BUFFET RAMADAN 2019 : Buka Puasa AnCasa Hotel & Spa KL Pada Harga RM 55 Seorang

11:20 PM


Assalamualaikum & salam ramadan ye..

Masih meneruskan iftar tour 2019, kali ini BBL ke AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur - sebelah UTC Pudu & stesen LRT Plaza Raykat/MRT Merdeka. Senang sikit nak datang kalu malas nak drive kereta malah sangat dekat dengan Jakel Mall & Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR), yelah nak shopping baju raya serta persiapan hari lebaran bulan Jun nanti kan. 


Harga Buffet Ramadan @ AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Dewasa RM 70
Kanak-kanak RM 40 (5-12 tahun)

*Tempahan boleh call 06-6627288 samb #6

Juadah Berbuka Tema Aroma D'AnCasa
Tiap tahun memang jadi favorite BBL datang buka puasa kat sini. Kira tradisi la awal-awal minggu ramadan dah singgah makan. Menariknya 2019 nie chef AnCasa menyediakan macam-macam menu masakan tradisional khusus buat umat Islam menikmati sajian tika berbuka. Antara juadah paling menarik bagi saya semestinya kambing golek, kambing gulai kawah, mee kari gear box, sup dorai, ikan bakar, sate, murtabak & sajian western pasta spaghetti. 

Tak cukup tu saja, chef juga telah sedia pelbagai pembuka selera kerabu, salad, pisang goreng, cekodok, apam balik dan banyak lagi. Lebih dari 100 jenis masakan terhidang sepanjang ramadan ni. Senang cerita anda boleh rambang mata tengok setiap masakan.

- semestinya kambing golek idaman ramai -

- stall live cooking murtabak, ikan bakar, pari bakar & sate -

- nak makan laksa, mee kari atau spaghetti pun boleh -

- menu special mee kari gear box -

 - Gulai kawah kambing -

- sebahagian masakan melayu popular di AnCasa -

- pernah makan tak sup Dorai? -

Kat sini signature utama ialah aneka variasi pencuci mulut. Ni sport paling ramai customer datang ambil gambar & teruja. Tak kisah la kanak-kanak atau orang dewasa mesti lemah lutut tengok susunan kuih muih tradisional, kek, pastri, puding tart, chocolate, air batu campur (ABC) sungguh mengiurkan mulut. 

- memang menguji iman betul -

- variasi desert traditional & western -

- bubur jagung, kacang merah, kacang hijau & bubur lambuk -

'Indahnya Ramadan, Indahnya Syawal'
Baru-baru ni pihak AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur berkongsi rasa gembira menyambut ramadan dengan program coprate services responsibility (CSR) meraikan 30 anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni. 


Sebelum tu, mereka ke Jakel Mall untuk beli baju raya selain duit raya setiap seorang. Senyum bila dapat duit raya. Berkat ramadan apa salah kita kongsi sama-sama kan. Malah kolaberasi ADABI Berhad menyediakan 5 kawah bubur lambuk & kemudian diagihkan kepada pengguna jalan hadapan hotel wajar dipuji. Tak silap ni tahun ke-2 Adabi & Hotel AnCasa buat aktiviti memasak bubuk lambuk.


Apa tunggu lagi, hari ni boleh la datang berbuka puasa kat AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur. Bawa sekali ahli keluarga baru meriah. See ya later okay.

You Might Also Like

20 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. RM55 tu harga early bird ke, Marou? Murah tu! Tapi kalau RM70 tu pun murah dah dengan banyak menu dan ruang makan selesa yang ditawarkan. Lawa gambar-gambar Marou ambil. Buat perut berkeroncong je ni ha. Haha.

    ReplyDelete

  2. kami terkandas dalam lift semasa selesai berbuka puasa di Ancasa Hotel & SPa tahun 2018..Hampir 1 jam setengah di dalam lift..regret dengan pengurusan hotel.. so tahun ni hotel ni memang dah black list dr keluarga kami..Manager siap janji nk bagi pampasan sbb that time ada baby kami yang hampir lemas..lastly semuanya senyap...

    ReplyDelete
  3. Bahagianya tengok desserts dia! Cantik tersusun dengan warna meriah macam tu. Menggoda betul. Paling unik sekali mesti lah mee kari gearbox. Mana ada tempat lain hidang menu ni!

    ReplyDelete
  4. Banyaknya makanan sedap kat sini. The price is affordable and I can ask my friends to join with me for the Ramadhan buffet.

    ReplyDelete
  5. wah banyaknya pilihan dia! khai paling suka ke tempat tu kalau banyak kuih muih melayu hehehe, boleh la try ancasa ni nanti. tq for sharing

    ReplyDelete
  6. aduhaii..melting nya tgk menu2 ni semua..lapar la plk hehe..tapi harga berpatutan lah...bolehlah pegi nanti

    ReplyDelete
  7. Ala... You buat I terliur Walaupun dah buka puasa. Meet Kari gear box Tu memang unik and replay nak try.

    ReplyDelete
  8. sekali sekala berbuka puasa dengan anak yatim mesti seronok . Lagi seronok bila dapat berbuka dengan rakan-rakan dengan makanan yang menarik. Dah cuba ke belum sambal jawa goreng di Ancasa

    ReplyDelete
  9. Sis paling suka berbuka di sini sebab hidangan makanan dia sedap2 dan pelbagai. Cuma baru2 ni tak dapat makan banyak sebab perut tak berapa sedap pulk, rugi betul. rasa nak pergi lagi nanti

    ReplyDelete
  10. Banyak menu untuk buffet ramadhan yang disediakan. Macam macam ada. Pilih je nak makan yang mana satu kan .Harga buffet pun murah dan berpatutan. Berbaloi kalau berbuka di sini.

    ReplyDelete
  11. Wah dia.. Bnyaknya pergi makan buffet, tapi badan cenggitu juga... Hehehe.. Sedap semua maknna dia.. Murah juga harga dia.. Tempat pun selesa.. Bolehla nanti ke sini

    ReplyDelete
  12. Dalam banyak-banyak menu mata tertarik dengan mee kari gear box tu la. mesti special kan. Tak pernah jumpa lagi kat buffet ramadan lain. Marou rasa tak?? sedap tak??

    ReplyDelete
  13. Buffet rm55 bagi emi sangatlah reasonable. Dah la ancasa ni bagus, setiap tahun dia memang buat majlis untuk meraikan anak-anak yatim. Patut semua hotel buat macam ni la.

    ReplyDelete
  14. Ancasa ni antara fav port berbuka puasa. Kesedapan makanannya tak boleh dipertikaikan. Untuk harga yg ditawatkan di kawasan kl mmg sangat berbaloi

    ReplyDelete
  15. murah jugak harga buffet dia.makanan pun nampak sedap dan menarik.sempat agi ni kalau nak berbuka sini petang nanti kan

    ReplyDelete
  16. Ya Allah.. Menggoda pulak tengok menu tu semua..
    Teringinnya nak makan lala.
    Tapi susah nak jumpa yang fresh.
    Mesti yang tu sedap kan.
    Terasa nak cari buffet ramadan je la..

    ReplyDelete
  17. wahhh ! nampak menyelerakan betul hidangan2 yang ditawarkan di sini ya. menu2 dorang sangat pelbagai. mesti sedap nie. harga pon berbaloi. nanti nak bawa satu family berbuka dekat sini lah

    ReplyDelete
  18. RM70 x smpi rm100 pun ok lah lg pun nmpk choices dia boleh tahan byk!

    ReplyDelete
  19. Tahun ni tak berkesempatan berbuka puasa di Ancasa walaupun menerima undangan. Menu-menu kat Ancasa memang sedap-sedap semuanya

    ReplyDelete
  20. dah lama tak berbuka puasa di Ancasa Hotel ni.dah 2 tahun rasanya. sebelum2 ni makanan diorang memang sangat memuaskan. slalu diorang buat tema nostalgia kampung macam tu.

    ReplyDelete