Argh Malu Rasanya Jadi Tetamu Jemputan Astro Gempak FB Live

12:41 AM

Assalamualaikum peps..

Aduh agak-agaknya boleh kira tak berapa kilo segan campur malu waktu BBL muncul dalam Astro Gempak FB Live malam tadi. 


Btw sebenarnya BBL dijemput oleh pihak Astro Gempak untuk mempromosikan pertandingan #AktifkanAME2019 oleh 100PLUS yang tengah hit sekarang. Kalu belum tahu..saya ada join contest tonjolkan pontensi diri dengan bakat terpendam bersama air isotonik 100PLUS. Saja join suka-suka tapi mana tahu ada rezeki menang hadiah saguhati. Pun jadilah kan.

Okay balik cerita asal entri ni, malam Rabu lepas staff Astro Gempak ada DM kat instagram. Mungkin sebab video bakat saya yang merapu ntah apa tu. So dorang panggil untuk tampil sebagai tetamu jemputan dalam Astro Gempak FB Live hari Jumaat. Ingatkan jadi penonton je, tak tahu pulak kena show off bakat seperti dalam video tu.

Kebetulan si housemate Vainzstory pun terpilih jugak datang tunjuk bakat terendam tu. At least ada la teman kan. Lepas balik kerja terus siap-siap gerak pergi Astro. Nasib baik dari rumah cuma 5 minit je ke Astro tu. Sampai sana staff Astro suruh makan dulu..walaupun tengah kecut perut kena live pukul 9 malam sempat eh habiskan semua makanan.


15 minit sebelum on air live - kena touch up makeup bagi muka flawless sikit. Tepat pukul 9 lebih barulah Astro Gempak FB Live ke udara. Artis jemputan utama Syafiq Farhain dan Andi Bernadee serta pengacara CK Faizal. Mula-mula dorang la duk bersembang pasal percalonan Anugerah Meletop Era (AME2019) kemudian nak hangitkan contest #AktifkanAME2019 oleh 100PLUS maka BBL jadi tetamu pertama show off bakat tu. Aduh dapat task sebagai pengacara pulak dah. 


Habis terbalik meraput depan 3 kamera utama. Bila tengok balik video live tu alahai malunya tapi nak buat macam mana benda dah terjadi kan. Keep move on la. Video penuh korang boleh tengok kat bawah.




Next peserta dengan bakat berlakon. Fuh dia punya feel memang real lah. Akhir sekali off course si Zulhilmi dengan tarian zapin tu. Tadi sebelum on air bukan main mengelabah takut tapi depan kamera bukan main cool lagi siap boleh gelak-gelak dengan CK Faizal. Terbaik la si Zul menari. Orang behind the scene siap menari jugak ya. 


Ha tu jelah nak cerita. Kejap je live lebih kurang 30 minit macam tu. Satu pengalaman cukup best tapi campur malu sikit. Sebelum balik dapat bergambar dengan Andi nie. Dalam video "Satu Peluang" bukan main nampak tinggi, rupanya lebih kurang je dengan BBL hahaha

- see you guys kat pentas Anugerah Meletop Era 2019 -

Rasanya korang pun boleh sertai contest mudah ni.

Caranya
1. Rakam video bakat anda selama 1 minit. Tak kisah menari ke, buat magik ke, buat lawak ke, jadi pengacara ke atau apa-apa saja talent terendam tu
2. Upload ke Instagram dan hastag #100PLUS #AktifkanAME2019 #MELETOP #AME2019

Ada hadiah cash RM10 ribu menanti korang tau. Good luck!

You Might Also Like

16 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Wahhh tahniah BBL! Glamer tuuu. Good luck untuk kontest tu juga.

    ReplyDelete
  2. wahhh hebat!!tahniah BBL. ok lepas ni dah glamour jgn lupa kami ok..

    ReplyDelete
  3. Hebatnya masuk live. Ok la tu, Makin lama orang makin kenal BBL la nanti. Semoga terus sukses dan harapnya BBL dapat menang hadiah tu ok.

    ReplyDelete
  4. wa I want autograph next time! Congrats for appearing at Astro Gempak FB Live! Famous boy in the town hehe

    ReplyDelete
  5. FAmous la BBL lepas ni. Airah suka tengok andi tu punya music video dan lagu dia haha

    ReplyDelete
  6. Tengah duk fikir bakat ape yang ada ni nak show off. Macam tak ada bakat yang lain daripada orang lain je. Nak menang 10k huhu

    ReplyDelete
  7. Satu pengalaman yang berharga untuk dikenang. Berpeluang muncul secara live di tv dan jumpa dengan artis. Terbaik la BBL .Memang ada bakat terpendam sangat tuh .Rezeki kan dapat timba pengalaman live di tv .Tahniah

    ReplyDelete
  8. Wow dah level artis ni nak sign sikit hehehehe mamang rezeki tak pernah salah alamat untuk kita hehehe tak kisah walaupun keluar macam ni dapat juga promosi dah bakat go BBL..

    ReplyDelete
  9. Makin pemes la lepas ni BBL kan..
    Silap silap ada follower yang tersendiri ni. Hehe
    Apa apa pun gudluck ya. Mana tahu ada rezeki yang memihak.

    ReplyDelete
  10. Wah good lick marou mana tahu ada rezeki. Kalau menang best tu hadiah dia. Dapat juga selebriti hebat pun best jugak

    ReplyDelete
  11. wow bertuahnya dia....apapun semoga berjaya dalam kerjaya..nanti dah pemes jangan lupa komen kat blog tau...ahahaha

    ReplyDelete
  12. Must be an interesting experience appearing on live TV right? :) Wishing you all the best in that contest.

    ReplyDelete
  13. Wah bestnya.. Xpe ini satu pengalaman buat marou... Mne tau kot2 ade rezeki utk mengacara pula kan... Hehe...btw goodluck marou!

    ReplyDelete
  14. Kerlassss gitu ha. Marou ada style untuk jadi pengacara. Mana la tahu lepas ni ada peluang kannn. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk.

    ReplyDelete
  15. Tahniah Marou! Anda berbakat jadi pengacara ni! Boleh menceburi bidang pengacara ni, semoga sentiasa berjaya dan bagitau kami acara mana tau yg Marou join, nak tengok acara tu jugak!

    ReplyDelete
  16. bestnya BBL dapat develop talent in live pula... Tahniah! Bertuah BBL dapat jumpa retis jugak hehe. Rezeki tak terduga ya

    ReplyDelete