Rasa Sayang Pada Kaki Selepas Dengar Talk Show 'Kesihatan Kaki Anda' Oleh Sunfeet Malaysia

9:51 AM

Setiap manusia dikurniakan sepasang kaki kiri dan kanan. Ini anugerah tidak ternilai setiap orang miliki kerana dengan kaki kita dapat berjalan serta berlari. Namun sering kali kesihatan kaki tidak diberi perhatian khusus seperti organ badan lain. Mungkin kurang kesedaran tentang kepentingan penjagaan kaki terutama kalangan masyarakat Malaysia. 


Bak kata pepatah Melayu mencegah lebih baik mengubat, BBL terpanggil untuk menghadiri talk show 'Kesihatan Kaki Anda' oleh Dato Dr Edmund Lee dan Dr Liyana Dhamirah Aminuddin. Bercakap mengenai panel penceramah bukan calang-calang orang, Dato Dr Edmund Lee merupakan seorang Pakar Ortotik & Prostetik Terkenal di Asia manakala Dr Liyana Dhamirah Aminuddin seorang Pakar Perubatan selain turut terkenal dalam program MyDoctors.

 bersama dua panel perkongsian 'Kesihatan Kaki Anda'


Pertama, pernah dengar tentang tapak kaki flat tak? Tapak kaki seperti itik yang rata seperti gambar dibawah. Tahukah anda 1  dari 7 rakyat Malaysia mempunyai masalah tapak kaki rata. Tabiat masyarakat Asia gemar berkaki ayam salah satu faktor kenapa masalah kaki rata mudah terbentuk berbanding komuniti Eropoh sentiasa berkasut sejak kecil bagi  menjaga tulang tapak kaki. Kesan kaki rata menyukarkan proses berlari selain memberi kesan tidak boleh berdiri dalam tempoh jangka masa lama. Selain menjadi faktor risiko sakit tulang belakang, pinggul dan lutut. 

(kiri) kaki rata & (kanan) kaki high arch

Sebenarnya masalah ini boleh diatasi dengan saringan awal secara percuma di Sunfeet International Rehabilitation Centre terletak di Seksyen 19 Petaling Jaya. Terbuka kepada semua golongan lapisan masyarakat terutama kanak-kanak kerana masalah tapak kaki rata boleh dikesan dan boleh dibentuk sebelum berumur 15 tahun. Jika pesakit sudah berusia lebih dari tu seperti orang dewasa atau remaja biasanya pihak Sunfeet mengesyorkan orthopedic insole dalam kasut bagi membentuk kembali arch tapak kaki. 
Dato Dr Edmund Lee turut berkongsi tips mencari kasut yang sesuai iaitu
👟 Que counter belakang kasut mesti keras 
👟 Pilih kasut yang ada sokongan seperti gambar di atas
👟 Jangan pilih kasut yang flexiby means boleh lipat dua menyentuh depan belakang
👟 Milik insole sendiri kerana insole dijual dalam pasaran mungkin tidak sesuai dengan tapak kaki anda
👟 Pakai kasut tumit tinggi untuk tempoh maksimum 5 jam dan lakukan stretching bagi membetulkan postur kaki 

Bagi menjaga kesihatan kaki, panel memberi rahsia agar kaki tidak mudah berbau iaitu dengan cara 
👟 Pilih kasut yang sesuai supaya kaki dapat bernafas dengan baik
👟 Tukar stoking setiap kaki untuk menjaga hygine 
👟 Jangan berkongsi stoking dan kasut dengan orang lain bagi mengelak jangkitan kulat, spora dan fungus
👟 Basuh stoking dengan air panas untuk membunuh spora dan fungus

Sebelum berakhir sesi bual bicara 'Kesihatan Kaki Anda', Dato Dr Edmund Lee mengesyorkan setiap lapisan masyarakat Malaysia sewajarnya mempunyai insole berdasarkan tapak kaki mereka sendiri bagi membendung masalah berkaitan kaki pada masa akan datang terutama kaki berisiko tinggi menjadi flat. Sunfeet menawarkan insole bermula pada harga RM200 dan boleh mencecah ribuan ringgit bergantung tahap serius masalah kaki. Namun kos dilabur lebih murah berbanding kos merawat, perubatan, rujukan doktor mahupun pembedahan jika masalah kaki tidak dibendung sejak awal. 

pelbagai corak insole ditawarkan oleh Sunfeet

Selepas tamat sesi perkongsian tentang kesihatan kaki, staff Sunfeet menawarkan khidmat pemeriksaan kaki secara percuma. Alang-alang BBL check kaki mungkin ada masalah yang tidak perasan sebelum ni. Sejak akhir ini kaki saya tidak boleh berdiri terlalu lama dan sering terasa kebas. Rupanya arch kaki tidak stabil terutama kaki kanan. 


Sebagai langkah penyelesaian, BBL kena pakai orthopedic insole untuk elakkan masalah kaki menjadi serius. Yelah nak pakai kaki sampai tua kan, tak nak la kaki ada masalah bila dah berusia nanti. Susah nak berjalan walaupun sekadar jalan dalam rumah ke dapur. 

Satu fakta menarik tentang Sunfeet International Rehab Centre ini ia beroperasi sejak tahun 1978 dan kini Dato Dr Edmund Lee menjadi generasi ke tiga menguruskan pusat rehabilitasi yang mempunyai kepakaran soal kesihatan kaki. Selain ia menjadi lokasi tumpuan bagi pesakit mendapatkan khidmat berkenaan ortotik dan pretotik. Tidak hairan ia menjadi one stop centre ortotik & pretotik lebih dari empat dekad

Tidak terhenti disitu, Sunfeet turut menawarkan perkhidmatan 
👟 Fisio dan ortotik bagi terapi kaki
👟 Hari terbuka untuk kanak-kanak membuat fisio pada Sabtu & Ahad
👟 Corrective exercise oleh physiotherapist 
👟 Nasihat kaunseling penjagaan kaki bagi penghidap kencing manis dan dietetics 

Cukup lengkap dengan tawaran pelbagai jenis kasut kesihatan kaki dari kasut sekolah kanak-kanak, kasut sukan, kasut kasual, kasut untuk pesakit diabetis dan kasut khas buat pesakit masalah kaki. Semua ini boleh didapati dengan size serta ukuran tersendiri dan boleh customize mengikut citarasa pelanggan untuk peringkat umur kanak-kanak hinggalah orang dewasa. 


Bagi anda yang mempunyai anak kecil, apa kata bawa mereka menjalani pemeriksaan kaki secara percuma dan dapatkan khidmat nasihat pakar hari ini. Setidaknya sebarang masalah pada kaki boleh dikesan awal dan dapatkan rawatan susulan serta penjagaan sepatutnya. Malah jika ahli keluarga mempunyai masalah kesihatan kaki boleh rujuk mereka disini kerana Sunfeet pakar membantu masalah kaki rakyat Malaysia. 

Sunfeet Malaysia - Pusat Rehabilitasi Antarabangsa
Blok C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 1946300 Petaling Jaya, Selangor
No Telefon :013-528 3939 /013-912 2939

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Alhamdulillah buat masa ni kaki Asyraf still rata. Takut pulak bila dapat tahu pasal info terbaik ni. Thanks Marou for the Great Info !!

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL