7 Wishlist Saya Sempena Ulangtahun Ke 2 ShopBack!

3:55 AM

Assalamualaikum & hello the internet,

Dalam bermacam barang dalam portal #1 online cashback Malaysia, 
BBL nak nie je sempena anniversary ShopBack kali ke 2 pada 22 Febuari ini.

Oh Happy Birthday ShopBack!


Wishlist no 1 > Bercuti Ke Langkawi 4 hari 3 malam di Destini Akef Villa, Langkawi hanya RM305 seorang


Ya, dengan AirAsiaGo.com boleh dapat hotel + tiket pergi balik (termasuk tax & cukai) untuk 2 orang ke langkawi. BBL dah lama teringin nak bercuti pulau bebas cukai ni, last jejak kaki pun 5 tahun lepas. Bukan setakat mandi pantai Chenang sahaja, banyak aktiviti best boleh buat macam naik CableCar, pergi muzium 3D, tengok sawah padi, makan seafood murah-murah, hiking Gunung Mat Cincang, tengok ikan di Underwater World atau makan sepuas hati coklat yang confirm murah. 


Tips double jimat dengan ShopBack


Tempah pakej ini melalui shopback & nikmati cashback tertinggi sebanyak 9.0% dari jumlah pembelian tersebut, dah boleh cashback RM 54.78 kan. 


Wishlist no 2 > Lepak baring atas Doof Bean Bag


Tiada saat paling indah bila dapat sandar pada Doof Bean Bag Roxanne size L sambil scrool timeline Twitter jam 2.30 petang lepas pekena nasi minyak ayam di anjung rumah. Fuh boleh terlena kejap. Eh bukan setakat boleh 'parking' bean bag ni depan tv, malahan BBL boleh bawa bersama untuk aktiviti luar seperti picnic dengan family tepi tasik atau baring je sambil tengok bintang-bintang di langit pada waktu malam. Seronoknya!


Tips double jimat dengan ShopBack


Ops kalu beli di pasaraya, mungkin perlu bayar RM590 tapi beli melalui portal Lazada Malaysia, nah 9% cashback masuk akaun. 


Wishlist no 3 > Jam tangan Casio G-Shock GA 400 HR


OMG i'm melting now! top priority wishlist this year. Dengan diskaun 55% dari Lazada & 12% cashback pembelian katergori Fashion pastinya i would to say "please take my money now". Oh ya, jam tangan G-Shock ni water resistance sedalam 200 meter - boleh snorkeling kat pulau & paling sexy bazel material adalah Resin. Sure tampak lebih maskulin bila pakai jam ni pergi kerja hari Isnin.


 Tips double jimat dengan ShopBack

Dengan pulangan paling tinggi di antara merchants Shopback iaitu 12%, rasanya satu penjimatkan paling berbaloi dari Lazada melalui ShopBack.com


Wishlist no 4 > Print Gambar Graduation


Rasanya macam nak trowback hari graduasi tempoh hari. Perasaan waktu tu tak boleh nak cakap dengan kata-kata sebab itu kali ke dua BBL graduate dari universiti sama. Biarlah gambar menceritakan semuanya. Print pastu gantung kat ruang tamu atau dalam bilik tidur. Ai tak kan gantung dinding meja makan kan. 

Tips double jimat dengan ShopBack

Printcious - portal customize cenderahati ada services macam BBL nak. Harga RM 48.00 + cashback 15% tau.  



Wishlist no 5 > Rakam semua kenangan manis bersama Fujifilm Instax Mini 8


Kalu dulu snap gambar guna filem, lepas gigih pergi kedai foto cuci gambar. Kini dengan instant film camera boleh terus dapat print gambar terus lepas snap. Sesuai sangat untuk moment indah macam wedding, outing dengan family, hari sukan sekolah atau malam gala dinner syarikat. Bosan asyik upload gambar ke soscial media, why not keep keep kenangan gelak ketawa. Kat belakang gambar boleh tulis memo, tanda tarikh & lukis emoji. Mesti lagi sweet


Tips double jimat dengan ShopBack

Beli kamera ini dalam Cameralah melalui ShopBack dapat cashback 3.5% total pembelian.


Wishlist ke 6 > Samsung Microwave Oven untuk ibu


Unfair pulak kalu asyik wishlist untuk diri sendiri je, boleh jadi wishlist tu untuk orang tersayang kan. Double happines tak gitu. Ibu BBL memang suka masak terutama biskut & kek, so dengan microwave jenama Samsung ini makin ceria si ibu nak baking. Tambah lagi design yang fully ceramic enamel yang pasti tahan lasak selain hadir dalam eco mode.

Tips double jimat dengan ShopBack

Dapatkan pulangan tunai 4% untuk pembelian barangan elektronik sebarang jenama dalam portal Lazada Malaysia. Kalu beli microwave ini, dapat cashback RM21.56. Jimat bukan?


Wishlist no 7 > Beg Herschel Little America Backpack


BBL sendiri menang bag person. Suka sangat bawa beg sebab senang nak bawa apa-apa barang terutama pergi bercuti atau balik kampung. Dengan kapasiti beg Herschel ini pasti boleh muat pelbagai barang & jenama ini agak terkenal dari segi ketahanan setiap produk keluarannya. Sebab itu, BBL teringin sangat memiliki koleksi dari Herschel ini. 

Tips double jimat dengan ShopBack

Untuk regular customer macam BBL agak rajin pickup barang dari Zalora, cashback sebanyak 3% dah cukup untuk berjimat dari terus beli barang hanya bergantung pada diskaun.


Jika customer baru, ganjaran cashback 12% untuk pembelian pertama anda. Banyak bukan?

Fuh rasa best pulak bila beli barang online dapat pulangan duit walaupun tidak banyak, at least dah dapat jimat kan. Barang dapat, diskaun dapat, harga murah & dapat balik duit anda!

Shopback.com laman #1 online cashback di Malaysia

1. Memberi anda pulangan tunai setiap kali membeli barang online dengan pelbagai diskaun hebat melalui shopback.com
2. Ada lebih 500 jenama yang boleh claim cashback termasuk Lazada, Booking.com, Qoo10, ZALORA, Foodpanda, Uber & bermacam lagi
3. Cash out duit secara terus ke akaun bank anda. Senang bukan!
4. Mendapat liputan dari The Star Online, New Straits Times, Says.com, The Borneo Post, TechInAsia, Channel News Asia & banyak lagi
5. Telah berkembang di 5 negara termasuk Singapura, Filifina, Indonesia, India & Taiwan.

Eh ada yang terasa menyesal dah beli bermacam barang sejak tahun lepas & hanya harapkan code promo je? Jangan risau masih belum terlambat untuk korang register ShopBack.com & mula menyimpan setiap kali beli barang online.


Wabak BBL suka beli barang secara online dah start sejak era 2014 lagi dengan Zalora Malaysia. Alah beli jam tangan & beg galas untuk casual wear pergi kelas zaman study diploma dulu. Selepas tu mula gatal tangan beli barang dalam portal online seperti Lazada Malaysia, Qoo10, GoShop dari semurah baju tshirt belas ringgit sampai gadget beratus ringgit. Hampir setiap bulan mesti ada barang dibeli online - diri sendiri, mak kirim & kawan mintak tolong.

Tapi sedar atau tidak, sebenarnya kan best beli barang harga murah + code promo + free delivery + CASHBACK! hinggalah BBL terjumpa portal yang menawarkan ganjaran pulangan tunai atas setiap pembelian online iaitu ShopBack.com.

Cara ShopBack Berfungsi


masih tak faham ye, tonton aje video kat bawah ni.



Cara Nak Guna Shopback

Pertama : Register akaun www.shopback.my/register
Kedua : Pilih mana-mana online portal korang nak shopping, klik kemudian beli barang & bayar. Makesure jangan keluar dari ta/browser tersebut (nanti shopback tak boleh track pembelian korang)
Ketiga : Tunggu duit cashback
Keempat : Request cash out terus ke bank anda & shopping balik!


Ini jumlah terkumpul akaun ShopBack BBL sejak regsiter hujung tahun lepas. Lepas la buat beli baju 2 helai lagi kan. Tunggu hujung bulan baru cashout. 


Jadi bayangkan berapa ratus anda boleh kumpul setiap bulan setiap kali beli barang secara talian. Banyak bukan...boleh rujuk list untuk senarai penuh merchant yang menawarkan cashback pembelian anda. 

BBL ~ Dah register?
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL