Pemandangan Superbeb Dari The Jerai Hill Resort, Gurun Kedah
1:26 AM
Antara tempat paling BBL rindu bila sampai KL dari Kedah semestinya The Jerai Hill Resort atau lebih dikenali sebagai The Regency Jerai Hill Resort yang terletak di daerah Gurun. Pernah kali menjejak kaki ke kawasan resort memang tak sangka pemandangan dari puncak Gunung Jerai ternyata bagai di atas awan.
Gunung Jerai terdiri daripada struktur batu dengan ketinggian 1217 meter dari paras laut. Struktur dengan ketinggian luar biasa yang terletak berhampiran kawasan pantai dipercayai bermula dari sebuah pulau dinama Pulau Serai. Dengan kedudukan hampir dengan laut, Gunung Jerai telah dijadikan sebagai panduan dan arah oleh pelayar serta pedagang pad azaman dahulu antara kurun ke-5 hingga ke-14 masihi untuk belayar masuk ke Lembah Bujang.
Dari puncak Gunung Jerai korang boleh melihat hampir keseluruhan bendang sawah. Lagi nice kalu waktu padi mula menghijau atau kuning. BBL datang time pesawah baru je selesai proses menuai. So boleh nampak shape kotak bendang dan penduduk kampung bersihkan kawasan sawah padi.
Cuaca atas sini pada waktu pagi atau selepas hujan sangat sejuk. Nampak la kabus dari bilik resort. Masa BBL sampai di puncak tak silap jam 11 pagi pun terasa sejuk lagi walaupun matahari dah mencanak atas kepala. Selain kawasan ini menjadi destinasi kegemaran pelancong dan lokasi popular penduduk Gurun datang menikmati pemandangan matahari terbenam. Wah sweet habis.
Bermalam di The Jerai Hill Resort
Tak boleh move on dengan suasana tenang dan view cantik maka BBL decide untuk bermalam di The Jerai Hill Resort - highland resort bertaraf 4 bintang. Resort ni ada 75 buah bilik berkonsep chalet dengan pilihan harga cukup berpatutan dan berbaloi. Sesuai untuk anda yang datang bersama family tika cuti sekolah atau hujung minggu.
Harga Bilik The Jerai Hill Resort
🌿 Superior RM 298 satu malam
🌿 Deluxe RM 358 satu malam
🌿 Premier RM 388 satu malam
🌿 Executive RM 438 satu malam
Antara kemudahan lain tersedia buat para tetamu yang menginap di sini ialah kolam renang, dek panorama mengadap hutan Gunung Jerai, taman permainan serta taman bunga Hydrangea (bunga Tiga Bulan) yang hidup fresh mekar kerana cuaca sejuk amat sesuai bagi pokok ni. Geram je tengok bunga Tiga Bulan besar dan cantik warnanya.
Sebelah petang tu BBL pergi try aktiviti lasak paragliding Gunung Jerai. Lewat petang dalam pukul 6 macam baru dapat check in bilik. Letak je barang dalam bilik dan chop katil terus pergi dek panorama nak enjoy sunset dari atas Gunung Jerai. Sangat cantik.
Makan-makan atas Gunung Jerai
Soal makan jangan bimbang kerana ada Simple Day cafe untuk anda menikmati secawan kopi bersama variasa pasti dari puncak Gunung Jerai. Tak silap ada station jual waffle dan goreng pisang. Kemain makan pisang goreng dari ketinggian 2000 kaki dari aras laut Selat Melaka.
Jangan terkejut tengok bilik anda ada kipas siling sahaja tanpa air-cond sebab memang waktu pagi sejuk amat sangat. BBL sampai selimut diri macam ikan bakar dah. Hahaha. Sebelum check out sempat tengok weather 19°C je pukul 7.41 pagi. Sejuk weh
Cara Nak Ke The Jerai Hill Resort
Cuma 45 minit perjalanan dari Alor Setar ke Gunung Jerai sama ada -
🚗 melalui Lebuhraya Utara-Selatan
🚌 Bas ekspres, teksi dan kereta api (Keretapi Tanah Melayu) - turun di Alor Setar
🚌 Terdapat juga perkhidmatan bas awam setiap 45 minit dari Alor Setar ke kaki bukit Gunung Jerai
✈️ Bagi mereka yang ingin terbang, Malaysia Airlines, Air Asia & Firefly menawarkan penerbangan harian ke ibu kota Kedah, Alor Setar.
Jadi apa kata musim cuti sekolah akan datang bawa ahli family datang bercuti ke The Jerai Hill Resort sambil menikmati panorama alam yang sangat mengasyik hati.
Harga Bilik The Jerai Hill Resort
🌿 Superior RM 298 satu malam
🌿 Deluxe RM 358 satu malam
🌿 Premier RM 388 satu malam
🌿 Executive RM 438 satu malam
yeah dah masuk bilik!
bilik mandi dan tandas selesa amat
Antara kemudahan lain tersedia buat para tetamu yang menginap di sini ialah kolam renang, dek panorama mengadap hutan Gunung Jerai, taman permainan serta taman bunga Hydrangea (bunga Tiga Bulan) yang hidup fresh mekar kerana cuaca sejuk amat sesuai bagi pokok ni. Geram je tengok bunga Tiga Bulan besar dan cantik warnanya.
Sebelah petang tu BBL pergi try aktiviti lasak paragliding Gunung Jerai. Lewat petang dalam pukul 6 macam baru dapat check in bilik. Letak je barang dalam bilik dan chop katil terus pergi dek panorama nak enjoy sunset dari atas Gunung Jerai. Sangat cantik.
Makan-makan atas Gunung Jerai
Soal makan jangan bimbang kerana ada Simple Day cafe untuk anda menikmati secawan kopi bersama variasa pasti dari puncak Gunung Jerai. Tak silap ada station jual waffle dan goreng pisang. Kemain makan pisang goreng dari ketinggian 2000 kaki dari aras laut Selat Melaka.
Sebelah malam tu BBL sempat menikmati hidangan steamboat di Restoren The Puncak Kedah. Dah la suasana tenang + sejuk memang terbaik dapat enjoy steamboat tomyam panas-panas.
Cara Nak Ke The Jerai Hill Resort
Cuma 45 minit perjalanan dari Alor Setar ke Gunung Jerai sama ada -
🚗 melalui Lebuhraya Utara-Selatan
🚌 Bas ekspres, teksi dan kereta api (Keretapi Tanah Melayu) - turun di Alor Setar
🚌 Terdapat juga perkhidmatan bas awam setiap 45 minit dari Alor Setar ke kaki bukit Gunung Jerai
✈️ Bagi mereka yang ingin terbang, Malaysia Airlines, Air Asia & Firefly menawarkan penerbangan harian ke ibu kota Kedah, Alor Setar.
Jadi apa kata musim cuti sekolah akan datang bawa ahli family datang bercuti ke The Jerai Hill Resort sambil menikmati panorama alam yang sangat mengasyik hati.
- The Regency Jerai Hill Resort
- Jalan Kaki Bukit, Lebuhraya Gurun, 08300 Gurun, Kedah Darul Aman, Malaysia
- Tel: 04 - 466 7777
2 Budak Suka Minum Bandung Laici
makk aii..bestnya..:)
ReplyDeletebilik 3 katil ni jenis yg mana?
ReplyDelete