BUFFET RAMADAN 2019 : TH Hotel Kelana Jaya Offer Pakej Berbuka Bawah RM50 Je Seorang

8:51 AM


Assalamualaikum, 

Actually ni first time BBL masuk Tabung Haji Hotel Kelana Jaya walaupun selalu pergi site area Unitar Kelana Jaya. Baru tahu sebenarnya TH Hotel Kelana Jaya buat buffet ramadan cukup murah antara pakej berbuka pernah BBL pergi. Percaya tak bawah RM50 untuk seorang dewasa. 


Buffet Ramadan @ TH Hotel Kelana Jaya
Dewasa RM49.90 bersih
Warga emas RM39.90 bersih (60 tahun ke atas)
Kanak-kanak RM29.90 bersih

*PROMOSI BELI 10 PERCUMA 1
** Tempahan boleh call je 03-7873 6297 
atau whatsapp Hazel > wasap.my/60168600029 / Bismi > wasap.my/60147572805 / Najaa > wasap.my/60133616012

Sajian Menu Berbuka Citarasa Nusantara
Chef TH Hotel Kelana Jaya telah menyediakan lebih 50 jenis menu berbuka. Malah gerai/stall aneka sajian turut tersedia
🔸 Stall Kambing Golek 
🔸 Stall Middle East
🔸 Stall Chicken Sharwarma 
🔸 Stall Air Citarasa Malaysia
🔸 Stall ABC Meleleh Power
🔸 Stall Rojak Buah Krup Krup 
🔸 Stall Aneka Kuih-Muih
🔸 Stall Goreng-goreng Ranggup
🔸 Stall Aneka Steamboat
🔸 Stall Bubur Lambuk
🔸 Stall Noodel Corner

- kambing golek special, boleh makan bersama nasi arab -


Paling BBL suka semestinya sharwarma ayam yang chef sedia live depan pelanggan. Pengemar kambing golek usah risau sebab inilah menu utama setiap kali ramadan tiba. Yang penting isi daging tu lembut & senang nak kunyah. 


Selain tu bahagian pencuci mulut juga meriah dengan aneka kuih muih tradisional, rojak buah & pasembor. Percaya tak gerai Air Batu Campur Meleleh paling ramai orang que, mungkin sebab cuaca awal ramadan ni agak panas so tekak rasa haus & menguji iman betul tengok air batu campur sejuk-sejuk. 


Kemudahan Berbuka Di TH Hotel Kelana Jaya

Kat sini tak payah risau kalu terkejar nak solat magrib kerana ada Masjid Tabung Haji Kelana Jaya sebelah hotel jadi selesai je jamah sedikit makan anda boleh terus ke masjid menunaikan solat magrib berjemaah dan kembali ke hotel untuk makan. Kalu nak terawih lepas tu pun boleh.  

 Dewan berhawa dingin & sangat selesa

 Parking luas & percuma
 Berhampiran Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)

Menariknya setiap hari sambil anda tunggu masuk waktu berbuka tu, pihak hotel menjemput ustaz/ustazah untuk sesi tazkirah kat pentas utama. Boleh la tambah ilmu & dapat input agama. Perut pun kenyang, hati pun tenang dapat timba pengetahuan. Lagi pun waktu sebelum berbuka adalah antara saat doa mudah dimakbulkan Allah SWT. 

Tempoh hari Ustaz 3 Beradik datang beri tazkirah & persembahan. Seronok dengar ustaz Ilham bagi ceramah berkaitan adat-adat berpuasa. 


Apa tunggu lagi, jemput datang ke TH Hotel Kelana Jaya. Meriah tau berbuka kat sini. 

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici