Promosi Special Me'nate Steak Hub Untuk Ramadan 2019

9:06 AM


Assalamulaikum semua,

Tiap kali masuk bulan puasa mesti craving nak makan daging panggang, lagi-lagi yang still panas bergolek atas bara api tu. Potong slice kecik lepas tu tuang sos bbq.. Aduh kecur je air liur bila tengok promosi Me'nate Steak Hub untuk buffet ramadan 2019. 

Istimewa kali ini Me'nate Steak Hub membawakan seleksi menu juadah berbuka puasa citara tradisional + western khas buat tetamu sepanjang bulan ramadan ini. Hidangan popular signature Me'nate mestilah Kambing Golek Istimewa. Tiap tahun mesti customer beratur nak makan kambing golek ni.


Dengan 40 menu hidangan pelbagai jenis pastinya membuatkan korang tak sabar tunggu masuk azan magrib.. Ish jangan pulak dah ambil makanan tetiba azan sendiri. Bawak bersabar ye. Antara menu western yang ada :
🔥 Pilihan Spaghetti Beef Aglio & Olio / Spaghetti Arabiata  / Pene Creamy Chicken Pesto / Fettuchini and Mushroom Carbonara
🔥 Lamb Shabu
🔥 Chillean Black Mussel with Tomato Sauce
🔥 Meat Meatball
🔥 BBQ Chicken Wing
🔥 Deep Fried Chicken Drummel 
🔥 Pizza & banyak lagi


Tidak lupa semestinya masakan tradisi popular yang acap kali kita cari bila tiba bulan puasa ni iaitu
🔥 Nasi Briyani
🔥 Nasi Tomato 
🔥 Mee Kari
🔥 Laksa
🔥 Mee Goreng/Kueh Teow digoreng panas & live
🔥 Kuih muih tempatan
🔥 Air Batu Campur (ABC)


Ha wahai pencinta daging pasti tak duduk diam tengok aneka pilihan daging bbq serta ayam grill terhidang khas bulan ramadan nanti. BBL sendiri tak sabar nak makan..biasalah kamera mesti "makan" dulu. Tak gituh.. Btw mesti korang ingat harga buffet ramadan mahai sampai seratus lebih. Ha tekaan anda salah sebab harga Me'nate offer cukup berpatutan sesuai dengan kualiti setiap hidangan yang dimasak oleh chef berpengalaman. 

 - Roasted Chicken -

- BBQ Beef Riblets -

- Kambing Golek -


Harga Buffet Ramadan @ Me'nate Steak Hub
Dewasa RM 79.90
Kanak-kanak RM 39.90 
*kanak-kanak 5 tahun ke bawah makan PERCUMA

Tampil kelainan tahun ini, Me'nate memperkenal Ramadan Family Platter special bagi mereka yang mahu makan daging premium sewaktu berbuka. Ada 2 jenis pilihan iaitu SET A PREMIUM FAMILY PACKAGE dan SET B SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE. Sesuai sangat kalu anda nak menikmati sajian barat dengan pilihan daging berkualiti tinggi bersama ahli keluarga. Boleh makan 5-6 orang tau
Ramadan Family Platter special

SET A : Premium Family Package RM 450.00
SET B : Super Premium Family Package RM 650.00

SET A
SET B

Menu
Mushroom Soup & Garlic Bread
Mamamia Beef Carbonara Pasta
Beef Aglio E Olio Pasta
Nachos BBQ Beef


Mains Plate
Grain Fed Striploin
Grain Fed BBQ Beef Ribs
Lamb Rack OR 
Grass Fed Striploin
Roasted Half Chicken
Oven Roasted Seabass

Mains Plate
Wagyu Striploin 6-7
Wagyu Beef Ribs
S.Premium BBQ Lamb Ribs OR 
Grain Fed Striplion
Roasted Half Chicken
Oven Roasted Seabass


PERCUMA
Dessert Buffet Section


salah satu Premium Family Package 

Tempoh hari BBL sempat merasai sendiri semua menu bakal terhidang pada bulan puasa nanti. Tahun ni selebriti Shukri Sahar & Elly Mazlein aka Kak Lina Pompom menjadi IKON ME'NATE. Kemain seronok tengok dua artis ni buat lawak sampai tak kering gusi ketawa. 


Masa majlis preview buffet ramadan, kami sempat tengok aksi Syuk & Kak Lina Pompom demostrasi cara memasak steak. Fuh bukan main penuh bergaya kalah mastercheff tu. Campur kuasa emcee kak fafau makin ruih rendah kicthen jadinya.


Berkongsi rasa kegembiraan & berkat bulan Ramadan penuh barakah ni, Me'nate Steak Hub memjemput syarikat-syarikat atau badan korporat, syarikat persendirian mahu pun individu untuk berkolabrasi menganjurkan sebarang majlis tanggungjawab sosical (CSR) seperti majlis berbuka puasa bersama anak yatim & sebagainya. Malah diskaun korporat turut tersedia bagi pihak berminat. 

BBL ada rakam sedikit video sekitar majlis bersama Me'nate Steak Hub Shah Alam. Boleh la tonton video YouTube bawah nie ya.


Cawangan Me'Nate Steak Hub
🔸 Me’nate Setapak (Starparc Point)
🔸 Me’nate Ampang Jaya (Jln Kolam Air Lama)
🔸 Me’nate Bangi (Seksyen 9)
🔸 Me’nate Shah Alam (Vista Alam, Sek. 14)
🔸 Me’nate Johor Bahru (Jalan Glasiar, Taman Tasek)


Boleh la cepat-cepat booking tempat anda, whatsapp je senang
• SHAH ALAM - wasap.my/60194771047/RSVPBERBUKA+MENATE
• BANGI - wasap.my/60192611047/RSVPBERBUKA+MENATE
• AMPANG - wasap.my/60168795947/RSVPBERBUKA+MENATE
• SETAPAK - wasap.my/60193911047/RSVPBERBUKA+MENATE
• JOHOR - wasap.my/60137510347/RSVPBERBUKA+MENATE


Oh ya, kalu anda tak sempat nak datang berbuka puasa bersama Me'nate tapi teringin nak makan makanan western & daging usah risau, lepas 8.30 malam korang boleh datang walk in untuk order menu ala carte. Mana tahu lepas terawih tu tetiba tekak nak makan daging steak datang je Me'nate ni. Restoren akan beroperasi sampai jam 11 malam.


Alang-alang si housemate tu kerja area Shah Alam boleh la ajak dia berbuka kat Me'nate Steak Hub Shah Alam ni. Boleh repeat lagi makan kambing golek tu..

Hingga jumpa lagi di entri akan datang :)

You Might Also Like

19 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Amboi sedapnya tengok menu2 western. Kite mmg gile dgn western food lagi2 dri Menate pulak. Harga pun boleh tahan murah. Memang nk kene book untuk tahun ni bawak family semua. Thanks yer share 😬

    ReplyDelete
  2. Wahh ! Berbaloi betul berbuka puasa dekat Menate nie. Harganya sangat berpatutan. Tak sangka ingatkan mahal. Inilah peluang utk dtg n rasa daging dan masakan di menate. Nk bawa satu family buka kt sini

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Saya baru tadi makan breakfast. Tapi nampak gambar ini dah rasa lapar semula.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah gambar Marou ni kemain haaaa. Macam dalam majalah. Jelas betul. Hahaha. Nasib baik sebelum bulan Ramadan tengok, kalau takkkk. tergugat puasa ku. hahaha

    ReplyDelete
  5. Kalau untuk Family elok ambil Premium Family Package tu ye? nampak macam sedap je semuanya.. ni kalau bulan puasa tengok.. mau meleleh leleh liur.. eh.. hahahaha.. Menate ni tempat yang popular .. artis ramai mai sini ni

    ReplyDelete
  6. syok ar dapat makan dan berbuka kat menate ni..dia punya daging mak aii mengiurkan sexy sgt..kalau bulan puasa duk tengok ni ..matilahh terliur liur nanti..sukalah kalau set berbuka ada western food sekali dengan masakan melayu yg lain..so byk pilihan meatball tu menikam betul lah

    ReplyDelete
  7. Eh. Kenapa murah harga pakej Me'Nate nie? Dah la dekat ngan rumah Rawlins. Nampak gaya kena singgah ni kelak. Yeay yeay!

    ReplyDelete
  8. Alahai, baru baca tajuk ada Me'nate terus dah terliur. Sekali tgk gambar makanan dia, nasib baik x mengandung. Leh buat mengidam ni. Huhu.

    ReplyDelete
  9. Hidangan western dia semua memikat. Memang terliur sungguh dibuatnya. Kalau kat sini mesti lah kena makan menu2 daging kambing dan sebagainya. Benda mahal2 kot kan. Ni mesti nak kena booking awal ni, kalau tak mesti setiap hari penuh.

    ReplyDelete
  10. Dah lama nak try menate steak ni. Tak pegi pegi. Bestnye tengok kambing golek Tu. Nampak sedap menu buka puasa they all. Banyak betul pilihan.

    ReplyDelete
  11. Kita suka datang kat Me'nate ni kerana nak tengok teletah Syuk dan juga Kak Lina Pom Pom hehehehe makanan kita dah tahu memang sedap terutama kambing golek terbaik lah kat sini harga murah gilerrr ok...

    ReplyDelete
  12. Paling suka berbuka kat sini sebab family memang suka steak. Bila bulan puasa je banyak juadah lain juga jadi dapatla merasa pelbagai jenis hidangan yang ada. Tak sabar nak tunggu bulan puasa. Pakej dia pun berbaloi.

    ReplyDelete
  13. Teringin makan dekat sini, nampak sedap sangat... harapnya bulan puasa nih dapatlah ke situ untuk iftar nanti. Ish.. tengok lama-lama makanan semua buat terliur jer tau

    ReplyDelete
  14. Lama tak kunjung Me'nate guess this is the best time to pay them a visit, great selection at an affordable rate.

    ReplyDelete
  15. tudiaaaa menu!!! hahahahaha best ni kalau dpat pegi, tapi sayangnya jauh. memang banyak review kata makanan kat sini sedap, belum berpeluang ke sini lagi. kalau dekat insyaALLAH dah sampai, maybe next time :)

    yanmie
    http://www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  16. sebenarnyaaa kan.... i mmg dh tergoda nk buka pose nnt kat menate!! OMG awesome gler dorg dh buat buffet mcm ni yg plg best ada BEEF REEF tu!! ya Allah terliur gilerrr

    ReplyDelete
  17. Fuhh.. Nasib baik la singgah baca entri ni belum puasa lagi. Kalau tak, mau menggelodak perut sebab terliur. 😅😅😅
    Dah la menu semua mengancam.
    Sedap aihhh semuanya..

    ReplyDelete
  18. Mak aihhhh melampau nampak sedap makanan dia. Kalau tak baca entri ni tak tau yg harga buffet kat dia ni ‘mampu makan’ ye..selalu ingat harga mahal nak mati

    ReplyDelete
  19. ayoyoyoyo marou! Rasa dah lama gila tak pekena makanan dekat menate ni, makanan dorang memang sesedap. kualiti makanan dorang jaga tu yang best. biarlah mahal yang penting sedap. for me, takde la mahal mana pun kan. ikut kemampuan kita nak choose menu yang mana dengan harga ikut kemampuan kita.

    ReplyDelete