Akaun Nuffnang Bikin Panas Hati
12:37 AM
Assalamualaikum & hello there,
Salam Jumaat & selamat hari raya haji ke 2 korang.
Memang tiap pagi Jumaat BBL akan buka akaun Nuffnang nak check CPUV terbaru sebab biasanya kempen CPUV latest akan start hari Jumaat. So dengan hati girang sambil kunyah almond london terkedut kejap bila keluar result macam ni.
Eh kau dah kenapa Nuffnang?
SEBAB : BBL selalu guna Google Crome untuk online termasuk akaun Nuffnang, rupanya cookies dari Nuffnang terlalu banyak & menyebabkan crome tak boleh nak load
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa tu Cookies? - bukan biskut!
Jika korang jenis suka online seperti FB, Twitter, Zalora, Gmail, YahooMail atau apa saja portal mesti ada keluar pop-up remember the password kan? Itulah cookies, benda alah cookies ini akan ingat password, history sepanjang korang online. Sebab tu bila korang serach sesuatu seperti kamera digital dalam Mudah.my tetiba 5 minit kemudian bila buka Youtube keluar ads iklan kamera dari Lazada.my di site tepi kan. Cookies ibaratnya macam otak yang menyimpan semua maklumat korang secara personal.
Kewujudan cookies ini untuk mengesan individu secara personal & mencadangkan apa saja berkaitan dengan individu tersebut. Contoh, jika korang tengah cari video mengenai kapal terbang dalam youtube secara automatik cookies akan search video berkaitan kapal terbang seperti iklan komersial kapal terbang, crush plane, experience naik kapal terbang termasuk iklan promosi Air Asia kat ruang iklan Youtube. Ini sebab web server tak ada memory nak simpan berjuta infomasi pengguna yang datang, so cookies akan tolong remind semua password, nickname, infomasi tentang korang.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tutorial nak selesaikan masalah 400 bad request/this webpage is not available
1, Jika korang pengguna Google Crome, follow je step ini ya. Untuk FireFox atau Opera, maafkan BBL. Kena google lagi la.
Tekan 'Setting' pada bahagian atas sebelah kiri browser crome
2. Scrool bawah sikit, tekan 'Show advanced settings...'
3. Pada bahagian 'Privacy' tu, pilih 'Content Settings..'
4. Klik 'All Cookies and site date' tu
5. Taip 'nuffnang' pada kotak & tekan REMOVE ALL
6. Kemudian klik 'Done' kat bawah sekali tu
7. Refresh balik Nuffnang & dah setel!
Lega dapat balik akaun Nuffnang, ingatkan dah kena hack bagai. BBL dah berpuluh kali buka akaun Nuffnang & keluar result bad request. Jika korang pun hadapi masalah sama esok lusa, minggu depan atau 2 bulan lagi. Sila proceed solution sama macam BBL ajar kat atas tadi.
BBL ~ alhamdulilah, kempen baru CPUV
ლ(╹◡╹ლ)
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
9 Budak Suka Minum Bandung Laici
Oo mcm tu ke cara dia hahaha. Ok nak buat jap.. tq
ReplyDeleteeh prob jugak ke
Deleteselalu jadi mcm ni jgk. hehehe
ReplyDeleteada jgk tutorial dr kak lysa, lain sikit.. sikittt je lain.. hehhee
tak pelah janji sharing is caring
DeleteSame goes here. Selalu juga check akaun Nuffnang if ada masa. Now I know how! Thanks for sharing!
ReplyDeleteahaa, selalu jadi jugak dan end up saya guna browser lain untuk check. thanks anyway!
ReplyDeleteakak dah terblock nuffnang dalam cookies ni,jd nuffnang dah x boleh bukak,ada cara tak macamana nak dapatkan semula nuffnang tu...minta tolong sangat2
ReplyDeleteTengok setting cookies tu. Try remove nuffnang dari list block. Tak pun buka nuffnang dari browser lain
DeleteTerima kasih. Dah leh bukak dah
ReplyDelete