Pakej Berbaloi RM135 Ke Singapura Bersama RAINI Travel
4:47 AM
Pepatah melayu ada menyebut
"jauh berjalan luas pemandangan"
Lagi-lagi berjalan negara orang yang confirm berbeza budaya, masyarakat, teknologi dan makanan dengan Malaysia. Tambah lagi waktu muda dan single ni lah peluang terbaik nak travel ke tempat orang. Sebagai permulaan, kita boleh jadikan negara terdekat Asia Tengara sebagai wishlist bucket. Tempoh hari BBL ke Singapura bersama RAINI Travel.
Pakej RAINI Travel RM135 Ke Singapura
Siapa kata nak berjalan jauh kena prepare banyak duit? Ha pakej saya amik cuma RM135 merangkumi tambang perjalanan sehari pergi balik dari Kuala Lumpur terus ke kota Singapura. Murah bukan compare drive sendiri. Terbuka sesiapa sahaja lelaki atau perempuan malah keluarga termasuk anak-anak juga di alu-alukan.
Pergi Singapura pun naik bas dan selasa kalu berjalan jauh kan. Anda akan melawat tempat tarikan utama termasuk Merlion Park, Esplanade, Bugis Street, Malay Heritage Centre, Masjid Sultan, Pulau Sentosa, Gardens by The Bay serta menyaksikan Light Rhapsody Show di Supertree.
Merlion Park
Lokasi pertama kami tuju selepas selesai urusan imegresen kedua negara ialah Merlion Park. Inilah tempat tumpuan utama pelancong jika datang kota Singapura. Alah orang kata datang sini memang tak sah. Ikon mermaid singa memancut air mengadap Hotel Marina Bay ini memang sangat ikonik. Kawasan selatan republik Singapura ini sangat bersih dan cantik.
Lebih kurang 2 jam korang akan bebas bergambar sepuas hati kawasan Esplanade sambil menyaksikan panorama memukau bangunan pencakar langit termasuk menara Maybank Singapura.
Bugis Street
Destinasi seterusnya, RAINI Travel membawa kami membeli belah di Bugis Street. Terkenal dengan pelbagai barang cenderahati seperti keychain, sthirt, baju dan makanan yang murah. Saya sendiri beli keychain 30 pcs hanya SD10 dan tshirt 5 helai. Alah buah tangan kawan-kawan katakan. Bugis Street ibaratnya Berjaya Time Square, KL. Apa yang penting cuba survey dulu harga kerana kebanyak peniaga menjual item pada harga lebih kurang sama. Heaven jugak harga jus buah segar cuma 1 Dollar sahaja. Berbaloi datang sini.
Masjid Sultan
Kemudian kami solat jamak di Masjid Sultan - merupakan masjid tertua di republik Singapura. Malah seni bina masjid ini sangat unik berunsurkan budaya Arab dan kesultanan Melayu. Berhadapan laluan utama Masjid menempatkan kedai dan kafe yang menjual menu halal. Rata-rata peniaga melayu senang ditemui sekitar kawasan ini.
Selesai solat, memang tak lengkap kalu tak merasai sendiri murtabak restoren Zam Zam Singapura. Beroperasi lebih 110 tahun sejak 1908. Wow memang betul-betul power tarikan restoren ni. Menu popular disini semestinya murtabak ayam, daging & rusa, nasi biryani, kari kepala ikan dan beberapa sajian mamak.
Tambah lagi ia masih beroperasi dibangunan asalnya yang mempunyai seni bina klasik dan jendela kayu menaikan nostalgia era Tanah Melayu tika menjamu selera. Dibuka setiap hari pastinya sentiasa full house dengan pelanggan yang mahu merasai sendiri the one and only original Singapore Zam Zam. Hanya di sini sahaja okay.
Pulau Sentosa
Hentian berikutnya ialah Pulau Sentosa Resort World yang terkenal dengan tarikan pusat hiburan keluarga Universal Studio. Tak sangka besar dan luas pulau buatan manusia ni sampaikan ia mempunyai monorel tersendiri. BBL sempat merayap ke pintu masuk utama USS dan Pulau Sentosa yang mempunyai pantai Palawan. Boleh berjalan-jalan sekitar pantai. Jika anda bercadang berhibur ke taman tema ini, boleh juga request RAINI Travel untuk menyediakan tiket dan pengangkutan.
Garden by the Bay
Sebelah malam pula RAINI Travel membawa semua menikmati pemandangan indah taman dengan pokok buatan manusia yang BBL rasa cukup memukau mata. Kebetulan sewaktu kami tiba Garden by The Bay bermandi cahaya dek sambutan tahun baru dan hari Natal. Dari taman ini anda sendiri boleh melihat hotel Marina Bay hampir full house setiap menara.
Sepanjang sehari suntuk bersama RAINI Travel memang cukup memuaskan hati. Tambah lagi hampir ke semua tempat menarik republik Singapura kami jelajahi. Dengan bayaran RM 135 cukup berbaloi dan harga mampu milik. Cuma korang sediakan duit belanja untuk makan dan shopping. Alah BBL bawak SD100 cukup je survive sehari kat Singapore tapi terpulang la kalu korang nak shopping bawak la lebih.
Oh ya, trip ke Singapura ni RAINI Travel buat dua kali sebulan. Tarikh perjalanan boleh korang rujuk social media rasmi RAINI Travel bawah
RAINI Travel
No telefon: 018 777 4594 / 016 777 4594
Wesbite : www.RAINItravel.com
Email : admin@rainitravel.com
Facebook : Facebook.com/rainitravel
Instagram : Instagram.com/rainitravel
Twitter : Twitter.com/rainitravel
itinerary ke Singapura
Lokasi pertama kami tuju selepas selesai urusan imegresen kedua negara ialah Merlion Park. Inilah tempat tumpuan utama pelancong jika datang kota Singapura. Alah orang kata datang sini memang tak sah. Ikon mermaid singa memancut air mengadap Hotel Marina Bay ini memang sangat ikonik. Kawasan selatan republik Singapura ini sangat bersih dan cantik.
Lebih kurang 2 jam korang akan bebas bergambar sepuas hati kawasan Esplanade sambil menyaksikan panorama memukau bangunan pencakar langit termasuk menara Maybank Singapura.
capitol Singapura
yeah sampai jugak disini
Destinasi seterusnya, RAINI Travel membawa kami membeli belah di Bugis Street. Terkenal dengan pelbagai barang cenderahati seperti keychain, sthirt, baju dan makanan yang murah. Saya sendiri beli keychain 30 pcs hanya SD10 dan tshirt 5 helai. Alah buah tangan kawan-kawan katakan. Bugis Street ibaratnya Berjaya Time Square, KL. Apa yang penting cuba survey dulu harga kerana kebanyak peniaga menjual item pada harga lebih kurang sama. Heaven jugak harga jus buah segar cuma 1 Dollar sahaja. Berbaloi datang sini.
rambang mata pilih cenderahati
Kemudian kami solat jamak di Masjid Sultan - merupakan masjid tertua di republik Singapura. Malah seni bina masjid ini sangat unik berunsurkan budaya Arab dan kesultanan Melayu. Berhadapan laluan utama Masjid menempatkan kedai dan kafe yang menjual menu halal. Rata-rata peniaga melayu senang ditemui sekitar kawasan ini.
luas dan selesa dalam masjid
Tambah lagi ia masih beroperasi dibangunan asalnya yang mempunyai seni bina klasik dan jendela kayu menaikan nostalgia era Tanah Melayu tika menjamu selera. Dibuka setiap hari pastinya sentiasa full house dengan pelanggan yang mahu merasai sendiri the one and only original Singapore Zam Zam. Hanya di sini sahaja okay.
harga menu - jangan convert duit Ringgit. Just enjoy
murtabak ayam Zam Zam Singapura
Hentian berikutnya ialah Pulau Sentosa Resort World yang terkenal dengan tarikan pusat hiburan keluarga Universal Studio. Tak sangka besar dan luas pulau buatan manusia ni sampaikan ia mempunyai monorel tersendiri. BBL sempat merayap ke pintu masuk utama USS dan Pulau Sentosa yang mempunyai pantai Palawan. Boleh berjalan-jalan sekitar pantai. Jika anda bercadang berhibur ke taman tema ini, boleh juga request RAINI Travel untuk menyediakan tiket dan pengangkutan.
datang weekend kena bersabar tunggu depan globe ni clear dari orang ramai
ambil angin atas dek peninjau Pulau Sentosa
Sebelah malam pula RAINI Travel membawa semua menikmati pemandangan indah taman dengan pokok buatan manusia yang BBL rasa cukup memukau mata. Kebetulan sewaktu kami tiba Garden by The Bay bermandi cahaya dek sambutan tahun baru dan hari Natal. Dari taman ini anda sendiri boleh melihat hotel Marina Bay hampir full house setiap menara.
Sepanjang sehari suntuk bersama RAINI Travel memang cukup memuaskan hati. Tambah lagi hampir ke semua tempat menarik republik Singapura kami jelajahi. Dengan bayaran RM 135 cukup berbaloi dan harga mampu milik. Cuma korang sediakan duit belanja untuk makan dan shopping. Alah BBL bawak SD100 cukup je survive sehari kat Singapore tapi terpulang la kalu korang nak shopping bawak la lebih.
RAINI Travel
No telefon: 018 777 4594 / 016 777 4594
Wesbite : www.RAINItravel.com
Email : admin@rainitravel.com
Facebook : Facebook.com/rainitravel
Instagram : Instagram.com/rainitravel
Twitter : Twitter.com/rainitravel
0 Budak Suka Minum Bandung Laici