BUFFET RAMADAN 2019 : Berbuka Puasa Juadah Kampung Di Restoren Umi, The TOP Komtar Penang
2:07 AM
Assalamulaikum gais,
Pejam celik dah masuk bulan puasa. Mesti waktu siang kita terpikir nak makan apa time berbuka nanti eh. Menu popular tiap kali terlintas dalam hati mesti masakan kampung kan. Lagi-lagi juadah tu mengubat rindu air tangan emak kat kampung.
Bagi orang Pulau Pinang, kena outstation ke pulau mutiara time bulan puasa atau tahun ni beraya kat sana..apa kata BBL suggest datang berbuka puasa di Restoren Umi yang terletak Menara Komtar - bangunan paling ikonik negeri Pulau Pinang ni.
Juadah "Selera Umi"
Well tiada menu berbuka paling sedap selepas satu hari tahan lapar & dahaga selain masakan air tangan ibu. Samalah dengan seleksi menu juadah berbuka yang Restoren Umi tawarkan buat pengunjung Menara Komtar.
Specialnya kat sini, semua lauk pauk berbuka akan dihidangkan dalam mangkuk tingkat atau tiffin. Klasik amat gituh. Menu akan ditukar & berbeza setiap hari dari Isini hingga Ahad bagi memberi kejutan setiap tetamu datang berbuka. Antara juadah bakal ada dalam mangkuk tingkat ni ialah Gulai Lemak Ayam Pedas, Rendang Daging, Sotong Goreng Masin, Daging Masak Hitam dan Kari Ayam Kapitan. Peminat Assam Pedas Ikan memang wajib cuba jika datang ke sini. Well recommended sangat.
Eh rasanya tak lengkap pulak bila tak ada pencuci mulut. Usah risau, kuih muih Melayu turut ada dihidang bersama minuman sirap selasih, teh tarik & paling popular Ais Kacang Penang.
Harga Buffet Ramadan @ Restaurant Umi
Dewasa RM 68+
Kanak-Kanak & Warga Emas RM 58+
Berbuka Atas Awan Di Top View Restaurant and Lounge
Andai kata korang nak lebih pengalaman menikmati saat berbuka puasa di The TOP Penang, cubalah ke Top View Restaurant and Lounge kat level 59. Dari atas ni anda boleh berbuka puasa dengan pemandangan cukup memukau bandaraya bersejarah Geortown. Kalu cuaca baik boleh tengok matahari terbenam sekali. Wah romantik & rasa tenang dapat view superbeb ni.
Bertema buffet "Chef Shaikh Fauzi Buka Puasa" menampil aneka menu cukup menyelerakan setiap tetamu seperti Kepah Masak Lemak Cili Api, Udang Masak Assam, Ketam Masak Kari, Ayam Masak Merah, Ikan Masak Masam Masam Manis, Sayur Terung Goreng Berlada bersama Nasi Briyani atau Nasi Kerabu panas. Wah kecur air liur..
bestnya betul makan sambil tengok matahari terbenam
Sebelum tu, boleh mencuba pembuka selera termasuk Passembor Pulau Pinang, Kerabu Ayam, Kerabu Kerang, Kerabu Pucuk Ubi, Thai Beef Salad & Acar Buah-Buahan. Ni pun favourite saya la..
Tak cukup dengan itu, indulge diri anda bersama menu gerai masakan live Kambing Golek, Ayam Percik, Ayam Tandoori, Mee Udang, Asam Laksa, Mee Mamak, Roti Jala, Ikan Bakar & juga Bubur Lambuk. Ni semua menu wajib makan bila azan magrib berbunyi.
Chef juga menyediakan pelbagai variasi pencuci mulut Bubur Pulut Hitam, Pengat Ubi Keledek, puding, kek dan aiskrim aneka periasa.
Harga Buffet Ramadan @ Top View Restaurant and Lounge
Dewasa RM 98++
Kanak-kanak & Warga Emas RM 68++
*Promosi rebat diskaun 20% bagi tempahan sebelum 5 Mei 2019
Sebarang tempahan boleh call terus
Restoren Umi > 04-262 3800 / whatsapp 017-529 6674
Top View Restaurant > 017-3368286
Anything rujuk je website The Top Penang www.thetop.com.my atau follow Facebook : www.facebook.com/thetopofpenang
19 Budak Suka Minum Bandung Laici
Kat penang eh? Jauhnya. Tapi emi ada kawan stay kat penang. Boleh la suggest kat dia untuk berbuka di restoran ni. Menu2 dia pun semua nampak menarik. Kecur air liur kita wakkk
ReplyDeleteWahhh... Meriah sesangat menu-menu yg dihidangkan. Tapi sayang jauh pulaj di Penang. Entah sampai ke tidak Ramadhan kali ni.. Hehe.. Takpe bagi peluang orang-orang sana lah merasai kelazatan buffet ramadhan ni
ReplyDeleteWah bestnya makan kt atas menara paling atas. View Pulau Pinang yang cantik ditemani masakan melayu. Teringin nak try. hehehe
ReplyDeleteTB suka part yang Berbuka Atas Awan Di Top View Restaurant and Lounge tu.. rm68 yea.. berpatutan la kalau dapat tengok view cantik-cantik dari atas awan.. besttt
ReplyDeletebestnya dapat berbuka dekat top penang siap boleh tengok pemandangan bandar penang! Dah la unik menu dihidangkan dalam tiffin box!
ReplyDeleteMak ai, besarnya udang dalam flyers tu. Entah kenapa yang tu yang kita paling berselera dan tergoda tengok. Memang menyelerakan. Sayangnya nun jauh di Penang pulak
ReplyDeletewow.. siapa tak suka masakan kampung sewaktu berbuka kan? lagi lagi kalau makan di tempat selesa, banyak pilihan dan disediakan oleh chef berpengalaman
ReplyDeleteWow..jrg org buat buffet makanan tradisional ala2 kampung kan.. Tgok udang tu terliuq uuiii... Hahaha.. Best dpt buka sini ea marou? Wawa teringin mai penang tp blom smpi lg
ReplyDeleteLetak dalam mangkuk tingkat tu nampak klasik sangat. Haha.
ReplyDeleteMenariknya. Cuma bukan orang penang. Kalau ada rezeki, sampai ke Penang, sampailah nanti.
Kalau sis ada kat area penang sure dah pergi tempat ni untuk berbuka puasa. Murah pun murah..lps tu ada persembahan lagi..tu yg syiok tu. Malangnya jauh pulak..huhuhu
ReplyDeleteWow.. Untungnya orang penang.
ReplyDeleteAda tempat makan best la untuk berbuka.
Cuma standby duit dalam poket je.
Menu ala kampung ni bila makan,terangkat selera tau.
Makan menambah la orang kata.
Wahh nampak menarik menunya, lauk pauk gitu memang dicari lah masa berbuka. Dah lama tak pi Komtar, tak tau ada restoran ni kat situ hehe
ReplyDeleteTingginya nak gi makan buffet tu, gayat la pulak. Tapi cantik pemandangan dari atas tu. Still boleh consider harga buffet ni. Nak ajak kawan-kawan berbuka kat sini la nanti. Tengok menu pun best-best.
ReplyDeleteIsh kalau lah duduk area Penang dah lama akak terjah tau. Mana mana buffwt ramadhan mesti ada kambing golek kan .Menu wajib tu . Harga yang ditawarkan berbaloi juga dengan menu yang disediakan
ReplyDeletewow, nampak menyelerakan sungguh hidangan berbuka puasa dekat sini. harga pulak sangat berpatutan sesuai dengan apa yg ditawarkan. mesti family dan anak2 suka kalau bawa berbuka kat sini.
ReplyDeletejauhnya dia pergi sampai Penang sana tu hehehehe tengok banyak makanan dan juga semua sedap-sedap belaka kat sini harga boleh tahan cuma jauh jer hehehee...
ReplyDeleteWah syok yer , sambil berbuka dapat layan view cantik sunset. Teringat plak masa review ramadan di menara Kl. Taktahu plak kat penang pun ada. Best org penang, dpt berbuka kat tempat cantik dengan juadah berbuka yg sedap kat sini
ReplyDeleteWow this is so nice with tarian tradisional also. The price is reasonable too, will check it out if I m in Penang.
ReplyDeleteBesarnya that udang!!! Nak try jugak all in their buffet line macam sedap sangat2 but so far in Penang. T.T
ReplyDelete