Sebab-Sebab Dikenakan Fidyah
4:58 AM
Assalamualaikum semua..
Kejap je masa berlalu dah nak masuk bulan Ramadan. Siapa belum ganti puasa lagi..ha rasanya dah tak sempat nak ganti sebab malam ni, 5 Mei Mohor Besar Raja-Raja akan mengumunkan tarikh start puasa. Mungkin kita semua umat Islam kat Malaysia bakal mula puasa besok, 6 Mei 2019.
Tahukah Anda?
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerena meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ATAU sengaja melewatkan puasa ganti (qada') bulan Ramadan
Hukum Bayar Fidyah
Wajib membayar Fidyah & wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu beban tanggungan (hutang) kepada Allah S.W.T sekiranya tidak dilaksanakan.
Sebab-Sebab Dikenakan Fidyah
1. Uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri dari golongan yang menghadapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali
2. Perempuan hamil
Dengan syarat di bimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang di kandungnya seperti dikuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga mengantikan (qada') puasa yang ditinggalkan
3. Ibu yang menyusukan anak
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah
4. Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian puasa dibuat
5. Musafir dan pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan
Musafir dan pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib mengqadhakan puasa dan membayar fidyah mengikut bilangan hari ditinggalkan
6. Melambatkan ganti puasa (qada')
Mereka yang melambatkan ganti puasa hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan ramadan), dikenakan dendan membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada') puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda-ganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Kadar Bayaran Fidyah
Semoga bermanfaat ye
0 Budak Suka Minum Bandung Laici