[Buffet Ramadan 2018] Iftar Di Hotel The Grand Campbell Serendah RM75 Sahaja

9:10 PM

Tahun ini Hotel The Grand Campbell membawakan tiga jenis variasi berbeza menu berbuka puasa setiap sepanjang bulan Ramadan khas buat anda. Bermula 21 Mei hingga 12 Jun 2018 menawarkan pakej iftar ramadhan pada harga RM75 (dewasa) dan RM40 (kanak-kanak) bersama lebih 40 jenis sajian menyelera untuk santapan berbuka.


Hotel The Grand Campbell mempelawa anda datang bersama ahli keluarga atau rakan taulan menikmati pelbagai pilihan buffet dengan masakan tempatan dan barat yang asli dari chef berpengalaman. Pastinya lebih meriah dapat berbuka dengan orang tersayang bukan. Antara menu hidangan bakal disajikan adalah masakan melayu tradisional. Biasalah, bulan puasa tetiba semua lauk jadik favorite kan. Menariknya setiap minggu menu sajian bakal ditukar bagi memberi kelainan tika menjamu selera.

 Gulai Ketam & Nenas 

 Sotong Goreng Kunyit Berempah

 'Oven Baked' Ayam Percik

 Asam Pedas Batang Keladi

Siakap Masak Tiga Rasa

Antara hidangan panas bakal menjadi pilihan ramai ialah Ketam Masak Lemak Sengkuang, Udang Goreng Kunyit & Rempah, Briyani Ayam Kampung, Asam Pedas Ekor Lembu, Pucuk Paku Goreng Cendawan, Gulai Ayam Kampung, Sambal Tumis Udang Harimau, Masak Lemak Tenggiri & Terung, Sotong Masak Kicap Berkentang dan banyak lagi. Kalu nak list memang panjang entri ini. Jadi anda kena datang sendiri ke The Grand Campbell okay. 


Tidak ketinggalan menjadi perhatian saya semestinya Bakar Station yang menyediakan ikan kembung, ikan pari, ikan keli dan sate ayam & daging yang dimasak live hadapan kami. Wah kecur mulut tengok ikan bakar sebelah air asam.

Bagi peminat kambing golek, jangan risau chef The Grand Campbell  memang pakar baca fikiran tetamu dengan Carving Station kambing dan daging golek. Boleh tahan laku keras daging sampai tak menang tangan chef nak potong daging. 


Malah Shawarma Station dengan sharwarma daging dan ayam serta ada turut tersediakan untuk memberi pilihan berbuka puasa. Dah boleh agak mesti dilema nak mulakan hidangan iftar yang mana satu bukan. Uniknya anda boleh menyedikan sendiri shawarma mengikut condiments citarasa masing-masing. 


Tidak ketinggalan sajian Hot Pot Station beserta variasi mee dan tiga jenis sup. Ha pilihan nak makan apa kemudian panaskan sendiri. Jangan lupa mencuba Sup Ekor Lembu hasil air tangan chef berpengalaman The Grand Campbell yang ternyata memikat selera saya.


Untuk adik-adik comel pasti tak sabar nak makan pelbagai jenis pencuci mulut seperti buah-buahan segar, aiskrim, ABC, ais kacang, bubur, jeruk buah, biskut dan candy buffet. Dari jauh dah aim nak makan mashmellow bila tengok chocolate fountain. 


Sekarang BBL dah bagi idea lokasi menarik untuk anda berbuka puasa sekiranya anda ke kawasan emas di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau Sogo untuk membeli persiapan Syawal nanti. Nanti terus walk in ke Hotel The Grand Campbell atau hubungi no telefon berikut untuk tempahan. 

Talian terus 03-2694 1717 sambungan 5
Fadzlina 012-687 1518
Farid 012-623 4261

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici