Maksud Disebalik Video Judas Lady Gaga

7:17 PM

Assalamualaikum.
korang dah dengar & tengok video lagu terbaru
Lady Gaga - Judas?
 BBL memang dah lama cari maksud yang tersirat
di sebalik video klip Judas - Lady Gaga ni.
sebelum ni pun dah baca tapi kurang faham sebab
cam terbelit-belit maksudnya.


Lady Gaga memang ratu konterversi.
kalau hari tu, heboh pasal video klip Bad Romance 
kini lagi cerita panas tentang video Judas pulak.



dalam video Judas, BBL rasa penuh dengan simbolik,
kerana setiap gerak geri tarian & tarian Lady Gaga
ada maksud yang tersendiri.
jom kita review sikit.


 Video klip dimulakan Lady Gaga yang memegang watak sebagai Mary Magdalene
iaitu ada terdapat dalam Bible sebagai seorang wanita "pelacur" &
Mary Magdalene adalah pelajar kepada Jesus &
Jesus ada perasaan cinta kepada Mary &
mengatakan yang mereka ini adalah pasangan kekasih.
kira pasangan romantiklah.



Di permulaan video dah memang nampak yang Lady Gaga 
adalah kekasih kepada Jesus. 
Bonceng motor bersama-sama.
ala..macam pasangan kekasih yang lain.

Tapi dalam seronok kalau boleh lihat time tengah naik moto tu. 
Lady Gaga still pandang-pandang kepada Judas. 
untuk makluman, Judas ni pun kawan Jesus jugak. 
Tapi sanggup rampas awek kawan sendiri. 
cinta punya pasallah ni.

kalu korang perasan & cuba kira.
Ada 12 orang yang naik motosikal. 
Itu adalah macam pengikut atau "Rasul" 
Ada jugak terdapat dalam Bible.


"And when it was day, he called unto him his disciples: and of them he chose twelve, whom also he named apostles…"

kemudian mereka semua tiba suatu tempat lebih
kurang macam pekan koboi.
pas tu Lady Gaga tukar baju warna merah.
Merah selalu membawa maksud macam penuh nafsu/berahi. 
 itu ditunjukkan pada part Lady Gaga menari dengan
memakai baju merah yang menguatkan lagi bahawa 
Lady Gaga/Mary adalah seorang pelacur.



selepas itu dia pergi ke sebuah "Bar" Electric Chapel. 
(Electric Chapel ni nama untuk lagu Lady Gaga jugak)


Dalam "bar" ini ia lebih menunjukkan perubahan pula yang
Lady Gaga simbol yang dia adalah seorang manusia&
perempuan yang tidak sempurna tetapi 
baik yang jauh dari karekter pelacur dia tadi.

Dalam ni lah adegan rebut merebut kekasih bermula.
Judas pun tunjuk belang. Judas ingin merapati Lady Gaga.
biasalah tu kan. sapa tak nak bercinta dengan Lady Gaga!


Tapi, Jesus menjaga Lady Gaga agar tidak terjerat dengan Judas.
Jesus berusaha menjauhkan Lady Gaga daripada Judas. 
Semua orang dalam "bar" tu juga mahu Judas jauh dari Lady Gaga.
Kerana semua tahu bahawa Judas adalah jahat. 
Jesus pula baik. Tapi Lady Gaga still ada hati dekat Judas.


Judas, Jahat/Kaki perempuan/Suka buat khianat
 
lepas tu pergi kepada part "menembak".
 
 
Disini menujukkan cinta sejati Lady Gaga kepada Judas. 
Iaitu Lady Gaga menepis Jesus yang ingin membunuh Judas tetapi
Lady Gaga menahan Jesus dan "berpura-pura" untuk membunuh Judas. 
 Lady Gaga tengok belakang dan semua orang disekeliling juga
menyokong bahawa Judas patut mati. 
Tetapi kerana cinta dan tidak sampai hati,
Lady Gaga tidak membunuh Judas &
simbol "menembak" menggunakan lipstik dan bukannya peluru.
Dan akhirnya Lady Gaga melutut kerana tidak sanggup&
menyesal dengan perbuatanya dan minta dimaafkan.
 
Lepas tu pergi ke part "Ombak".
 
 
Part ombak simbolik.
Lady Gaga berdiri adalah kerana ingin melalui proses "mencuci dosa" 
dengan apa yang dia telah lakukan kepada Jesus dan Judas. 
Dan yes. "ombak" itu telah "mencuci dosa" Lady Gaga.

kemudian datang part dia basuh kaki.
 
 
Dia membasuh kaki Jesus. Itu simbolik juga.
Simbolik yang dia sanggup buat apa sahaja untuk Jesus (sebab cinta) 
sehingga membasuh kaki Jesus yang juga bermakna 
dia semakin "suci" dan semakin rasa dimaafkan.

Part dalam tab mandi. 
 
Lady Gaga bertiga dalam Tab Mandi tu. Iaitu Dia, Jesus dan Judas.
 
 
Itu simbolik yang Lady Gaga kena buat pilihan. 
Pilih. Ingin bersama Jesus atau Judas? Atau dalam kata lain. 
Pilih baik atau jahat? Tetapi dia memilih Jesus(baik). 
Dan part ni sesuai dengan lirik "Jesus is my virtue, Judas is a DEMON I cling to"
Ini maksud yang kita kena ikut perintah Tuhan.
Tapi kenapa kita bodoh nak jugak ikut syaitan? 
Dalam video ni pula bermakna, dia still cintakan Jesus. 
Tapi still nak bersama dengan Judas.

Dalam Tab Mandi tu juga ada part Judas 
menuang bir di punggung Lady Gaga.
 
 
Ini menunjukkan yang Judas still anggap yang Lady Gaga 
ni pelacur dan sampah walaupun Lady Gaga cinta pada Judas yang suka khianat dia.
Kalau ikut kata lain, syaitan tu layan kita macam bangang. 
Tapi kita still ikut syaitan yang bangang tu kenapa?
Kenapa tak ikut yang baik je?

Then part Judas mencium pipi Jesus.
Itu hanyalah Judas just nak membuat Jesus marah lagi. 
Macam perli lah.

Then Lady Gaga jatuh melutut di depan Jesus.
 
 
Dia merasakan satu penyesalan yang besar.
Lady Gaga minta dimaafkan. 
Dan yes. Jesus memaafkan Lady Gaga (lagi sekali) dengan mencium dahinya. 
seperti mengatakan "Tidak apa-apa. Saya memaafkan kamu."

Part berpakaian baju pengantin.
 
Dia dibaling batu oleh penduduk sehingga mati.
Ini simbolik kerana dalam Bible, sepatutnya Judas yang patut dilempari batu sampai mati 
kerana Judas terlalu jahat. Tetapi dalam video ini. 
Lain pula jadi. Simbolik dengan Lady Gaga mengambil tempat Judas 
& sanggup mengorbankan dirinya untuk lelaki jahat bernama Judas.
Ini tunjuk erti cinta yang kuat.

Lagu ini memang membuatkan yang kita seperti "membaca" Bible.
Apa yang tertulis dalam Bible. Iaitu pasal Judas mengkhianati Jesus 
& mengenai kebenaran yang Mary Magdalene adalah seorang pelacur.
 
 
sangatlah kreatif produksi Lady Gaga &
untuk info korang, kos untuk video klip in ialah $10 juta.
BBL rasa baju-baju Lady Gaga dalam video klip ni 
yang mahal & bandar koboi mini.




BBL ~ oh! Lady Gaga
[U.<]



seronok baca? apa kata kalu share dengan kawan-kawan..

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici