Sedap Weh Warung Makcik Kiah, Sri Petaling KL
9:50 AM
Salam ramadan ke 3 guys! Semalam BBL berbuka di Restoren Warung Makcik Kiah kat Sri Petaling. Tak jauh sangat dari LRT Bukit Jalil dan terletak kawasan perniagaan Sri Petaling je. Mulanya ingatkan warung tepi corner jalan tetapi ia sebuah restoren menyajikan menu masakan panas, Thai dan traditional popular. Tak sangka ada kedai masakan melayu kat sini.
Kenapa Nama Warung Makcik Kiah aka McK
Restoren McK telah beroperasi sejak lima bulan lepas di Sri Petaling hasil ilham Y.bhg. Dato Paduka Syed Isa Syed Alwi (Pengarah Urusan, Premia International Sdn Bhd) yang di inspirasikan daripada Allahyarham ibunya, Cik Kiah yang dikenali ramai dengan masakannya di Kuantan lebih 40 tahun lalu.
Seronok dapat iftar menu selera kampung semalam sampai tersandar kenyang. Banyak pilihan juadah boleh nikmati sepanjang bulan puasa ni. Ni antara BBL santap sewaktu berbuka.
Ikan Siakap 3 Rasa
Patin Tempoyak
Asam Pedas Ikan Pari
Daging Paprik
Sayur sotong
Ayam goreng kunyit
Ayam pedas
Sayur kailan ikan masin
Apa BBL nak puji ialah sup tulang McK sangat kik walaupun isi dah tercerai dari tulang tu sampai refill dua kali lagi. Enak hirup begitu sahaja time tengah panas-panas suam. Lagi syok dapat cicah dengan garlic bread. Wallah demand betul.
tomyam sea food
Disepanjang bulan Ramadan Mubarak ini McK menyediakan beberapa set menu hidangan berbuka puasa khas untuk pelanggan. Berikut adalah set menu boleh anda pilih untuk iftar bersama keluarga atau rakan.
Set Menu A
|
Set Menu B
|
Hidangan : 2-3 orang
|
Hidangan : 4-5 orang
|
Harga Pakej : RM 29.90
|
Harga Pakej : RM 59.90
|
Kurma
***
Nasi
Putih
Daging
Paprik
Sayur
Campur
Tom
Yam Ayam
***
Sirap
***
Buah-Buahan
Potong
|
Kurma
Kuih-Muih
***
Nasi
Putih
Daging
Paprik
Sayur
Campur
Tom
Yam Ayam
Telur
Dadar
***
Sirap
***
Buah-Buahan
Potong
|
Menariknya McK menyediakan tempat makan bersila untuk anda berbuka persis di kampung. Sekali sekala seronok jugak dapat bersila dalam restoren sambil berborak tunggu masuk azan berbuka puasa kan. Unik betul konsep McK bawakan ke Sri Petaling ni.
Makanan Laut Segar dari Sandakan, Sabah
Selepas ini, McK akan memperkenalkan masakan makanan laut segar dari Sandakan. Seperti kita tahu, produk laut dari timur Sabah memang terkenal dengan kesegaran dan lautan yang bersih berbanding kawasan Selat Melaka. Antara makanan laut yang akan disajikan termasuk ikan kerapu, jenahak, merah, tengiri, siakap liar, pari, udang laut, ketam bunga dan sebagainya. Kesemuanya akan diterbangkan harian dari Sandakan terus ke restoren McK untuk dimasak segar oleh chef kepada pelanggan degan harga berpatutan. Pastinya anda yang pernah pergi ke Sandakan tahu kenakkan isi segar tika menikmati sajian seafood. Tak perlu terbang jauh lagi kerana korang boleh enjoy sajian seafood Sandakan di McK Sri Petaling je.
McK menyedikan pelbagai masakan tempatan dan Thailand bermula jam 11 pagi hingga jam 10 malam. Selain dari menjamu selera di restoren McK, pelanggan juga boleh menempah melalaui Food Panda. Bestnya, korang boleh guna pembayaran online Fave disini. Cukup mudah!
Kepada warga Kuantan yang pernah merasai air tangan makcik Kiah sepanjang 40 tahun lepas, inilah lokasi harus anda tujui untuk mengimbau kembali kenangan menikmati masakan makcik Kiah di Kuala Lumpur.
Warung Makcik Kiah
No. 15, Jalan Radin Bagus 9,
57000 Sri Petaling, Kuala Lumpur
Facebook : facebook.com/warungmakcikkiah
Telefon : 017-276 7273 (En.Rizal)
1 Budak Suka Minum Bandung Laici
Ikan patin masak tempoyak dia best. Memang terasa nak cakak Pahang terus .. heheh serius memang betul-betul masakannya ikut citarasa bonda Dato' ..
ReplyDelete