Pengalaman Puasa Zaman Kanak-Kanak

6:26 AM



Bila nak masuk bulan Ramadhan ni 
teringat bila berpuasa zaman kecik-kecik dulu.
Kadang-kadang kalu teringat balik, rasa nak tergelak pun ada.
Itu semua adalah pengalaman bagaimana kita 
diasuh oleh ibu bapa untuk menunaikan rukun Islam ke 3.

BBL mula puasa ketika umur 7 tahun.
Itu pun separuh hari. Alasan BBL kasi 
"tak larat, rasa nak mati". Hehehe.
BBL tanya tok ( panggilan nenek )
"kalu kita puasa separuh hari, bila boleh buka puasa tok?"
tok cakap, " ha, dengar azan Zohor, bolehlah buka puasa"
BBL balas "tapi tok, lepas buka puasa boleh sambung lagi puasa?"
tok pun cakap " ai, tadi kan dah buka puasa, dah habis puasa BBL"
"ooo..ingatkan boleh terus lagi puasa.." jawab BBL..
Tapi kalu nak tahu, bila waktu berbuka puasa, 
BBL paling sibuk sekali, sediakan 2 3 gelas isi air &
pinggan penuh dengan lauk.
Ayah selalu cakap"ni puasa sehari ke puasa sebulan?"
BBL balas " orang puasa setengah hari ayah"
Hahahaha... pastu kena pukul dengan ayah.
Kesian BBL..

Ini cerita puasa umur 8 tahun pulak.
Bila dah masuk darjah 2 ni, ayah pesan puasa biar penuh & 
janji nak beri duit raya banyak-banyak.
Dengar duit raya banyak, dengan penuh bersungguh
cakap " yess, tahun ni nak puasa penuh"
Bukan main bangga ayah dengar.
Dalam nak capai target puasa penuh, ada juga yang tertinggal.
Nak tahu macam mana BBL makan curi-curi?
BBL ambil karipap satu tapi terkantoi dengan mak,
tapi BBL beri sebab "bukan salah kita nak makan karipap tu,
tapi karipap tu sruh kita makan dia sebab dia bosan duduk dalam bekas je"
sambil kunyah karipap.
Lepas kejadian tu, mak BBL simpan makanan kat rak paling atas.
Kesian perut BBL. Tak boleh nak makan.
[T-T]



Itu kisah waktu siang, waktu malam ketika ibu  ayah
BBL pergi ke masjid, BBL & kawan-kawan keluar bermain.
Kalu bulan-bulan biasa BBL selalu dengar cerita
penduduk kampung jumpa hantu tapi tidak di bulan
Ramadhan sebab tok cakap semua hantu & iblis dirantai
didalam neraka. Jadi rasa selamat sikit kalu nak keluar malam-malam.
Aktiviti yang biasa BBL & geng-geng main mestilah
game sorok-sorok ( tapi geng BBL biasa panggil tang nusut)
Seronok main game ni sebab sembunyi dalam gelap,
susahlah nak cari. Hahahaha



Selain itu, aktiviti pasang pelita paling seronok.
Dulu sempat BBL guna pelita dari buluh.
 Cantik je pagar rumah susun dengan pelita buluh tapi
sekarang dah susah nak jumpa minyak tanah.
Pernah sekali guna minyak petrol, nyaris nak terbakar
baju sebab tak biasa guna minyak petrol.
Hahaha




Tahun ni BBL plan nak guna lilin je.
Susun kat atas pagar. Jimat duit tak payah nak beli minyak tanah.


Apa-apa pun hayatilah bulan puasa ni dengan
penuhi amalan sunat supaya lebih diberkati.
Amin...




BBL ~ rindu nak solat terawih kat masjid kampung dulu
[>__<]





Jom Jana Pendapatan Sambil Online Facebook, Twitter & Blog. Daftar Segera & Ia Percuma!!!








seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan..


You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL