Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Tuesday, April 25, 2017

Minyak Pelincir Jenama MOTO7 Murah Lagi Berkualiti

Sudah jadi tradisi setiap hujung bulan, benda pertama BBL buat dengan duit gaji mestilah tukar minyak hitam motor. Baik motorsikal mahal atau motorsikal murah, bila rasa time bawa motor tak berapa nak smooth tu mesti terfikir kena tukar minyak pelincir. 

Berapa kali kena tukar minyak hitam baru? 

Sepatutnya kena tukar minyak hitam selalu dan bergantung cara guna motor tu. Ada member suggest tukar sebulan sekali, dua bulan sekali dan 3 4 bulan sekali (jangan amal ye) atau setiap mileage 1000km, 2000km atau 5000km. Tempoh hari tukar minyak every 1000km tapi tak berapa nak on time sebab jenis BBL cepat pelupa ni elok tukar minyak pelincir sebulan sekali.  Senang cerita kan. Lagi pun agak kerap ulang alik dari Puchong ke Shah Alam dan Sentul. Tambah lagi jika motor masih baru, jangan pernah miss out rutin wajib ini. 

Guna minyak pelincir Moto7 G40 Runner 4T

Fungsi minyak pelincir mestilah nak melancarkan pergerakkan enjin motorsikal. Bila minyak pelincir tak sampai ke bahagian yang memerlukan pelincir ini atau lambat sampai disebabkan pelincir sudah expired boleh menyebabkan enjin mudah jadi panas selain pelincir berfungsi menyejukan enjin. Kesan jangka panjang tak tukar minyak boleh menyebabkan hakisan pada komponen dalaman enjin. Jika korang perasan, lama kelamaan enjin menjadi berat dan hilangan kuasa performance. Inilah punca kenapa enjin susah nak hidup. Kali ini BBL guna jenama Moto7 kerana ada perlindungan anti haus, boleh menhidupkan enjin dengan cepat pada suhu rendah dan paling penting boleh memberi penjimatan minyak bahan api maksimum.


Berkuasa walaupun murah

Cuma berharga RM10.30 tidak termasuk GST, rasanya minyak pelincir jenama Moto7 sangat sesuai untuk memastikan motorsikal sentiasa dalam prestasi baik. Jika anda tukar minyak hitam kat bengkel, elok tukar sekali filter oil jika sudah kotor. Harga filter oil sekitar RM7 - RM10 je. Nak tukar sendiri pun boleh tapi biasanya BBL akan suruh pomen tukar sebab free je.


Pelincir untuk semua jenis kerenderaan

Moto7 jugak ada mengeluarkan minyak pelincir bagi motorsikal berkuasa tinggi seperti ULTIMATE SEMI SYNTHETIC 10W40 SM/CF 4L dan 1L, 10W30 SJ/CF 3L (PRESTIGE), 20W50 SJ/CF 4L (PREMIUM, 20W50 SF/CD 4L (DYNAMIC) dan Top Up 1L SJ/CF 20W50. Lepas ni boleh cuba sendiri tau. 


manakala minyak hitam ULTIMATE SEMI SYNTHETIC 10W40 SM/CF 4L dan 1L, 10W30 SJ/CF 3L (PRESTIGE), 20W50 SJ/CF 4L (PREMIUM), 20W50 SF/CD 4L (DYNAMIC) dan Top Up 1L SJ/CF 20W50 untuk  kereta sedan macam Proton Saga, Proton Waja atau jenis compact seperti Myvi atau Viva.


 FLEET PRO-HEAVY DUTY 18L untuk lori tak kisah tayar berapa biji pun. 


Harga variasi minyak pelincir Moto7

Bagi BBL jenama sebenarnya tak penting asalkan minyak pelincir tersebut boleh protect enjin dari haus dan beri pelindungan sepanjang guna kerenderaan. Sama juga dengan minyak petrol hakikatnya standard penuaian sama sahaja cuma beza formula added untuk beri lebih power sewaktu memandu. Begitu juga dengan minyak hitam yang anda guna sekarang ini. 



So, untuk permulaan anda boleh dapatkan minyak pelincir Moto7 di pusat services kerenderaan berdekatan. 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...