Enaknya Mcd Samurai Beef Burger Terbaru

12:23 PM

Pagi semalam (Jumaat) waktu nak masuk kerja, 
BBL terpandang banner baru kat depan Mcd Dungun,
eh ada burger baru! Ini bermakna GCB dah berakhir.
GCB memang tak sedap sebab berasap je lidah bila makan.


Apa yang sedap dengan Samurai Beef Burger?

1. Korang akan rasa a.k.a feeling macam pahlawan samurai 
di negara Jepun. Ok, BBL hanya melawak!

2. Menggunakan 100% daging lembu yang di grill untuk hasil terbaik

3.  Kemudian daging tersebut di salut dengan sos Teriyaki.
Sos ni agak manis tapi memang ngam dengan daging lembu.
Korang akan rasa masam manis bila menguyah.

4. Yang penting, McShaker kembali! Dah lama tak exercise tangan duk 
goncang-goncang kentang. Biasanya exercise mulut nak kunyah burger,
kini tangan korang akan exercise nak goncang kentang.
Katsu Curry ini adalah resipi Authentic Japanese. 
Rasanya berempah & banyak kunyit. BBL tak suka kunyit.

5. Paling istimewa jangan lupa Sakura McFizz.
Hasil kombinasi air Sprite & Ribena. Rasanya masam-masam & kurang gas.

Harga 

Ala-carte = RM8.50 (lebih kurang)
Set Large = RM 11.25 (bersama Katsu Curry McShaker Fries & air kabornat biasa)
Set Large = RM12.25 (bersama Katsu Curry McShaker Fries & air Sakura McFizz )
Juga tersedia untuk Double Samurai Beef Burger. 


Untuk korang belum cuba lagi, jangan lepaskan peluang ini kerana
Burger Samurai Beef ini hanya  Untuk Waktu Terhad Sahaja & Sehingga Stok Masih Ada.

sumber : mcdonalds.com.my

BBL ~ sedap makan burger
[=.=]







suka enrti ini? apa kata  kongsi dengan kawan-kawan di..


You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici