Lunch Actually Berkongsi Tips Mudah Matchmaking Pasangan Single

11:40 PM

Waktu umur 10 tahun, BBL pernah menjawat tugas sebagai posmen berbalas surat cinta antara abang sepupu dengan akak su depan rumah. Hujung cerita, mereka selamat ke jinjang pelamin 6 tahun kemudian dan bahagia bersama dua cahaya mata putera. Titik pangkal novel cinta mereka bermula dengan tugas sebagai bridesmaid perkahwinan anak ketua kampung. Mungkin orang tua mereka nak jodohkan anak dara dan teruna mereka tanpa dorang berdua sedar sebenarnya ada plan matchmaking.

Even zaman study diploma di universiti tahun 2012 pun BBL sendiri terlibat dalam eksprimen matchmaking presiden club dengan seorang junior course art design. Well, boleh tahan mereka sempat bercinta 3 tahun sebelum membawa haluan sendiri tamat pengajian tahun 2015. Boleh dianggap projek paling berjaya walaupun sebenarnya ada 8 matching couple. Itu pun mix antara senior dan junior. Hahaha 


Bila sebut tentang first date, mesti terlintas pengalaman makan malam penuh romatik di restoren ekslusif, sejambak bunga ros merah jambu atas meja dan semestinya berteman lilin. Mungkin boleh menjadi kenangan abadi bagi pasangan ideal, tapi bagimana kalu si perempuan tetiba tak boleh move on dengan partner matching? OMG tak kan nak tunggu sampai terhidang desert walaupun time makan appetizer dah rasa nak request Uber balik rumah. 


Pertemuan Makan Tengahari

Bermula detik itu, Lunch Actually - Asia's Premier Lunch Dating Company diperkenalkan. Cukup sekadar waktu makan tengahari sebagai asas sesi perkenalan si lelaki dengan pasanganya. Menurut Violet Lim, pengasas dan CEO Lunch Actually Group berpendapat tempoh satu jam makan tengahari sangat ideal kerana lebih santai, mudah dan cepat. Sebagai contoh, jika pasangan tersebut merasa tidak sesuai mereka boleh menggunakan alasan perlu balik ke office untuk urgent meeting compare night romantic dinner yang confirm ambil masa hingga 2 jam dan you are track in situation nak terus stay atau balik. Lagi pun, tak semua orang comfortable berdua lama-lama dengan stranger. Apatah lagi yang tak kena taste. 


Premium Dating Company

Diasaskan pada 2004 oleh pasangan suami isteri, Jamie Lee dan Violet Lim kini Lunch Actually telah menguruskan lebih 90,000 dates merentasi 6 ibukota Singapura, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Bangkok, Jakarta dan Hong Kong. Hasilnya 85% klien sangat berpuas hati dengan sesi pertemuan pertama yang membawa ke alam perkahwinan dan hubungan yang utuh hingga hari ini. Untuk pengetahuan korang, Violet Lim menjadi orang Asia pertama mendapat pengiktifan dari Macthmaking Institute di New York. Seriusly ada institusi untuk belajar menjodohkan orang eh. 


Setakat ini, beliau telah mendapat 3,000 liputan media elektronik television, radio dan majalah ternama serta tampil dalam portal media antarabangsa seperti The Stairs Times, ABC News 20|20, CNBC Asia, BBC, Bloomberg dan Radio Australia. Paling membanggakan wajah Violet Lim muncul dalam video Hari Kemerdekaan Singapura pada 2005 lepas sebagai sumber inspirasi penduduk Kota Singa.

Di abab 21 ini, terdapat ramai kaum adam serta hawa yang mempunyai latar belakang profesion kerjaya sebagai pengurus, eksekutif, pengarah, peguam, doktor dan usahawan. Ironinya mereka berjaya dan mampu memiliki harta dunia dengan mudah tetapi dek kesibukan tersebut membuatkan diri mereka masih belum mempunyai pasangan hidup. 

Cara Lunch Actually Berfungsi


Dengan 6 langkah mudah, kini anda boleh bersedia untuk  first date bawah kelolaan Lunch Actully bersama bimbingan Cupids (perempuan) dan Transformers (lelaki). 

1. Hubungi atau isi form DI SINI
2. Satu sesi interview untuk menentukan ciri-ciri karekter pasangan
3. Pemilihan profile akan dijodohkan berdasarkan pilihan tersebut
4. Tempat pertemuaan akan ditempah mengikut citarasa anda
5. Time for date!
6. Consultation akan hubungi anda untuk feedback dan rujukan seterusnya



Bertempat di Talent Lounge, Damansara Perdana pada 10 Mac 2017 lalu, BBL berpeluang mengikuti kelas tutorial mudah anjuran Lunch Actually untuk para media belajar menjadi matchmaking kepada sahabat, saudara atau rakan office yang masih single. Kini ada banyak applikasi mudah smartphone untuk mencari pasangan bercinta namun teknik menjodohkan pasangan secara manual masih praktikal.


Ada 7 Tips Mudah Memulakan Bibik Cinta Pandang Pertama

Tips Satu : Minta Kebenaran
- Hati dan perasaan bukan barang mainan boleh dipaksa untuk suka satu sama lain. Oleh itu jika korang ada list sang jejaka atau si puteri impian untuk dijodohkan kepada kawan atau ahli keluarga, mintak kebenaran tuan badan dulu kerana mereka akan bercinta bukannya anda :)

Tips Dua : Anda Bukan Tuhan
- Walaupun dengan planing gempak sehebat kisah cinderalla sekalipun, anda tidak boleh menjanjikan pasangan tersebut akan menerima temannya. Hatta guna khidmat bantuan perunding jodoh paling berpengalaman tetap tidak menjanjikan keputusan 100%. Mungkin atas kertas, mereka nampak serasi namun isi hati tiada siapa yang tahu. 

Tips Tiga : Gunakan gerak hati
- Kekadang gerak hati menyatukan dua insan. Walupun anda tidak pasti matchmaking akan 100% berjaya tetapi naluri perasaan hati menyatakan mereka akan secocok kemudian hari, teruskan dengan eksperimen menyatukan dua sejoli tersebut. Let time play their roles.

Tips Empat : Selidik Apa Keinginan Mereka, Ketahui Apa Mereka Mahukan
- Setiap insan ada citarasa pasangan tersendiri, di sini anda perlu belajar apa yang sesuai untuk menyatukan mereka. Contohnya dari persamaan hobi, minat, pengalaman lepas, cita-cita dan sebagainya. Paling penting, take note semua potensi tersebut. Mungkin berguna suatu hari nanti. 

Tips Lima : Membuka Pintu Hati
- Ada banyak sebab kenapa gadis atau teruna enggan keluar dari dunia single. Menjodohkan pasangan berdasarkan ketinggian badan, education level atau jenis pekerjaan mungkin tak serasi dengan hati mereka. Eh setiap manusia ada kekurangan serta kelebihan dan bukan sempurna. Biarkan mereka belajar mengetuk pintu hati masing-masing agar lebih saling menghargai satu sama lain. Nak lagi best, just arrange date dan biarkan mereka berdua berkenalan secara neutural. Jangan mention nama penuh, pekerjaan atau link akaun social media. Kan dorang google dulu sebelum berjumpa. Habislah kantoi

Tips Enam : Cabaran Dan Dugaan Saling Memahami
- Sesetengah lelaki dan perempuan masih kekal single kerana mereka belum jumpa Mrs/Mr Right. Sikap sukar memahami antara kumbang dan bunga boleh menjadi punca kenapa cerpen cinta hanya sekadar setengah episode sahaja. Oleh itu, tugas matchmaking amat penting dalam melembutkan api ego pasangan. Belajar faham ketakutan, kelemahan dan ketakutan pasangan supaya mereka sentiasa berfikir, oh i have someone to hold on.

Tips Tujuh : Jangan Judge Book By Its Cover
- Mungkin mudah untuk kita menilai seseorang semasa pertama kali berjumpa tetapi ia bukan mencerminkan sepenuhnya sikap, perangai atau tahap pemikiran orang tersebut. Contoh, jika sang lelaki suka memasak bukan bererti dia lembut. Menjadi matchmaker, cuba jadikan diri open mind untuk mengenali siapa diri lebih mendalam supaya si dia adalah pasangan paling ideal kepada teman/ahli keluarga anda. 

Semasa kelas tersebut, BBL belajar cara paling simple menjodohkan kawan/rakan sekerja berdasarkan keinginan dan kemahuan. Setiap orang ada citarasa impian untuk menjadikan lelaki atau perempuan sebagai insan teristimewa dalam hidup. Menurut Violet Lim, tidak semestinya setiap pertemuaan bawah Lunch Actually ke alam perkahwinan namun mengekal hubungan percintaan adalah satu kejayaan bagi team Lunch Actually. 


Penghujung acara, setiap wakil media mendapat sijil pengesahan Masterclass oleh dating guru. Yahoo BBL dah sah menjadi Transformers untuk menyatukan dua jiwa dengan jayanya. 


 Jika anda sedang tercari-cari teman istimewa dalam hidup, boleh dapatkan khidmat Lunch Actually. Kini Violet Lim bercita-cita mahu mencapai target 1,000,000 pasangan berkahwin bawah usaha Lunch Actually.


Hubungi Cupid dan Transformers untuk mencari cinta sejati anda

No Telefon: 03-2282 8310 (Kuala Lumpur) / 04-6300 2010 (P.Pinang)
Whatsapp: 018-297 2920
Email: klcupids@lunchactually.com
Laman Website : www.lunchactually.com

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL