Fazura Tampil Lagu Baru Bawah Syarikat Universal Music

2:32 AM

Assalamualaikum & hello the internet!

Selepas kejayaan lagu hit "Hancur Aku duet" bersama Estranged pada 2015, kini aktres kelas pertama Fazura kini di sunting oleh Universal Music Malaysia. Bergerak dibawah pengurusan 360 nanti, karier Fazura akan lebih positif bersama jenama syarikat rakaman gergasi, Universal Music yang turut menguruskan perjalanan beliau termasuk kontrak sebagai duta & lain-lain.


Memiliki wajah cantik serta turut dikenali senyuman Colgate ini bakal tampil dengan single kolaborasi Fazura bersama pemenang The Voice Filipina musim ke-2, Jason Dy berjudul "Nothing Like Pag Pig".

Menurut Fazura, dia sangat teruja memulakan tahun 2017 dengan cabaran baru dalam memantapkan bidang nyanyian. Kalu korang nak tahu, Fazura pernah mengeluarkan single pertamanya, Sayangi Dirimu pada tahun 2014.


Video "Nothing Like Pag Pig" bakal hadir di laman YouTube sempena Hari Kekasih 14 Febuari ini. Jadi kepada anda peminat Fazura jangan lupa nantikan lagu tersebut nanti. 


Semoga dengan pengursan baru ini, Fazura akan tampil dengan lagu baru sesuai dengan citarasa rakyat tempatan serta antarabangsa.

BBL ~ Fazura suka purple ke
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici