[Buffet Ramadan] - Berbuka Puasa Suasana Damai Hutan Di BBQ Lamb KL Kemensah
2:41 AM
Ingat lagi tak BBQ Lamb KL Kemensah yang hangat viral sepanjang awal tahun ini sampaikan ramai pelanggan request untuk berbuka puasa di lokasi unik dalam Kuala Lumpur nie. Sebagai permulaan tahun 2018, pihak BBQ Lamb KL Kemensah membawa tiga tawaran menu istimewa iftar untuk anda nikmati bulan Ramadan bermula 19 Mei - 12 Jun 2018.
Untuk korang belum tahu wujudnya hidden gems ni, meh BBL explain sikit. Restoran BBQ Lamb KL Kemensah telah beroperasi sejak tahun lepas lagi iaitu bermula pada 7 Julai 2017. Restoran ini ilham dan idea daripada pasangan suami isteri iaitu Encik Zainuddin dan isterinya, Mie Mie. Restoran ini telah diambil alih daripada tuan tanah dan telah di ubahsuai menjadi tempat yang sangat unik dan santai oleh pasangan suami isteri ini. Konsep restoran ini ialah makan di atas air sambil merasai suasana kampung. Beralih pada konsep makanan yang di ketengahkan mestilah konsep barat iaitu Western. Daripada nama restoran kita dah boleh agak kan? Kemudahan tandas dan surau juga disediakan untuk para pengunjung dan menurut Encik Zainuddin, perancangan untuk menambah baik faciliti seperti menyediakan chalet masih didalam perancangan.

Kawasan ini mampu memuatkan lebih 80 pelanggan dalam satu masa. Sesiapa cadang nak buat majlis berbuka puasa berjemaah boleh datang ke sini kerana ada table panjang untuk geng korang.
Lokasi menarik membuatkan orang ramai terutama penduduk kota jatuh cinta dengan suana hutan menghijau dan sebatang anak sungai membuat anak kecil teruja. BBL sendiri terpaku dengan keindahkan restoren. Geram tengok air bukit mengalir ke kolam sebelah tempat makan.
Buat kali pertama, BBL Lamb KL Kemensah akan menyediakan 3 jenis set untuk berbuka puasa seperti gambar yang dibawah.
1. Set seafood RM188/set
Menghidangkan ikan salmon, lobster dengan cheese, sotong bakar dan baby crab beserta sos istimewa. Yang ni antara menu pertama BBL cuba bersama herb rice.
2. Set daging Rm188/set
Walah set daging kambing dan lembu yang diperap dengan sos BBQ. Daging sangat lembut dan sedap terutama waktu masih panas. Crying boleh makan time berbuka nanti.
3. Set burung RM168/set
Manakala set ni menawarkan burung puyuh, kepak ayam dan itik salai. Cakap itik salai ini anda sendiri kena cuba kerana rasanya kik dan lembut. Ni kali kedua saya makan daging itik. Ternyata resepi pemilik BBQ Lamb KL Kemensah menawarkan smoked duck betul menjadi.
Set istimewa ramadhan ni sesuai untuk dimakan 4~6 orang. Bukan tu sahaja, semua set akan dihidang bersama
🌟 Nasi herba 4 pinggan (boleh refill)
🌟 Sup
🌟 Puding
🌟 Cocktail buah
🌟 Salad/coleslaw
🌟 Kurma
🌟 Air 2 jug mengikut pilihan pada menu
🌟 Air kosong 1 jug
BBL cadangkan air apple asam boi dan manggo. Memang cukup fresh dan sedap untuk berbuka puasa. Tambah lagi BBQ Lamb KL mengunakan buah mangga sebenar bukan kodial.
🌟 Nasi herba 4 pinggan (boleh refill)
🌟 Sup
🌟 Puding
🌟 Cocktail buah
🌟 Salad/coleslaw
🌟 Kurma
🌟 Air 2 jug mengikut pilihan pada menu
🌟 Air kosong 1 jug
nasi herba ni makan sikit dah kenyang tau
lengkap dengan pencuci mulut
Kopi Tok Abah juga terbaik harus anda cuba sendiri
*Pendaftaran/booking untuk berbuka puasa telah dibuka untuk tarikh 19 Mei ~ 12 Jun 2018.
Saya sarankan untuk buat booking dahulu untuk memudahkan pihak BBQ Lamb KL Kemensah menyediakan makanan untuk berbuka puasa. Untuk sebarang pertanyaan dan booking sila wasap.my/6012211400.
BBQ Lamb KL Kemensah
Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor
(jalan belakang Zoo Negara)
Lokasi: Waze “BBQ Kemensah”
Kemudahan: Surau, Tandas , Kolam Renang .
Operasi: Selasa- Jumaat: 6pm-11pm
Sabtu dan Ahad : 12pm-4pm, 7pm-11pm
Facebook: BBQ Lamb KL Kemensah
0 Budak Suka Minum Bandung Laici