Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Saturday, March 29, 2014

Earth Hour 2014 Depan Rumah

HANGAT! Ini bukan video Laut Hindi. Kena tipu lagi
HANGAT! Apa boleh buat dengan 20sen?


Dah tamat 1 jam BBL bersama adik-adik bermain lilin depan rumah sempena 
Earth Hour 2014. Sambutan tahun ni agak simple sebab baru balik kerja terus susun
lilin sepanjang laluan perjalan kaki depan pintu pagar.

Tepat jam 8.30 malam BBL terus nyalakan lilin. 
Sementara tu, lebih baik solat Isyak dulu. Cukup hanya bertemankan 3 lilin dah terang bilik.
Kemudian BBL sambung balik melepak dengan adik-adik.
Sayang betul malam ni bintang kurang, mungkin dorang Earth Hour jugak.


Ini pula keadaan KLCC bergelap untuk Earth Hour 2014


Untuk tempat lain sekitar Malaysia & negara yang terlibat dalam
kempen Earth Hour ini akan di update nanti.
Selamat malam semua

BBL ~ mengantok
[+.+]

HANGAT! Ini bukan video Laut Hindi. Kena tipu lagi
HANGAT! Apa boleh buat dengan 20sen?

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Earth Hour 2014 Malam Ini

HANGAT! Ini bukan video Laut Hindi. Kena tipu lagi
HANGAT! Apa boleh buat dengan 20sen?

Tanggal 29 Mac setiap tahun seluruh dunia akan bergelap selama 1 jam.
Amalan bergelap 1 jam ini memang sudah menjadi adat turut temurun BBL sejak tahun 2011
semasa belajar di Uitm so wajar tradisi ini di teruskan. Eh dah lain  macam je.

Kenapa mesti sokong aktiviti menjimat bil elektrik ini? Mungkin korang boleh rujuk di sini.
Untuk malam ni, cukup simple tutup lampu & berkumpul depan rumah sambil
susun lilin & tanglung bersama adik & ibu BBL.

Bagi korang tinggal berdekatan dengan KL atau bandar Sunway, 
datanglah ke laman KLCC menyaksikan lampu KLCC di padam selama sejam,
begitu jugak Patung & Piramid di Sunway Piramid.
Untuk tempat lain, BBL kurang pasti.



BBL akan update aktiviti Earth Hour selepas jam 9.30 malam.
Apa tunggu? tak nak join sekaki?

BBL ~ jimat bil elektrik jimat duit
[+.+]

HANGAT! Ini bukan video Laut Hindi. Kena tipu lagi
HANGAT! Apa boleh buat dengan 20sen?

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Friday, March 28, 2014

Enaknya Ayam Peri Peri


Dalam kebosanan di hari Jumaat BBL memikir nak mencuba makanan baru.
Pusing punya pusing dalam mall terjumpa Restoren Nandos.
Nampak macam mengeliurkan bau-bau ayam peri-peri dari dalam kedai.

Masuk je dalam kedai terus waiter bertanya sama ada take away atau makan di sini.
Semestinya BBL mintak untuk duduk di meja tengah-tengah kedai mengadap dapur.
Nak tahu jugak cara penyediaan ayam peri peri di dapur.
Dengan konsep open kicthen memang menguji level kelapan customer dek
bau ayam semebak macam perfuma Pure DKNY. Hahaha maaf ye.


Ini adalah tutorial order Ayam Peri-Peri, waiter yang ajar ye.

1. Pilih size ayam peri-peri korang sama ada 1/4 bahagian atau 1/2 bahagian
atau chicken wings atau seekor ayam terus.
BBL pilih 1/4 bersama combination side sahaja sebab risau tak habis makan.


2. Pilih level kepedasan ayam korang.
Untuk orang negori, extra hot dah jadi biasa tapi bagi BBL Mild Peri Peri
dah memadai untuk pengalaman makan di Nandos.
Itu pun tibai sos cili lagi sebab tak berapa HOT!
Mau berapi mulut makan ayam level Extra Hot. Hot Peri-Peri pun BBL tak minat.


3. Pilih hidangan Side.
Coleslaw bersama Potato Wedges menjadi pilihan BBL.
Nak pilih Corn on the Cob rasa pelik makan ayam sambil kunyah jagung.


4. Air Percuma!
Ini bahagian penting sekali untuk mereka yang suka refill air.
Pilih minuman Bottomless kerana korang boleh refill sampai kembung perut.
Cadangan BBL pilih saja Ice Lemon Tea, sesuai meredakan kepedasan Ayam Peri-Peri.
Nak refill? Angkat tangan, panggil waiter & cakap, pedas-pedas..nak air lagi.
Hahaha gurau saja. Refill macam biasa sudah. Waiter akan melayan karenah korang.


Untuk hari ini menu BBL.


Maaf BBL dah refill 4 kali air Ice Lemon Tea. Kenapalah tak bagi jag je kan senang nak refill.
Untuk senarai restoren Nandos berdekatan rumah korang
 sila layari www.nandos.com.my/ &
 like fan page facebook.com/nandos.my untuk promosi terkini.

BBL ~ masih kenyang lagi
[^.^]

HANGAT! Ini bukan video Laut Hindi. Kena tipu lagi
HANGAT! Apa boleh buat dengan 20sen?


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Thursday, March 27, 2014

Nuffnang Birthday Bash #007 2014 Sangat Seronok



Happy Birthday Nuffnang!

 Itu ayat pertama BBL ucapkan ketika masuk ke Barbecue Garden, KL Life Centre.
BBL sampai pukul 6.3o petang, itu pun dah ramai Nuffnangers dah sampai.
Seriuz berdebar nak luruh jantung sebab ini kali pertama BBL join event Nuffnang.
Tapi mujurlah sempat berkenalan dengan blogger comel,
pemilik /mii-and-himm.blogspot.com iaitu Kak Ayu.
Tambah lagi masalah bila Kak Ayu pun first time join event besar melibatkan blogger.
Jalan short cut, kami redah aje.

Nuffnang Birthday Bash 2014 bertemakan James Bond : Lost In Amazing.
Maka  BBL hadir dengan mood James Bond versi Malaysia.
Haha


Selesai mendaftar nama, kami diberi sampul surat game cabaran yang private & confidential.
BBL dengan Kak Ayu acited habis nak main game.
Ada banyak game kami main & semuanya senang sangat nak menang hadiah.



Game Mystery Box


Wishing Tree


Terima kasih Line Malaysia untuk hadiah soft toy

Sekitar Nuffnang Birthday Bash 007


Kami dijamu dengan makan barbeque tapi BBL tak sempat nak makan semua menu.
Soal was-was tak risau sebab BBL siap tanya chef. Semua makanan adalah outsider catering.
Cuma Barbeque Garden sponser tempat event.
Maaf BBL lebih berminat main game kumpul hadiah. Hahaha

Antara blogger yang hadir ialah Kak Tatie  yang menang award belog paling gemak
food blogger hazmanfadzil 
Seronoknya malam tu bila dapat bergambar dengan Mr.Brainsee
BBL memang rajin stalker blog mamat ni sebab memang sangat stylo maylor.


Tak lupa Kak Ayu blogger hapening mii-and-himm.blogspot.com/


Paling di tunggu acara memotong kek hari jadi Nuffnang ke 007.


Nak balik sempat lagi kami main game dek tak puas lagi kumpul hadiah.
Apa pun ini pengalaman BBL meraikan Nuffnang Birthday Bash 007.
Selamat ulang tahun ke 7 & murah-murahkan CPUV ye.


Dalm goodie bag penuh dengan barang sponser & hadiah.
Terima kasih Celebrity Fitness, TheWowBooth, Baby Foot,
 Mamee Monster & lain-lain.


Terima kasih Nuffnang untuk jemputan ini. Jumpa lagi tahun hadapan.

BBL ~ maaf lambat update
[>.<]

HANGAT! Jangan takut kulit muka berjerawat dengan benda alah ni
HANGAT! Tengah cari kerja kosong?


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Monday, March 24, 2014

Al-Fatihah Buat #MH370



Assalamualaikum, ketika ini hanya perasaan sebak menyelubungi seluruh
keluarga penumpang & krew pesawat MH370.
Siasatan analisa satelit oleh pasukan dari 
Kemalangan UK Air Siasatan Cawangan (AAIB)
menujukkan bahawa kedudukan terakhir adalah  
di tengah-tengah Lautan Hindi , barat Perth. 
Ini adalah lokasi yang jauh , jauh dari mana-mana tapak pendaratan.  

BBL & keluarga turut merasai kesedihan dengan berita terbaru ini.
Apa pun marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat para penumpang,
krew & kapten pesawat MH370.

Ini keadaan Lautan Hindi. Sukar untuk di gambarkan keadaan mereka 
ketika pesawat menjunam.


Semoga mereka di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Al-Fatihah

BBL ~ .....

Friday, March 21, 2014

10 Kemalangan Kapal Terbang Paling Misteri


Kini sudah lebih 13 hari kehilangan pesawat MH370.
Paling tragis kejadian ini memecah rekod apabila melibatkan operasi mencari menyelamat
terbesar di dunia & sehingga sekarang masih belum menjumpai apa-apa
bukti melibatkan kapal terbang MH370.

Mungkin kes kehilangan MH370 akan terselit dalam sejarah seperti terjadi
pada tahun 1977 pesawat Malaysia Airlines Flight 653.
Misteri tetap misteri.


BBL ~ #DoaUntukMH370
:[ 

HANGAT! Gambar ni dah lama tak snap bersama
HANGAT! Kerana ia di cipta untuk anda


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Wednesday, March 19, 2014

Dapat Lesen Ke Nuffnang Birthday Party Bash 2014


Alhamdulilah, tahun ini dapat jugak pergi ke Nuffnang Birthday Party Bash 2014.
Walaupun last minute BBL submit penyertaan akhirnya masuk email 
mengenai lesen invitation ke party bertema  James Bond: Lost in Amazon!
Sekarang dah pening kepala nak pakai baju apa. Adoi!


Sebelum tu BBL sempat google aktiviti Nuffnang Birthday Bash 2013,
fuh meriah betul dengan banyak aktiviti & paling best dapat hadiah.
Bukan kena bagi hadiah kat Nuffnang tapi dapat hadiah dari Nuffnang.
Terbalik kan? Ramai jugak blogger hebat seperti KiflimallyKak kathyjem,
blogger otai hazmanfadzilNisa Kay & ramai lagi hadir ke majlis ulang tahun ke 6.

Yang pasti tema NuffnangIs007 merujuk ulang tahun ke 7 tahun &
telah beroperasi di 7 buah negara Asia. Semestinya gaya James Bond hitam putih bersama
pembantu penyiasat wanita yang cantik lagi menawan. Wah cun habis!
Event ini akan berlangsung di Barbecue Garden, KL Life Center
Nampaknya kena booking tiket bus cepat & basuh baju untuk ke KL hujung minggu ini.
Paling seronok semestinya pengangkutan ke lokasi party di taja oleh UBER,
Apa itu UBER? sebenarnya UBER merupakan satu aplikasi khas smartphone
yang menawarkan perkidmatan limo ke lokasi pilihan dalam masa 15 minit.
Maksudnya BBL akan ke Barbecue Garden dengan limo bukan drive kereta sendiri.
Fuh ini baru betul-betul style James Bond. Hahaha
 

Buat blogger yang dah dapat lesen ke party Nuffnang, jumpa di sana.
Ehem, jangan segan silu ucap hai kepada BBL!

BBL ~ saya sayang Nuffnang
[>.<]

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Monday, March 10, 2014

Doa Untuk MH370




Masuk hari ini sudah 4 hari pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari
pengawasan radar & menjadi misteri tentang kehilangannya.
Bagi BBL berita kehilangan kapal terbang MAS sangat mendebarkan di sebabkan
abang saudara BBL turut bekerja sebagai pramugara MAS.


Bila tengok berita tentang kejadian ini, terus whatsapp abang saudara BBL,
yelah siapa tak risau orang terdekat terlibat dalam tragedi ini.
Syukur alhamdulillah beliau tidak terlibat dalam penerbangan tersebut cuma
sekarang berada di Manila selepas selesai bekerja dalam penerbangan ke Manila dari KLIA.
Harap-harap penerbangan beliau pulang ke Malaysia pada 13hb ini di lindungi Allah.


Sehingga kini pesawat MH370 masih menjadi misteri lantaran hanya signal terakhir
selepas 2 jam berlepas dari KLIA menjadi klu operasi menyelamat.
Bagi blogger, carian untuk berita kehilangan MH370 mencacak tinggi menyebabkan
berlaku pelbagai spekulasi tentang insiden ini termasuklah
penemuan terkini oleh tentera Vietnam seperti tumpahan minyak & serpihan kapal,
namun ia bukan milik pesawat malang MH370.
Nasihat BBL, seeloknya janganlah terburu update entri tanpa merujuk pihak berwajib.

BBL masih berharap agar hari esok ada berita baik untuk meredakan perasaan
ahli keluarga 227 penumpang & 12 anak kapal. 
Memang kalu BBL berada di tempat ahli keluarga mesti meresahkan hati
memikirkan nasib kesemua warga pesawat MH370

Ini sahaja pertolongan BBL mampu hulurkan selain doa selepas solat.
Semoga dengan banner Doa Untuk MH370 dapat mengingatkan kita
sentiasa mendoakan keselamatan MH370.

Amin.

BBL ~ doa untuk MH370
[>.<]

HANGAT! Mungkin telefon ini akan korang beli selepas tengok warnanya
HANGAT! Comel sticker ini
HANGAT! Rahsia gigi putih berseri terbongkar


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...