Ikie Coki Pencetus Inspiras

6:04 AM

Assalamualaikum & hello there,

Usia Ikie Coki atau nama penuhnya Rizqie Zaini baru 4 tahun tapi gaya seperti umur 19 tahun. Jika sebelum ni korang terutama ig followers hanya mengenali kids model dari barat, kini Ikie tampil dengan idea trendy sebagai Wak Doyok Junior. Comel bunyinya.


Kecik-kecik dah pandai buat 'longkang' rambut kan. Haha Ikie nampak comel dengan size badannya masih kecil & pipi yang bulat. Tu yang membuatkan ramai instagramers menjadi pengikut setia Ikie. Tak hairan sekarang ni dia dah mengumpul lebih 18.6k followers. Kalah BBL ye.


Tengok gayanya dah buat BBL rasa nak pelok dia ketat-ketat. Sekarang ni fesyen kanak-kanak dah banyak di pasaran cuma ibu ayah kena pandai maching antara baju & seluar. Hasilnya wow la. Tambah lagi jika parents pandai 'market' anak sendiri.


Selain bergaya untuk di upload dalam ig, Ikie turut di undang menjadi model baju & slot fesyen kanak-kanak dalam majalah keibubapaan Karangkraf selain jemputan menjadi model pelancaran baju kanak-kanak. Kecik-kecik dah famous amous. 

Paling jelous kejap bila ramai artis Malaysia turut mengenali Ikie sebagai junior transmodel. Tak cayalah tengok lah Ikie berselfie dengan artis. 


Ni beberapa keping gambar Ikie bergaya dalam ig. Kadang-kadang BBL berinpirasikan Ikie sebab style gaya cukup simple tapi menarik mata memandang. Sesuai untuk upload dalam ig.


Nak tengok lagi gambar Ikie yang comel ni, follow Ikie_coki di link berikut ya.


BBL ~ terlajak comel
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

7 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. jeles. umur 4 tahun tahun dah kacak bergaya. aku hidup 23 tahun tak kacak bergaya pun. hahaha. stail rambut dia.

    ReplyDelete
  2. psst. review sket transporter refueled tu.. best ke tak? bagi rating sket. nak tengok tapi tunggu review dulu. hahaha.

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL