Shopping Baju Raya Kat Jakel Shah Alam #JakelBarulahRaya
12:00 AMAssalamualaikum & selamat berpuasa korang...
Memang jadi rutin BBL tiap tahun datang shopping JAKEL Shah Alam cari baju melayu. Tahun lepas warna purple ribena, sedondong satu family dah macam kumpulan nasyid marbahan gituh. Tapi tu la bestnya datang Jakel boleh beli baju raya untuk satu family terus dalam satu bumbung. Tak payah cari kedai lain.
Team lelaki - ayah, abang, adik lelaki beli baju melayu terus dapat full package free samping & butang baju melayu. Tunggu pilih songkok je. Off course boleh pilih koleksi baju melayu barisan artis Jakel seperti Dato Aaron Aziz, Awal Ashaari, Hairul Azreen atau Nabil Ahmad.
Jenis kurus macam BBL ni memang sesuai la cutting Nabil Ahmad. Ha tahun 2019 ni Jakel buat satu evolusi baju melayu koleksi Nabil Ahmad & Awal Ashaari yang ada zip kat bahagian pergelangan tangan. Sebelum ni kan kena sising lengan kalu nak ambil wuduk atau basuh tangan lepas makan ketupat, sekarang ni tarik zip je kat tangan tu. Senang dah mesra wuduk. Malah sisi baju (bahagian pesak) dah ada zip supaya senang nak buka baju..tak lah orang mengadu baju melayu Jakel sangkut kat dada bila nak buka. Bagus Jakel dengar keluhan pengguna setia produk Jakel yang sentiasa utamakan kualiti walaupun harga murah-murah.
Siapa yang bersaiz besar, Jakel memperkenalkan Abam Bocik sebagai duta "plus size". Kini mereka berbadan besar boleh pakai baju melayu cekak musang dengan selesa. Yelah asyik pakai baju teluk belanga je.
Sama juga dengan emak, kakak & perempuan boleh bergaya pagi Syawal bersama baju kurung koleksi selebriti Scha Alyahya, Hanis Zalikha dan Ayda Jebat. Semua cantik-cantik. Ada dari size XS hingga 4 XL. Tahun ni lebih fokus kepada corak & warna lebih segar serta moden.
- tak payah dah sising lengan, tarik je zip kalu nak basuh pinggan -
Untuk adik-adik lelaki boleh pilih baju melayu Upin Ipin atau baju Teluk Belanga Yusuf Iskandar. Manakala Perempuan pulak, bermacam corak & rekaan baju koleksi Lara Alana.
Baju sedondon satu family pun ada. Memang macthing dari mak, ayah hingga ke anak. Tahun ni Jakel dah tambah pilhan warna baju melayu hingga 65 jenis colour tau. Semua warna cerah, gelap, terang ada. Tunggu nak pilih je
Beli Baju Raya Online Dalam Website Jakelstore.my
Lelong Besar Besaran Hingga Malam Raya
Dah macam tradisi Jakel setiap tahun mestilah tawaran promosi HARGA RUNTUH hingga 85% untuk semua produk koleksi lebaran kali ini. Untung la siapa datang Jakel dapat beli baju harga murah.
Harga koleksi baju melayu sekarang ni amat berpatutan dari RM99 siap PERCUMA kain samping dan butang baju melayu lagi. Baju kurung wanita dijual dari harga RM10 je. Malah pakaian kanak-kanak bermula pada RM39 sepasang.
5 Mei lepas masa Meet & Greet bersama barisan duta raya Jakel 2019 siap ada pemberian Baju Raya Percuma kepada 100 pelanggan yang beli baju melayu bernilai RM150. Tak cukup dengan tu, ada sesi lelongan oleh selebriti Ayda Jebat, Dato Aaron Aziz, Nabil Ahmad & Abam Bocik untuk koleksi baju masing masing. Ada customer beli baju kurung Ayda Jebat RM250 dari harga biasa RM450.. murah betul kalu artis lelong baju.
- sesi lelongan baju kurung koleksi Ayda Jebat -
- Dato Aaron Aziz pun buat lelongan harga runtuh -
- Abam Bocik bagi diskaun harga kaw-kaw baju melayu plus size -
- tu dia Nabil Ahmad tengah lelong baju melayu -
Oh ya, follow social media Jakel Shah Alam untuk update promosi terbaru sepanjang bulan ramadan ni. Rugi tak follow na..
Facebook : www.facebook.com/jakelshahalam
Instagram : www.instagram.com/jakel_shahalam
19 Budak Suka Minum Bandung Laici
Koleksi fav tiap tahun. Paling suke koleksi awal sebab smart. Tahun ni nk shopping lah. Tak sabar rasanya. Harap Jakel bnyk buat harga jualan runtuh. hehehe
ReplyDeleteya ampun dah siap shopping terus baju raya ek, jeles kak lily ni. Ari tuh pi jakel kl ramai nau orang sampai nak pilih pun tak boleh hah.. this weekend mesti nak pi lagi ni
ReplyDeleteso fast another year i know this brand... last year they did a very grand promotion for baju raya... wau... time flies and now they are doing their promotion again!!
ReplyDeletetiap tahun memang ternanti-nanti jualan raya jakel. yelahh, jakel selalu keluarkan koleksi2 baju raya yang cantik2 dan terkini designya. nanti nak beli time happy hour tu. harga menjunam2 murahnya.
ReplyDeletewoww boleh beli online tu yg bagus jugak tu almaklumlah kadang2 malas nk bersesak2 kat Jakel tu kan. Harga panass betul sekarang ek RM90 dah boleh dpt bju melayu siap samping, wajib terjah tuu nanti! Last year last minute baru dpt shopping, this year pon mcm tu jugak kot, mmg ke Jakel la jwbnya harap2 ada size lg masa tu nnt hehe
ReplyDeletekita dah beli kurta 2 helai kat jakel. kurta aaron aziz dan kurta awal ashaari. 2 helai rm120, kain dan material best juga selesa. khusyuk harapnya ibadah si dia haha
ReplyDeleteBestnya dapat baju raya baru heheheheh kita memang setiap tahun akan pakai baju dari Jakel wakakakak tahun ni best ada saiz besar dari 4XL hingga 7XL tu...
ReplyDeleteWah banyak betul koleksi menarik Jakel tahun ni. Sesuai untuk kurus takpun plus size. pastu siap boleh beli online lagi tu lah best.
ReplyDeleteBagusnya Jakel ambil Abam Bocey jadi duta size plus, makin bertambah la pilihan untuk customer. Tahun depan boleh la ambil duta size plus perempuan pulak
ReplyDeleteJakel memmg banyak pilihan baju.. Design setiap tahun baru.. Sesuai beli baju family dekt sini.. Dari dewasa sampai kanak-kanak.. Bagus.. Harga kalau boleh dpt murah dia bagi murah.. Kalaublelong lagi la.. Senang kalau de online sekrg..
ReplyDeleteTahun ni makin bertambah pulak design jakel ni kan. Tapi serius tiap tiap tahun memang cantik cantik baju yang dieorang keluarkan
ReplyDeleteNi baru namanya koleksi mesra pengguna. dari size slim fit sampai Plus size pun ada. X lupa yg family nak sedondon2 tu siap anak sekali.
ReplyDeleteCantik-cantik design baju raya tahun ni yea... Nanti nak bawa family pergi sama nak shopping raya, suami paling suka beli baju melayu sebab free sampin sekali he he he
ReplyDeletemeriahnya wak. tahun lepas kita beli baju raya kat Jakel. Tahun ni nak cuba jenama lain pulak tengok macamana best macam baju jakel ke tak.
ReplyDeleteWahhh dah shopping awal2 baju raya, ok lah..senang tak payah bersesak sesak bila last min nanti. Baju kat jakel memang cecantik n up to date, harga berpatutan dengan design yang ada. Ingat nak ke sana lagilah
ReplyDeleteKak nina suka design Jakel. Semua lawa trendy. Warna pun banyak pilihan nak di sedondon kan seisi keluarga. Harga pun berpatutan. Dah ada online lagi laaa mudah!
ReplyDeleteRawlins tahun nie aim baju AA gak - maybe nak yang warna hitam atau coklat chrome. Gitew. Sebab dah pakai tahun lepas, berkenan sangat dengan design dia.
ReplyDeleteWah marou dapat beli baju raya awal ashaari, best la. Warna pun cantik juga. I like the baju raya collection at Jakel semua nyer berkualiti and warna pun modern.
ReplyDeleteBaju abam bocey ada jual di mana-mana jakel ke? Atau di jakel shah alam saja?
ReplyDelete