Kenyang Buka Puasa Menu Festive Delight Tony Roma's
1:13 AM
Seminggu puasa ni boleh kata hampir setiap hari BBL pergi PARAM aka pasar ramadan beli makanan nak buka puasa. Kekadang sampai tak tahu nak beli apa sebab semua makanan kat bazar area rumah dah try. Satu hari satu gerai ke apa..hahaha
So hari Jumaat lepas si housemate ajak la ifthor kat Tony Roma's Citamall sebab dia nampak promosi baru Tony Roma's sempena bulan puasa. Apa lagi terus on jelah.
Masa sampai kat restoren Tony Roma's, staff bagitau sepanjang bulan puasa & Jun ni dorang ada menu special Festive Delight. Ada menu sesuai untuk makan berjemaah & single portion. Harga pun not bada kalu tong-tong 3 4 orang consider murah lagi.
Menu Festive Delight
Selera Iftar 3-4 pax RM 168.00 nett
Meriah Meal 5-6 pax RM258.80 nett
Sensational Serai RM 30.90
Tempting Tomyum RM 30.90
TR Original RM30.90
Selera Iftar (RM 168.00 nett) ni boleh makan tiga hingga empat orang. Dalam set ni ada Lamb Ribs Roma Back with honey plum sauce, 1/2 ayam BBQ, Beef Riblet with TR original sause, salad campur, jagung rebus, 2 roti baquette, 4 mashed potato ATAU nasi dan 4 mangkuk soup of the day.
Kalu datang lima ke enam orang macam geng housemate BBL, staff suggest Meriah Meal (RM258.80 nett) yang dalam platte ni ada Lamb Ribs Full Slab with honey plum sauce, 1/2 ayam BBQ, 2 papak Beef Riblet with TR original sauce, salad campur bersama isi udang, 3 roti baquette, 6 mashed potato ATAU nasi dan 6 mangkuk soup of the day. Kira perfect ada seafood, ayam, daging gituh.
boleh pilih side dish nasi ATAU mashed potato
Masa BBL makan ramai-ramai memang kenyang sebab portion tu ngam-ngam untuk setiap orang. Tambah lagi ada nasi cukup la buat perut penuh. Oh ya, kalu siapa nak makan set untuk sorang je boleh la order menu Sensational Serai BBQ 1/2 chicken dihidang bersama sos sensational serai - dalam plate ada nasi ATAU mashed potato, jagung & salad campur. Saya paling suka sos serai tu cicah dengan ayam.
Siapa yang suka ala-ala thai boleh pesan Tempting Tomyum BBQ 1/2 Chiken bersama sos tomyam, ada nasi ATAU mashed potato,jagung & salad campur, Kick sikit sos pedas masam.
Macam BBL bagitau awal-awal tadi, promosi ni sementara je tau dari 1 Mei samai 31 Jun 2019. So cepat-cepat la pergi berbuka kat Tony Roma's berdekatan rumah korang. List cawangan ada kat bawah sekali ye. Sekali sekala iftar high end apa salahnya..hehe
Cawangan Tony Roma's
Sunway Piramid
|
ecurve
|
Pavilion Kuala Lumpur
|
LG 1.43, Lower
Ground One
Bandar Sunway |
Ecurve, G-32 & G-33, Ground Floor
Mutiara Damansara |
Lot No. 1.15, Level 1
Bukit Bintang, |
The Gardens
|
Setia City Mall
|
Citta Mall
|
Lot No. LG 217, The Gardens Mall
Mid Valley City |
Lot UG-29, Setia City Mall
Setia Alam |
Lot G-46, Citta Mall
Petaling Jaya |
Nu Sentral
|
IOI City Mall
|
Melawati Mall
|
L5.01, Level 5, Nu Sentral
Brickfields |
LG-64, Lower Ground Floor
Putrajaya |
L3-16A, Third Floor, Melawati Mall
Pusat Bandar Melawati |
Mahkota Parade
|
Aeon Terbau Mall
|
Komtar JBCC
|
Lot G04, Ground Floor,
1, Jalan Merdeka, Melaka |
G112, Ground Floor, No. 1, Jalan Desa Tebrau,
|
Lot 203, 2nd Floor, KOMTAR JBCC
Bandar Johor Bahru |
0 Budak Suka Minum Bandung Laici