[Buffet Ramadan] Ancasa Hotel & Resort Tawar Lebih 100 Sajian Tradisional Kampung Sempena Ramadan 2018

9:32 AM

mengimbau nostalgia puasa zaman kanak-kanak

Menjadi satu kelaziman apabila menjelangnya bulan Ramadan setiap tahun, setiap hotel-hotel akan memperkenalkan menu Ramadan masing-masing. Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur juga tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan menu menu istimewa yang akan disajikan sepanjang bulan Ramadan yang akan kunjung tiba tidak lama sahaja lagi. Pada tahun ini, Ancasa Hotel & Spa telah memilih tema 'Kampong Boy" bertepatan dengan kempen 'Stay. Dine & Win' yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 14 Julai 2018 di mana tarikh akhir bagi perlawanan World Cup 2018.


Memandangkan sambutan dan respons yang menggalakkan dari pelanggan- pelanggan hotel yang telah menikmati Ramadan Bufet pada tahun lepas. AnCasa Hotel & Spa, telah mengekalkan konsep masakan bercita rasa kampung di dalam bufet Ramadan bagi tahun 2018. 

Bertemakan 'Kampong Boy", gabungan idea cef-cef dari AnCasa Hotels & Resorts yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu dan seni kulinari akan menampilkan kelainan dalom setiap resipi dan menu yang di sajikan pada kali ini lebih dari 120 menu sajian masakan Melayu diperkenalkan di antaranya adalah Rendang Ayam Pucuk Maman, Udang Rangup lman Madina, Sotong sumbat sos Pedas, Kambing Golek, Ikan Bakar, Rebung Masak Lemak Cili Api dan macam- macam lagi. 

 kambing golek

Nasi Kabsah

 Dalca tulang kambing

 sambal tempe

 sotong sumbat

 udang ranggup iman madina

ikan bakar

Menurut Encik Shah Azam Khan, Naib Presiden Kanan Ancasa Hospitaliti, pada tahun ini, kami masih lagi mengekalkan konsep gerai dan 'live cooking' di mana 12 gerai dihias bertemakan 'Kampong Boy" dengan harapan agar pelanggan dapat merasai 'homely dining experience' semasa berbuka puasa di sini. Dengan memperkenalkan sajian masakan istimewa ala kampung hasil air tangan cef yang berpengalaman di tambah pula dengan dekorasi ala kampung, anda akan di bawa menggamit nostalgia di zaman kanak-kanak di kampung halaman serta keenakan berbuka dengan masakan bonda. 


Selain itu, Ancasa Hotel & Spa, turut menyajikan pelbagai aneka kuih muih tradisional seperti apam balik, ketayap, wajik, kuih am, seri muka dan pelbagai manisan yang pastinya akan mengubat rindu anda akan masakan bonda di kampung halaman. 


"Walaupun dengan keadaan ekonomi yang sedikit mencabar tambahan pula harga bahan-bahan mentah semakin meningka pihak kami masih lagi mengekalkan harga yang sama dengan tahun lepas iaitu RM58 kepada pelanggan yang membeli baucar sebelum 12 Mei 2018. Manakala harga selepas itu adalah RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Harga yang kami tawarkan adalah amat berbaloi jika di bandingkan dengan harga Ramadan Bufet yang ditawarkan oleh hotel-hotel yang lain", ujar beliau lagi.

Untuk maklumat lanjut ataupun membuat tempahan di Ancasa Hotel & Resort sila layari www.ancasahotels.com atau hubungi 03 2026 6060 untuk mendapat harga terbaik. 

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici