Maksud Di Sebalik Lirik Lagu Gangnam Style

11:46 AM


Ketika ini lagu & video Gangnam Style sedang hangat
di mainkan & di ulang lagi sekali di youtube.
Dengan setakat ini lebih 70 juta view sejak di upload
pada 14 Julai lalu ternyata seluruh dunia
sudah terkena kesan radiasi Gangnam Style.

BBL sendiri pada mulanya agak pelik dengar lagu
Gangnam Style, ingatkan group K-pop nyanyi lagu ini
tapi bila tengok kat youtube rupanya seorang lelaki.
Tak sangka video pelik macam ni boleh mencecah 5 juta view sehari.

Seperti kita tahu, ramai peminat sudah membuat video meniru
gaya tarian Gangnam Style termasuklah selebriti. 
Sifat nakal dalam lagu ini mengingatkan BBL dengan 
video Party Rock Anthem oleh LMFO.
Dengar 2 3 kali korang dah boleh ingat lirik lagu & melodinya
walaupun tak faham apa maksud di sampaikan. 


Gangnam Style versi Malaysia

 

Langkah tarian Gangnam Style 



Apa menarik tentang video ini? selain dari tarian kuda aneh
tapi menarik, mungkin boleh di adaptasi dalam tarian poco-poco
hingga muzik yang mudah di ingati walaupun hakikatnya
Gangnam Style di cipta atas isu sensitif?

Latar Belakang Psy 

Psy atau Psycho bukanlah penyanyi baru. 
Kariernya sudah dimulakan semenjak penyanyi kelahiran tahun 1973 ini 
melahirkan album pertamanya pada tahun 2001. 
Karya pertama pemuda bekas pelajar Boston Univeristy ini 
tidak bernasib kerana Psy dijatuhkan hukuman denda
 setelah album pertamanya, ‘PSY From The Psycho World!’,
 diaktankan mengandungi kandungan tidaksesuai untuk anak di bawah umur.
 Begitu juga dengan nasib album kedua, dibanned,
 dengan alasan yang sama dengan alasan yang sebelumnya. 
Album yang dimaksud, ‘Ssa2′juga dikatakan mengandung lirik yang tidak sesuai 
untuk orang berusia di bawah 18 tahun. Setelah berulang kali melahirkan album, 
barulah pada album yang terakhir beliau, ‘PSY6?’, 
nama Psy menjadi begitu terkenal di seluruh dunia. 
Dia telah menjadi penyanyi solo Korea Selatan palig berjaya menembusi pasaran Amerika.


Maksud Sebenar Lagu Gangnam Style 

Seperti yang kita ketahui, Korea Selatan adalah negara Asia 
dengan pertumbuhan ekonomi yang cepat dan tinggi.
 Peningkatan standard hidup ini tidak hanya mempengaruhi gaya hidup sebahagian penduduknya. Sebahagian dari mereka akan mula menghabiskan wang 
yang mereka dapat untuk berburu kesenangan dan barang-barang mewah
 & di Korea Selatan, tidak ada tempat lain yang diniliai dapat 
menyamai kemewahan daerah Gangnam, daerah yang menjadi
 simbol kesejahteraan dan kemehawan di negara itu.

Ketika ekonomi naik, daya beli masyarakat juga meningkat. 
Namun tidak semua orang dapat ikut menikmati kesejahteraan tersebut. 
Sehingga ketika gaya hidup semakin mewah, orang-orang yang tidak beruntung pula sebahagian terperangkap dalam kehidupan gali lubang, tutup lubang. 
Mereka adalah orang-orang yang tidak ingin status sosial mereka ‘dipandang rendah’
& sayangnya, tradisi tidak sihat ini menjadi trend di negara Korea Selatan.
Buktinya, peningkatan pengambilan kredit penduduk Korea selatan 
melambung begitu tinggi, bahkan lebih tinggi dibandingkan Amerika sebelum krisis.

Di Korea Selatan, ada sebuah lawak mengenai ‘wanita kicap masin’ atau Doenjangnyeo. Istilah ini merujuk kepada wanita yang rela memakan mee segera murah
 tetapi selalu menikmati kopi mahal seperti Starbucks yang berharga 
berkali-kali ganda lebih mahal. Maksudnya, wanita-wanita ini hanya mahu 
mengeluarkan sedikit wang untuk keperluan asas namun
 berani membayar mahal untuk keperluan tambahan, contohnya meminum kopi.
Oleh kerana ramai orang yang sudah ‘menjangkit’ oleh trend ini,
 kedai kopi menjadi popular dimana-mana, terutama di daerah elit seperti Gangnam. Hubungannya dengan lagu Gangnam Style?
 Ya, lagu ini diciptakan sebagai sindiran untuk gaya kehidupan tersebut.

 Lirik Lagu  Gangnam Style 


* boleh klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

kalu tak paham, sila translate di google translate


You Might Also Like

8 Budak Suka Minum Bandung Laici