Temui Aiman Tino Dalam Jelajah Sweet Aiman Di Mydin Seluruh Negara

11:47 PM


" Mana kau campakkan hati ku
Hati yang ku berikan pada mu kasih
Semua jawapannya ada pada mu
Ku disini kan setia menunggu mu oh kasih ku
Meski pun maut mendatang menjemputku "

Tak sangka Aiman Tino  sekarang ni dah ada produk penjagaan muka tersendiri. Sejak lagu “Ku Rela Di Benci” berentak dipentas Juara Lagu lepas, makin murah rezeki si kecil molek ni. Jika awal tahun ini Sweet Aiman dilancarkan untuk pasaran tempatan, kini Aiman Tino bergerak selangkah kehadapan dengan siri jelajah #SweetAiman di Mydin Mall seluruh Negara bermula Mac lepas.


Untuk pengetahuan anda #SweetAiman menampilkan produk penjagaan muka iaitu Candy Cherry Brite, Cream DD Mineral Cushion dan Cherry Brite HD. Hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti, tiada campuran alkhohol atau gelatin tidak halal. Disamping mendapat pengesahan dari NPRA dan KKM. Pastinya produk Sweet Aiman sesuai untuk keperluan pengguna remaja atau dewasa sama ada lelaki dan perempuan.


Hujung minggu lepas BBL sempat hadir ke road tour Sweet Aiman di Mydin USJ, Subang Jaya. Boleh tahan ramai peminat Aiman duk tunggu sejak pagi semata-mata ingin selfie bersama ikon penyanyi lagu kegemaran tiap kalu buka youtube. Adik-adik, remaja termasuk ibu ayah pun join sekali showcase bersama Aiman Tino. No wonder la lagu “Ku Rela DIbenci” telah ditonton lebih 34 juta kali dalam youtube. Memang ramai fans dia.


Jika tahun lepas, ada rumors Aiman Tino mendapat sebuah kereta Audi R8 tapi tak boleh drive sebab belum ambil lesen memandu lagi. Namum kami dikejutkan dengan auman enjin Audi berwarna Cherry parking berhampiran pintu masuk utama Mydin USJ. Ya, Aiman datang naik Audi tapi bukan dia drive. Hahaha BBL difahamkan si Aiman sedang dalam proses mengambil lesen kereta.

Kemain Aiman pose sebelah new toy

Tampil dengan OOTD sempoi blazer biru laut ternyata peminatnya dengan pantas mengambil gambar Aiman Tino untuk kenangan atau show off dalam laman Facebook dapat selfie bersama penyanyi hit 2017 ni. Acara meet and great bersama Aiman Tino sangat santai dengan aktiviti bersama pembeli produk Sweet Aiman dan para pengunjung Mydin USJ Subang.


Selain acara anak mekap ibu, pastinya persembahan live Aiman mendendangkan single lagu kesukaan ramai iaitu “Permata Hati” dan “Ku Rela Di Benci” bersama tetamu setia road tour Sweet Aiman. Jangan terkejut ada fans dari Langkawi sanggup datang semata ingin bertemu Aiman Tino.

 Antara aktiviti menarik sepanjang road tour bersama Aiman Tino

Gambar pemenang game sempena #SweetAiman Meet and Great

Hentian seterusnya adalah Mydin Samarian pada 29 April, Mydin Mall Kota Bharu dan Kuala Terengganu. Kepada korang peminat Aiman Tino dan pengguna Sweet Aiman jangan lepaskan peluang berjumpa serta bergambar secara esklusif bersama Aiman Tino dengan hadir ke sesi jelajah #SweetAiman di Mydin Mall berhampiran.

Done selfie dengan Aiman Tino :)

Dapatkan perkembangan terkini SweetAiman360 melalui platform berikut

Facebook: Sweetaiman360
Instagram: Sweetaiman360


You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. cayalah brader... tolong ajar macam mna nk cari hebat mcam brader ? #idola

    ReplyDelete