyDelete