Buka Puasa #SeleraMalaya Kat Hotel KL Journal

8:48 PM

Salam Ramadan korang. Amacam puasa hari ini? Okay tak okay tu. Petang ni nak berbuka kat mana ye. Nie BBL nak suggest datang berbuka di Hotel KL Journal Bukit Bintang yang menyediakan juadah "Selera Malaya" sempena ramadhan tahun ini. Elok sangat alang-alang datang shopping raya sekitar Bukit Bintang boleh datang berbuka puasa sini.


Sajian makanan selera tempatan tradisional pastinya menguji iman puasa tak kala melihat menu terhidang secara buffet seperti Kari Kepala Ikan, ikan Pari Asam Pedas, Rendang Daging, Ayam Kapitan & Percik, Kambing Masak Kurma, Soto Ayam & Seafood Tom Yam dan beberapa lagi jenis lauk pauk kegemaran rakyat Malaysia.


Membangkit selera iftar pastinya Otak-Otak Muar, aneka kuih muih, Rojak Buah, Sate, Pasembur, Keropok dan desert stall. Bagi saya sendiri, Lok-Lok paling menjadi favorite tika berbuka di Hotel KL Journal. Pilihan pun banyak dengan sos kacang yang boleh rebus atau bakar. Selepas berbuka dan menunaikan solat Magrib, boleh sambung aktiviti cari busana hari lebaran di shopping mall berdekatan.


Jemputlah datang iftar Ramadan bersama Hotel KL Journal di Kedai Kopi Journal sepanjang bulan puasa ni. Harganya cukup berpatutan cuma
🌟 Dewasa RM 118
🌟 Kanak-kanak RM 59
*bawah 5 tahun makan PERCUMA

Bagi anda yang mahu mengadakan majlis berbuka puasa dalam kumpulan besar, the Worker's Union memang lokasi menarik, boleh hubungi pihak Hotel KL Journal 03-2110 2211 untuk tempahan.


Ikuti laman sosial Hotel KL Journal juga ya
Website : www.kljournalhotel.com 
Facebook : Facebook.com/thekljournal
Instagram : Instagram.com/thekljournal

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici