Enaknya Ayam Peri Peri

8:57 AM


Dalam kebosanan di hari Jumaat BBL memikir nak mencuba makanan baru.
Pusing punya pusing dalam mall terjumpa Restoren Nandos.
Nampak macam mengeliurkan bau-bau ayam peri-peri dari dalam kedai.

Masuk je dalam kedai terus waiter bertanya sama ada take away atau makan di sini.
Semestinya BBL mintak untuk duduk di meja tengah-tengah kedai mengadap dapur.
Nak tahu jugak cara penyediaan ayam peri peri di dapur.
Dengan konsep open kicthen memang menguji level kelapan customer dek
bau ayam semebak macam perfuma Pure DKNY. Hahaha maaf ye.


Ini adalah tutorial order Ayam Peri-Peri, waiter yang ajar ye.

1. Pilih size ayam peri-peri korang sama ada 1/4 bahagian atau 1/2 bahagian
atau chicken wings atau seekor ayam terus.
BBL pilih 1/4 bersama combination side sahaja sebab risau tak habis makan.


2. Pilih level kepedasan ayam korang.
Untuk orang negori, extra hot dah jadi biasa tapi bagi BBL Mild Peri Peri
dah memadai untuk pengalaman makan di Nandos.
Itu pun tibai sos cili lagi sebab tak berapa HOT!
Mau berapi mulut makan ayam level Extra Hot. Hot Peri-Peri pun BBL tak minat.


3. Pilih hidangan Side.
Coleslaw bersama Potato Wedges menjadi pilihan BBL.
Nak pilih Corn on the Cob rasa pelik makan ayam sambil kunyah jagung.


4. Air Percuma!
Ini bahagian penting sekali untuk mereka yang suka refill air.
Pilih minuman Bottomless kerana korang boleh refill sampai kembung perut.
Cadangan BBL pilih saja Ice Lemon Tea, sesuai meredakan kepedasan Ayam Peri-Peri.
Nak refill? Angkat tangan, panggil waiter & cakap, pedas-pedas..nak air lagi.
Hahaha gurau saja. Refill macam biasa sudah. Waiter akan melayan karenah korang.


Untuk hari ini menu BBL.


Maaf BBL dah refill 4 kali air Ice Lemon Tea. Kenapalah tak bagi jag je kan senang nak refill.
Untuk senarai restoren Nandos berdekatan rumah korang
 sila layari www.nandos.com.my/ &
 like fan page facebook.com/nandos.my untuk promosi terkini.

BBL ~ masih kenyang lagi
[^.^]

HANGAT! Ini bukan video Laut Hindi. Kena tipu lagi
HANGAT! Apa boleh buat dengan 20sen?


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Sedapnya makan ayam pedas dan rasa asli peri-peri ni hehehe jom singgah blog makan mahamahu.com

    ReplyDelete