Wangikanlah Hatimu - Single Terbaru Noraniza Idris ft Tyka 3 Juara

7:24 PM

Assalamualaikum & hello there,

Siapa yang tengok konsert Pentas Epik 3 Juara bulan Januari lepas mesti perasan Noraniza Idris perform lagu baru dengan Tyka, peserta kategori irama Malaysia '3 Juara' berjudul 'Wangikanlah Hatimu'.



Lagu ciptaan Amir Jahari & AG Coco serta lirik sepenuhnya oleh Ahmad Fedtri Yahya secara rasmi dilancarkan pada 21 Febuari lepas bertempat di L'Clasico Publika. Ramai artis ternama turut hadir pada petang itu termasuklah Tan Sri Mustafa Mansur, Dato M.Nasir, Dato Roslee Jamaludin, Dato DJ Dave, Dato Jamaludin Alias (Nash), Presiden Seniman - Zed Zaidi & tidak lupa Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah).


Kemuncak majlis, sesi memotong pulut kuning sebagai simbolik pelancaran single terbaru oleh Y.M Tengku Dato' Hishammudin Zaizi bersama para jemputan VIP. Tepuk sikit tangan tu. 


Semestinya persembahan memukau duet Noraniza Idris bersama Tyka menyanyikan lagu Wangikanlah Hatimu. Ini single Irama Malaysia pertama bagi tahun 2017 berkonsep Pop Etnik & Tradisional. Jika perasan, ia ada elemen nyanyian Dikir Barat, Siam serta Sunda. Single ini mendapat tajaan dari Mewangi - boleh rujuk entri ini


Anda boleh dapatkan lagu ini melalui laman digital iTunes Store & applikasi streaming (Sportify, Joox, Apple Music, Yonder Music) atau boleh jadikan sebagai nada dering pemanggil dari telco masing-masing. 


Oh ya, kempen #SaveIramaMalaysia turut bermula bertujuan mendapatkan sokongan pelbagai pihak bagi mengangkat irama Malaysia ke tahap global tanpa menjejaskan keunikan & keaslian irami ini melalui pemantauan khusus supaya dapat terus relevan dengan industri muzik tanah air. 


Jelajah #SaveIramaMalaysia akan dibawakan oleh penaja Permata Saadah menemui peminat bermula pada:

9 - 13 Mac - Pahang, Kelantan & Terengganu
22 - 24 Mac - Perak, Selangor
15 - 18 April - Perlis, Kedah & Penang
28 - 30 April - Sarawak
4 - 7 Mei - Johor, Melaka & Negeri Sembilan
12 - 15 Mei - Sabah

Jangan lupa untuk support siri jelajah ini tau, pelancaran sebenar dicadangkan diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan bulan Ogos nanti.

Di jangka artis bawah naungan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd seperti Ihab Ismail, Fadzlee Sufi, Fee Haiqal, Azmir Arif, Dalili Amerda & Tyka dalam persiapan melancarkan single masing-masing bermula Mac ini. 


Lirik Lagu Wangikanlah Hati

Mengapa mereka mengaku suci
Sering lupa mencermin diri sendiri
Mengungkit kesalahan
Molek andai bersama bina impian
Wangikanlah hati
Wangikanlah hati

Aaahh...aaahhhh...
Wangikanlah hati
Wangi wangi angikanlah hati



BBL ~ Wanginya bau bunga melur
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici