Video Viral Penyedut Tinja Haji Mat Hj Jantan Sdn Bhd

6:56 PM

Bila sebut tinja atau bahasa komersial, najis manusia mesti kita laju-laju tutup hidung kerana bau tak seindah bau lavendar. Itu belum cerita bab tawaran kerja sebagai penyedut tinja sepenuh masa. Ramai tak tahu kerjaya sebegini telah memberi senyuman kelegaan berjuta penduduk Malaysia selepas dispose sisa kumbahan di tandas. 

Kini viral satu video berkenaan kerja pembersih tangki septik di laman sosial dengan lebih 900 ribu view.



Kesemua watak sebenar dalam video viral tersebut merupakan pekerja syarikat utama dalam pengendalian pembersihan sampah sarap dan sedutan najis di negeri bersejarah Melaka; Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd (HMHJ), yang meraikan penubuhan ke 25 tahun di dalam dunia perniagaan. 

Ketika gimik perasmian

Dari kiri YB Lim Ban Hong_Adun Klebang, Haji Mat_CEO HAJIMAT, Datuk Wira dan Pn Siti Khatijah Barlan, Pengarah Urusan

Sempena dengan sambutan ulang tahun jubli perak tahun 2017, sebanyak RM 50,000 (Lima puluh ribu ringgit Malaysia) telah diperuntukkan oleh mereka, yang terdiri daripada pelbagai jenis hadiah. Sebuah kereta Perodua Axia menjadi taruhan untuk hadiah utama. Acara cabutan bertuah ini diadakan khas untuk menghargai para pelanggan setia syarikat ini. Acara ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi ; YB Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohd Diah. Sepanjang 25 tahun, syarikat ini berdedikasi dalam memastikan Bandaraya Melaka Bersejarah senantiasa kelihatan bersih dari sampah sarap dan juga sistem kumbahan Melaka dalam keadaan baik dan teratur. 

Ketua Pengarahnya, Haji Mat Haji Jantan menjelaskan sebab utama beliau dalam fokus kepada perniagaan pembersihan ini ialah: “ 

 "Saya bermula dengan industri pertanian dengan menjual ubi kayu dan buah durian. Saya suka untuk berbakti kepada tanah mahupun alam sekitar. Jadi bila saya mendapat peluang dari kerajaan negeri dalam servis kutipan sampah-sarap, saya melihat ia bukan sahaja mampu menjana keuntungan tetapi ia juga salah satu bentuk amal jariah yang saya boleh buat. Bermula tahun 1992, syarikat Haji Mat ditubuhkan sehingga kini. Siapa sangka sampah boleh jadi duit? Dan bagi saya, usia bukan penghalang dalam membina empayar perniagaan.”

Haji Mat ketika berucapa hadapan hadirin

Permulaan dengan sebuah lori kepada puluhan lori dan seterusnya kepada beberapa buah lori pungutan sampah yang bernilai lebih RM 100, 000 sebuah, membuatkan ia syarikat yang dipercayai untuk mengendalikan kebanyakkan tender pembersihan di negeri Melaka ini. HMHJ berjaya mencapai sasaran pendapatan tahun lepas (2015) pada angka RM 6 juta dan untuk tahun 2017, sekurang-kurangnya pendapatan mampu dijana dua kali ganda dengan pengenalan produk baja kompos dari pihak HMHJ iatu RM 12 juta. Dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar, HMHJ dalam proses penyelidikan untuk menjadikan sisa-sia sampah menjadi baja kompos untuk tanamantanaman menggunakan teknik ‘Rapid Thermophilic Digestion System’ dimana ia mampu mengurangkan sehingga 50 tan sampah dalam masa sehari. Satu teknik yang belum diguna pakai oleh mana-mana syarikat pelupusan sampah di Malaysia. Haji Mat Sdn Bhd, mempunyai harapan yang sangat tinggi terutamanya dalam memastikan alam sekitar bersih dan terjaga kerana ia amat penting dalam menuju ke status negara maju 2020. 

Pemenang Hadiah Utama Kereta Perodua Axia

Pemenang Hadiah Nombor 2, sebuah motosikal Yamaha

Mereka adalah hero sebenar dalam memastikan semua orang tidak mendapat penyakit merbahaya dari sistem kumbahan yang tidak baik atau sampah sarap yang tidak dikutip hadapan rumah kita.


Angkat ibu jari tangan!

You Might Also Like

3 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Eh! camne Mrs. A kg kat Melaka pun tak tahu ni huhuuhu...
    Terima kasih atas perkongsian.

    Semoga syarikat Haji Mat akan terus maju jaya dan terus berkongsi rezeki dengan cara begini.

    ReplyDelete
  2. first time masuk blog marou. eiii tertipu betul dengan header dia hahahahaha.

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete