[Buffet Ramadan 2017] Juadah Berbuka Tradisional Menanti Di Nook, Hotel Aloft KL Sentral
4:52 AM
Ramadhan akan tiba tidak lama lagi semestinya teringat menu tradisi masakan air tangan ibu di kampung. Lebih bermakna waktu berbuka dengan terhidang juadah kegemaran, baru berselera berbuka puasa kan. Kalu anda nak tahu. 2017 menjadi tahun pertama BBL akan berbuka di metropolitan Kuala Lumpur. Mesti rindu bau aroma dari dapur rumah.
Jika anda jenis homesick makanan emak seperti BBL, eloklah datang berbuka di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral dengan hidangan juadah iftar tradisional. Dengan tawaran RM 135 nett untuk dewasa dan pintu restoren dibuka bermula 6.30pm - 10.30pm sepanjang bulan ramadan dari 29 Mei hingga 25 Jun 2017. Boleh ajak rakan office teman berbuka berjemaah.
Dapur Nook kini disahkan Halal dan sepanjang bulan puasa ini lebih 150 menu akan dihidangkan untuk santapan anda. Di ilhamkan oleh Nook Sous Chef Ahmed Zaki bin Harun, hidangan buffet A-list bakal menampilkan sajian tempatan dan juga antarabangsa. Meriah sikit meja berbuka nanti kan.
Tarikan hidangan utama semestinya Nasi Kambing Sumbat, Nasi Ayam, Nasi Lemak, bubur wajib bulan ramadan - Bubur Lambuk dan semestinya gerai minuman kesukaan ramai seperti Air Bandung, Calamansi, Teh Tarik, Nescafe Tarik, Air Tebu, Air Soya, Air Kurma dan banyak lagi pastinya boleh menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa.
Yang menariknya, Rendang Daging Shin dimasak perlahan selama 7 jam membuatkan rempah ratus lada hitam, kayu manis, bunga lawang, rempah garam sebati dengan daging. Fuh boleh bayang betapa enak daging sewaktu dipotong. BBL sendiri sukakan Rendang Daging Shin kerana sangat lembut dan mudah untuk dikunyah. Sama seperti masakan orang lama di kampung.
Tak lengkap buffet ramadan tanpa lauk kari, Nook akan menghidangkan Ayam Percik, Ayam Masak Merah, Gulai Kambing, Gulai Itik, Kari Ketam dan juga Kari Kepala Ikan.
Buat korang mengidam merasai menu grill bbq, usah risau kerana ikan, sotong, udang bakar juga tersedia untuk memuaskan selera iftar bersama air asam untuk cicah. Pergh menyelerakan betul.
Kari Ketam & Kari Ayam
Duck Egg Stew
Chicken Paprik & Duck Egg Stew
Eh jangan lupa Sate, Kebab Kambing, Murtabak, Roti Canai, Cucur Udang, Keropok Udang, dan Keropok Ikan turut tersedia bersama pilihan pencuci mulut seperti Dodol, Kuih Bahulu, ABC dengan Pulut Durian serta pelbagai kuih melayu.
Pasembur
All time favorite Kerabu
Penambah selera korang, turut tersenarai dalam A-List Buffet ialah sajian masakan Chiness, Indian dan Western. Para tetamu boleh merasai Terayaki Ayam bersama bawang hijau, Siakap Kukus dengan Sos Halia, Pai Kambing, makanan laut, kepak BBQ, Laksa Sarawak dan banyak lagi. Ditambah dengan desert Cream Caramel, brownies caramel, cheesecake marble, Sago Gula Melaka, Agar-Agar Laici, Lemon Laici Longan serta beberapa lagi pemanis mulut untuk dinikmati selepas berbuka.
Cauliflower Au Gratin & Lamb Pot Pie
Wok Fried Teriyaki Chicken with Green Leek & Stir Fry Prawn with Hong Kong Sar Cha Sauce
BBQ wing & Sea Bass with Manga and Dragonfruit Salsa
Seafood lovers!
Laksa Sarawak
Salad corner
Buahan & colek buah :)
0 Budak Suka Minum Bandung Laici